PAN akan mengalami nasib yang sama dengan HAMIM?


Hj Anuar Tahir, Setiausaha Agung PAN dalam satu pertemuan tertutup antara Sekretariat Amanah Nasional bersama kepimpinan PAN Melaka di Graha Amanah Melaka pada 26 November 2015 berkata rakyat menunjukkan minat untuk bersama dengan PAN dan wujud peningkatan mendadak keahlian PAN.

50, 000 orang keahlian yang telah dicetak habis diedarkan dan kini 100,000 borang sedang dicetak. Tidak mustahil menjelang 2016 nanti keahlian PAN adalah 100 ribu orang.


Semua cakap-cakap parti PAN adalah bohong belaka apabila pendedahan berlaku setelah Mejar Zaidi keluar daripada PAN menyeratai DAP.

Pendedahan mengenai Dun Air Itam yang diwakili oleh Dr Muhajid Yusof rawa hanya ada 3 orang ahli PAN yang berdaftar dan Dun Mohamad Sabu Presiden PAN sendiri iaitu Dun berapit hanya 14 orang ahli berdaftar sangat mengaibkan parti PAN yang mendapat 'sponsor' boss besar taiko DAP.


Sebagai contoh seorang taikun Cina terkenal, Koon Yew Yin menyumbang wang setengah juta untuk membantu memperkasakan Parti PAN Perak sahaja.

Persoalan timbul, mampukah parti PAN bertahan dengan keahlian sehingga sekarang hampir kepada 15, 000 orang sahaja seluruh Malaysia?

Saya setuju komen daripada pembaca Yahudi walaupun sedikit tetapi dia berjaya. Timbul pula adakah PAN ini macam YAHUDI? Cara dia bekerja dan bergerak? Pembaca boleh menjawab.

Ada yang mengatakan walaupun PAN tak ramai ahli tapi Cina sokong mereka, lihat di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Apakah Boss besarnya DAP akan "menyusu" parti PAN setiap masa?

Ramai penganalisis membuat komen dengan wujudnya perpecahan dikalangan pimpinan parti PAN sendiri terutamanya IKRAM yang cuba menguasai parti itu dan menyingkirkan Mohamad Sabu. Wujud juga pertikaian hala tuju parti itu yang makin tidak jelas dan masa depan parti yang makin kabur membuatkan parti itu tidak lagi menjadi suara 'reformasi' atau suara perubahan.

Jangkaannya PAN akan mengalami nasib yang sama seperti HAMIM, BERJASA dan Semagat 46.


Share this article :
 

+ comments + 11 comments

Anonymous
July 13, 2016 at 9:27 AM

Harimau mati meninggalkan belang
PAN mati meninggalkan khadam.

Kubur tiada nisan tiada
PAN mati dicampak ke loji
Itulah akibat jadi khadam DAP


DAP pula anti Islam

Anonymous
July 13, 2016 at 9:31 AM

http://www.ismaweb.net/2016/07/hari-al-quds-sedunia-pan-diresapi-syiah/

Hari al-Quds Sedunia, PAN diresapi Syiah?
mobis3

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Jumaat – Tindakan Parti Amanah Negara (PAN) menyokong penuh penganjuran Himpunan Selamatkan Al-Quds yang diadakan hari ini di Kedutaan Amerika Syarikat menimbulkan seribu persoalan.

Ketua Unit Kajian Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohamad Ismail berkata, beliau pelik apabila PAN menyokong ‘Hari al-Quds Sedunia’ yang digagaskan oleh tokoh Syiah Rafidhah, Khomeini.

“Tidakkah PAN tahu asal usul penganjuran Hari al-Quds ini? Atau sebenarnya PAN sudah diresapi Syiah?,”soalnya dalam kenyataan ringkas kepada Ismaweb.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada seruan Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir yang mengajak orang ramai untuk bersama-sama dalam himpunan al-Quds selepas solat Jumaat petang tadi.

PAN 1

Mengulas lanjut Ustaz Mohamad berkata, puak Syiah ini hanya menggunakan Hari al-Quds Sedunia untuk mengaburi mata umat Islam kononnya merekalah yang mempertahankan bumi Palestin.

Hakikatnya ramai orang tertipu dengan slogan “Hari al-Quds Sedunia” yang dilancarkan Khomeini pada hari Jumaat terakhir setiap kali bulan Ramadan.

“Itu hanya sekadar manipulasi untuk membebaskan Masjd Al-Aqsa demi mendapat sokongan orang awam yang tertipu dengan slogan tersebut.

Katanya lagi, jika kita mengkaji akidah Syiah imam 12, mereka (Syiah) ini sebenarnya tidak beriman dengan kewujudan Masjid Al-Aqsa di Palestin dan tidak ada pun asas agama untuk mereka membebaskan Masjid Al-Aqsa.

“Ini kerana, bagi Syiah jihad tidak wajib kecuali setelah kemunculan al Mahdi al Muntazar. Syiah juga tidak beriman dengan kewujudan Masjid Al-Aqsa di Palestin sebaliknya mereka beriktikad ia berada di langit.

“Bahkan mereka beriktikad bahawa masjid di Kufah dan Karbala lebih suci dari Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa. Jadi apa guna slogan tersebut digunakan?

July 13, 2016 at 11:22 AM

Haji hassan...tolong pm saya..fb saya uda_drop@yahoo.com...ada benda nak tanya

July 13, 2016 at 11:22 AM

Haji hassan...tolong pm saya..fb saya uda_drop@yahoo.com...ada benda nak tanya

July 13, 2016 at 7:59 PM

Pas nmpk makin selesa jd khadam umno. Tahniah Pas. Hidup Melayu. Hidup 1mdb.

July 13, 2016 at 7:59 PM

Pas nmpk makin selesa jd khadam umno. Tahniah Pas. Hidup Melayu. Hidup 1mdb.

Anonymous
July 13, 2016 at 10:34 PM

DAP takut kalah di penang cancel bubar dun. Itu Ramasamy kesayangam PAN Imayam

July 15, 2016 at 7:22 PM

Bukan Khadam Umno tetapi pendakwah, sikap inilah yang diambil oleh Rasullah kepada seluruh manusia dizamannya tetapi jika ada yang engkar tindakan tegas kepada puak yang engkar contoh betapa puak Yahudi yang menghianati dan melawan Islam dihalau dari Madinah begitu juga peringkat awal Dap didakwah sehingga akhirnya melawan Islam dan menghina Islam. Salahke Pas memutuskan hubungan dengan Dap. Saudara Hisham mulia sangat ke Dap yang menghina agama saudara tu

July 15, 2016 at 7:26 PM

Dr Khalif semoga tulisan Dr ini akan menginsafkan puak Pan atau sekurangnya menyedarkan pengikut Pan supaya tidak terpedaya dengan tokoh-tokoh mereka yang cuba mengheret pengikutnya kearah kesesatan.

July 15, 2016 at 7:28 PM

Dr Khalif semoga tulisan Dr ini akan menginsafkan puak Pan atau sekurangnya menyedarkan pengikut Pan supaya tidak terpedaya dengan tokoh-tokoh mereka yang cuba mengheret pengikutnya kearah kesesatan.

July 15, 2016 at 7:28 PM

Bukan Khadam Umno tetapi pendakwah, sikap inilah yang diambil oleh Rasullah kepada seluruh manusia dizamannya tetapi jika ada yang engkar tindakan tegas kepada puak yang engkar contoh betapa puak Yahudi yang menghianati dan melawan Islam dihalau dari Madinah begitu juga peringkat awal Dap didakwah sehingga akhirnya melawan Islam dan menghina Islam. Salahke Pas memutuskan hubungan dengan Dap. Saudara Hisham mulia sangat ke Dap yang menghina agama saudara tu

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger