Lagi Cerita Pasal Tanjung Piai


Saya ada menulis berkenaan Tanjung Piai sebelum ini. Dalam cerita berkenaan saya ada menyebut tentang sebaran dalam parti PAN berkenaan Salahudin Ayub akan kembali kepada PAS. Seperti dalam artikel itu saya masih samar dengan maklumat berkenaan walaupun datang daripada kumpulan 'think tank' Salahudin sendiri.

Antara isi maklumat berkenaan ialah;


1. PAN kini berpecah. Perpecahan dalam PAN makin melebar dimana ada usaha-usaha mencengkam pimpinan lain selain daripada kumpulan IKRAM (IRC). Perkara ini tidak disenangi oleh Salahuddin Ayub yang merasakan penubuhan PAN telah lari daripada asasnya seperti yang dibincangkan dan dimaklumkan kepadanya.

2. Halatuju PAN makin tersasar daripada membetulkan PAS kepada menyerang PAS tanpa sebarang hujah yang nyata dan jitu.

3. Mereka yang yang sepatutnya masuk PAN untuk peringkat kedua dan ketiga telah menukar fikiran sebahagian daripada mereka masih kekal dalam PAS dan sebahagian pula masuk PKR dan DAP dan ini mengganggu perancangan PAN seperti yang dipersetujui. PAN tidak mempunyai kekuatan orang bawahan dan sangat terkesan jika berlaku PRU-14 nanti PAN tidak mempunyai tenaga kerja yang cukup.

4. Sokongan bawahan ahli PAS untuk menyertai PAN @ AMANAH sangat meleset daripada jangkaan asal. Dianggarkan tidak lebih daripada 5000 seluruh Malaysia. Malah ahli PAN berdaftar pun hanya sekitar 15,000 orang sahaja. Negeri yang dikhabarkan agak rancak seperti Kelantan hanya mampu menarik ahli hanya sekitar 700 orang sahaja, malah ada negeri yang keahliannya bawah daripada 400 orang seperti Terengganu, Pahang, Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan.

5. PKR dan DAP tidak akan memberikan kerusi mereka untuk PRU-14 walaupun sebelum ini ada janji untuk pengagihan kerusi jika PAN ditubuhkan.

Antara faktor-faktor di atas dikatakan kepada saya bahawa Salahuddin dan beberapa pimpinan lain untuk kembali kepada PAS. Kata mereka daripada memecah dan melemahkan PAS adalah lebih baik bersama PAS walaupun itu pilihan yang sangat perit kata mereka.

Kita tinggallah perkara yang 'mungkin' ini dan kembali kepada yang sedang berlaku.

PAS Tanjung Piai ada sedikit pergolakan kerana tanah bangunan PAS telah diwakafkan oleh tuan tanah dan bila tuan tanah itu menyertai PAN dia tak nak berikan tanahnya kepada PAS. Timbul persoalan bangunan di atas tanah berkenaan?

Yang peliknya dia menggangap tanah itu pun hak milik mereka dan cuba merampas daripada PAS. PAS cuba untuk buat penyelesaian tetapi mereka berkeras. Akhirnya oleh kerana tiada jalan penyelesaian maka pemangku YDP PAS Tanjung Piai, Talib Hassan, membuat laporan di Balai Polis Pontian, 30 Jun lalu.

Dalam Islam bila kita wakaf tanah, tanah itu bukan lagi milik kita lagi. Memang apabila wakaf ada pewakaf tidak menukar milik tanah kepada wakaf kerana mereka tidak mahu kerajaan mengambil tanah berkenaan sebagai tanah wakaf. Geran tanah masih ada nama pewakaf.

Satu lagi sebab ialah proses pertukaran nama kepada pemengang amanah mengambil masa atau kadang-kala dilengah (abaikan) menjadi tanah masih milik pewakaf.

Bila berbalah, memanglah mereka akan menggunakan nama di geran. PAS Tanjung Piai akur, tapi takkan nak kebas bangunan atas tanah itu juga sedangkan bangunan itu hasil derma orang ramai. Jangan kerana berbalah kita tolak aturan agama yang kita anuti.



Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger