Semalam saya tidur agak awal. Terjaga setelah bermimpi berjumpa Salahuddin Ayub. Saya cuba betulkan handsetnya ada maklumat yang silap. Saya cakap kan dah buat... dia cakap entah hilang kenapa? Tiba-tiba terjaga.
Saya lihat jam pada hanhset saya, pukul 1.56 pagi. PC saya masih terbuka. Keletihan saya tertidur rupanya. Saya ke tandas, kemudian duduk depan PC. Tak buat apa hanya terfikir kenapa tiba-tiba mimpi Salahuddin? Hati kecil saya masih tertanya-tanya.
Sebelum tidur saya terbaca kenyataan Salahuddin difacebooknya berkenaan "Salahuddin kembali ke Pas?" Dalam kenyataan tersebut ada beberapa perkara yang boleh diragui dan dibahaskan.
Pertama tidak ada pimpinan PAN keluar parti. Saya bagi dulu satu contoh Mejar Zaidi ahli PAN Kepala Batas telah keluar PAN masuk DAP.
Kedua mengenai rakan lama dalam PAS, itu rasa tak benar. Yang ada rakan DAP saya setuju.
Ketiga, 8 peranggan kenyataan ini tidak ada satu pun menyatakan yang menafikan tulisan saya berkenaan maklumat daripada 'think tank' di Tanjung Piai mengenai isu untuk kembali kepada PAS. Hanya Salahuddin menulis,
Saya anggap berita ini ibarat letupan mercun oleh budak-budak kecil dimalam hari raya. Letupan mercun tidak menakutkan cuma kadang-kadang seronok melihat budak-budak walaupun dilarang tetapi curi- curi bermain mercun.Saya sendiri pun tidak merasa isu itu serius, sebab itu saya anggap itu 'sembang rakan lama' sahaja. Mungkin dia nak menyenangkan hati saya atau mungkin dia malas nak berhujah dengan saya.
Untuk makluman Salahuddin, saya sahaja yang menulis mengenai isu ini. Jadi saya anggap jawapan Salahuddin adalah khusus untuk saya... mungkin itu yang menyebabkan terbawa-bawa dalam mimpi.
Rakan DAP yang datang ke rumah Salahuddin di Tanjung Piai yang bertanya khabar berkenaan ura-ura nak balik kepada PAS. |
Jika Salahuddin masih ingat pernah telefon saya berkenaan dengan isu perempuan semasa di KTAR yang mana dimainkan oleh laman cybertropper UMNO, saya nasihatkan jangan jawab. Tapi dalam perbincangan melalui telefon Salahuddin lebih mirip untuk menjawab. Saya tegaskan jika menjawab bermaksud kita mengiya apa yang ditulis.
Bila Salahuddin menjawab tulisan saya.. dulu semasa bercakap dengan 'think tank' saya hanya percaya sekitar 50% tapi kini kepercayaan saya kepada 'think tank' berkenaan bertambah.
Apa pun saya saya ingin memohon maaf jika tulisan berkenaan menyebabkan Salahuddin menjadi gusar, resah atau tidak puas hati kerana perkara ini tidak sepatutnya didedahkan.
Sekali lagi jika sesiapa terbaca tulisan ini, sampaikan salam kemaafan saya buat Salahuddin Ayub daripada Haji Hassan Omar manusia yang 'tidak dikenali'.
+ comments + 6 comments
Mar Sabu pula bermimpi jumpa Ketua Sifoo Penang sebab abang Mat anggap macam adik. Terutama bila ketua sifoo penang kena charge rumah terlajak murah.
Sori bergurau. Saya baru jadi ahli, dulu saya dgn Keadilan
Jeff Hulu Bernam
PAS for all ages
Keadilan Reform
Malu jugak bila kita buat serkap jarang tersasar..steady pis..?
Jarang2 tu PAN. Boss lagi ramai dari pengikut. Fook you. Kah kah kah
Jeff Hulu Bernam
PAS for all ages
Keadilan Reform
Ada citer Mat Sabu....
Nanti boleh komen
Mimpi basah tak?
Mimpi basah tak?
Post a Comment