Pakatan Harapan (PH) Berpecah 2 Puak?


Ahli jawatankuasa pusat parti PAN, Mazlan Aliman pernah berkata terdapat perbincangan dalam parti untuk mencadangkan mengenai pelantikan ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.

"Kita telah bersetuju untuk memilih Muhyiddin sebagai ketua pembangkang yang baharu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman di penjara.


"Beliau mempunyai pengalaman dan akan menguatkan kita" katanya dalam sidang akhbar di Southern Chinese Press Club 1 Julai lalu.

Pengerusi PAN Johor Aminolhuda Hassan menyokong kenyataan Mazlan Aliman dengan berkata Muhyiddin adalah musuh yang menggerunkan apabila beliau bersama Umno dan percaya bahawa pihak pembangkang harus berkerjasama dengannya dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN).

"Apabila beliau menjadi menteri besar di sini, Muhyiddin menjadikan Johor sebagai kubu BN di mana pembangkang hampir tidak dapat menembusinya walau banyak percubaan dilakukan," katanya Aminolhuda.

Pada 3 Julai Pengarah Komunikasi parti PAN, Khalid Samad menafikan bahawa parti itu sedia menerima Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang baru sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.  

Malah kata Khalid, PAN Johor juga tiada kuasa untuk melantik sesiapa menjadi ketua pembangkang.




Kenyataan PAN Johor ini disokong oleh PEMUDA PAN Johor dan beberapa orang ahli akademik dalam PAN Johor yang terdiri daripada Dr Hasan Baharom, Dr Sulaiman Mohd Nor, Dr Ahmad Zaki Abdul Latiff, Dr Ali Abdul Rahman, Dr Hamidon Musa dan Dr Mohd Yusof Hassan.

Mengikut sumber ini juga PAN Johor menolak Salahudin Ayub sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan boleh menawan Johor. Mereka mencadangkan Muhyidin sebagai MB Johor kerana kewibawaan yang sedia ada. Ini antara faktor keluar ura-ura Salahudin akan kembali kepada PAS.

Hari ini pemimpin DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) menolak cadangan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub dan Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke melahirkan rasa puas hati dengan prestasi presiden PKR itu.

"Pasti (kita berpuas hati dengan beliau) sebagai ketua pembangkang di negara ini," jawab Salahuddin apabila ditanya mengenai perkara itu.

Cadangan ini di tolak kerana Boss Besar DAP tak setuju. Full Stop. Tak boleh bincang lagilah....



Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
July 13, 2016 at 4:49 AM

Kita doakan Pakatan Al Ahzab hancur dengan kebencian diantara mereka.

Jeff Hulu Bernam
Keadilan Reform

Anonymous
July 13, 2016 at 4:54 AM

http://www.ismaweb.net/2016/07/dap-topeng-untuk-menghina-islam/

DAP ‘topeng’ untuk menghina Islam
Ibrahim-Mohd-Hasan

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – Penghinaan terhadap Islam yang berterusan oleh parti rasis dan cauvinis dilakukan atas tujuan menghilangkan nilai sensitif ummat Islam terhadap agamanya apabila dihina.

Terbaharu pemimpin parti itu, Nga Kor Ming telah menghina amalan ummat Islam untuk bergembira di hari raya sekaligus mendedahkan sedikit demi sedikit niat busuk DAP untuk terus menghina Islam.

Mantan Presiden Persatuan Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Ibrahim Mohd Hasan berkata, ini bukan kali pertama pimpinan DAP membuat penghinaan sedemikian.

“Sebelum ini beliau pernah menyindir pemakaian wanita dengan menggambarkan seolah ianya jumud dan kuno.

“Lebih menjelikkan, Nga memberi alasan bahawa dia menghormati Islam dengan memberi sumbangan ke masjid dan masyarakat Islam yang memerlukan. Inilah sebenarnya ‘dedak’ yang DAP tabur untuk membolehkan mereka terus menghina Islam,”katanya kepada Ismaweb.

Ustaz Ibrahim berkata, hakikatnya kita jangan anggap Kor Ming sebagai hanya seorang individu tetapi DAP itu sendiri sebagai sebuah gerakan terancang, tersusun, sistematik dan beragenda untuk menghilangkan nilai sensitif ummat Islam terhadap agamanya apabila dihina.

“Ini kerana pimpinan DAP yang lain juga sebelum ini menghina Islam dan autoriti agama di Malaysia. Ini termasuklah mempertikaikan khutbah jumaat, menafsirkan Jihad sebagai keganasan, mempertikaikan sambutan Valentines Day oleh orang Islam dan menyamakan kod etika ke JPJ sama seperti pakaian ke masjid dan bermacam-macam lagi.

“Justeru, kita semua jangan mudah tertipu dengan sumbangan DAP kepada masjid mahupun sekolah agama kerana ia merupakan topeng kepada perbuatan mereka menghina Islam.

“Jika kita terus berdiam, ini bermakna kita telah termakan dedak yang ditabur DAP,” katanya.

Anonymous
July 13, 2016 at 4:59 AM

http://www.theborneopost.com/2016/04/23/imej-dap-sebenarnya-jauh-lebih-buruk-kata-abdullah/

DAP mempunyai sejarah mengamalkan budaya cau-vinisme ekstrem dalam politik malah beberapa pengasas parti itu masih aktif bergerak dengan muka yang tebal.

“Mereka juga pada masa sama, tidak dapat menyembunyikan hubungan yang bergolak dalam Pakatan Harapan yang mana kita dapat saksikan apabila ramai penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka menun-jukkan kehampaan mereka terhadap DAP kerana sikap mereka yang angkuh,” kata-nya menerusi satu kenyataan akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Chong kepada penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee yang menyatakan masyarakat Islam negeri ini seharusnya menyokong Barisan Nasional (BN) supaya terus diterajui oleh kepimpinan Islam.

Beliau yang juga penyandang kerusi DUN Semop berkata, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sememangnya sudah lama mengetahui perkara itu dan ia menjadi sebab kenapa parti tersebut menjauhkan diri.

Katanya Parti Amanah Negara (PAN) dalam PH hanyalah sayap ‘Bumiputera’ bagi DAP kerana sikap ter-desak mereka untuk menarik sokongan golongan Bumiputera.

“Mereka yang dipilih oleh PAN atau mungkin diputus-kan oleh DAP untuk bertan-ding di kawasan Bumiputera tertentu sedang menjalankan misi ‘bunuh diri’. DAP tahu tetapi adakah DAP peduli?,” soal beliau.

Jelasnya, pelampau berfikiran sempit dalam kala-ngan Bumiputera yang masih percaya kepada topeng politik palsu DAP harus meneliti semula idealisme politik mereka yang rapuh dan cetek.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger