Dalam perjalanan ke Tanjung Pia, singgah sebentar di kampung Serkat jumpa kawan lama yang bekerja dengan 'team Salahuddin'. Dia antara penggerak maya untuk kempen Salahuddin Ayub pada PRU-13 lalu. Antara yang terbabit dengan laman Nusantara edisi Johor yang banyak menyebar luas gerak kerja Salahuddin.
Cuba juga dekati kawan-kawan 'team tank' dan adik Salahuddin (gambar di bawah itu saya ambil sendiri bukan copy & paste mana-mana sumber) untuk bertanya khabar.
Mengikut maklumat yang saya perolehi Salahuddin dikatakan dalam proses untuk kembali kepada PAS. Saya tak pasti maklumat ini boleh disahkan benar atau tidak. Saya ada nombor telefon Salahuddin dan kami ada berhubung sebelum dia menjadi ahli PAN. Tapi walaupun kita telefon sukar untuk mendapat pengesahan melainkan kita jumpa sendiri.
Bulan puasa tahun lalu, Salahuddin ada menulis tentang tawaran menjadi AJK Pas Pusat. Dia kata jika dia terima dia akan hilang kawan dan jika ditolak ini akan mengubah kehidupannya yang telah lama dia perjuangkan dalam PAS. Katanya bulan Ramadan ini (tahun lalu) akan memberikan dia hidayah untuk dia membuat pilihan.
Akhirnya di bersama PAN. Ramai juga kawan baik dia mengasingkan diri daripadanya.
Mengikut 'team tank' Salahuddin dia orang kata sebenarnya Salahuddin lebih cenderong untuk terima jawatan AJK PAS Pusat tetapi oleh kerana yang mendekatinya adalah sahabat-sabahat daripada GHB dan IKRAM maka Salahuddin memilih untuk bersama PAN. Lagi pun katanya pimpinan PAS semasa itu nampak mula tidak mesra dengan Salahuddin.
Saya percaya kata-kata 'team tank' ini. Perkara yang sama juga berlaku kepada Ustaz Ghani Shamsuddin. Walaupun dia rapat dengan Ahmad Awang lebih 30 tahun tetapi dia masih belum buat keputusan untuk menyertai PAN. Dia pernah beritahu kawan saya dia nak jumpa Presiden PAS Abdul Hadi Awang tetapi rasa tak sempat. Ustaz Ghani juga ada memberitahu tak pernah terjadi raya tahun lalu dia dikunjungi ramai pimpinan dikalangan GHB.
Jika anda diteliti posting Salahuddin Ayub pada facebooknya anda akan dapati dia masih sayangkan PAS dan betul khabar angin dia akan kembali kepada PAS.
Pada 4 Jun 2015 Salahuddin membuat posting gambar AJK PAS Pusat baru. Esoknya 5 Jun 2015 dia buat posting seperti berikut:
Mutiara Pengalaman:
Setiap kali bila diumumkan menang pertandingan Naib Presiden, saya biasanya menangis. Alhamdulillah pertandingan kali ini saya kalah dan saya gembira menerimanya.
Tahniah kepada sahabat-sahabat saya, Ustaz Idris Ahmad, Dato' Nik Amar Abdullah dan Dato' Iskandar Abd Samad sebagai Naib-Naib Presiden yang baru. Perwakilan telah memberikan cokmar kencana untuk kalian semua memikulnya. Sirualabarakatillah.
Salahuddin Haji Ayub6 Jun 2015 postingnya.
Mutiara Pengalaman 38
Apabila Abu Dzar dan Abu Hurairah mendesak Sayidina Ali ra supaya pemberontak yang membunuh Sayidina Osman dihukum untuk menghentikan segera gelombang fitnah yang sedang melanda negara Islam pada ketika itu, Ali menjawab, kamu cuba tunjukan pada aku siapa pemberontak / pembunuh itu?
Muktamar Pas Pusat hampir melabuhkan jendelanya. Semua pimpinan yang berucap memperakui wujudnya fitnah yang melanda parti dewasa ini. Perwakilan dan ahli Pas bertanya, siapakan pemfitnah itu?
Perang Jamal dan Siffin mengorbankan hampir 50 ribu nyawa kerana api fitnah. Yang pasti telah ada di antara kita yang terkorban dan berapa ramai lagi yang menanti. Semoga lembayung rahmat Allah SWT menyelamatkan kita.
Salahuddin Hj AyubPada ketika ini Salahuddin masih akur dengan kedudukannya dan masih berfikiran positif untuk membantu Jamaah PAS sebagai ahli biasa.
6 Jun 2015
Mutiara Pengalaman 39
Ketika kita menang dalam pertandingan jawatan rasanya mudah untuk memberikan nasihat pada yang kalah. Tanpa jawatan kita masih boleh terus menyumbang khidmat bakti pada perjuangan. Khalid Al Walid seringkali menjadi teladannya.
Kini sampai giliran saya mendepani cabaran ini. Telah 2 hari saya menjadi ahli biasa. Tanpa jawatan tinggi isya'Allah saya akan terus belajar lagi untuk menjadi pejuang ummah. Berjuang untuk Islam tiada noktah dan garis pengakhiran.
Salahuddin Hj AyubSalahuddin motivasi dirinya untuk bangkit semula.
8 Jun 2015
Mutiara Pengalaman 40
Kemusnahan dan kegagalan dalam diari kehidupan bukan paspot untuk kita bertukang keranda sebelum ajal tiba. Nabi saw bangkit berdiri dari era penghinaan Mekah melangkah gagah dengan visi hijrah membina Madinah.
Bangsa Jepun bangkit dari runtuhan Hiroshima dan Nagasaki menjadi bangsa pemeta jagat raya. Hentikan peluh kecewa dan sungai airmata kerana di luar sana anak bangsa menunggu pemberani berbicara. Biar kita mati berdiri dari hidup berlutut diri.
Salahuddin Hj AyubSalahuddin masih bersemangat untuk membantu PAS dan berperanan sebagai ahli biasa.
9 Jun 2015
Mutiara Pengalaman 41
Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja. Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli-ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka.
Saya akan cuba menjadi pendengar yang baik. Biar ahli bawahan berbicara tentang apa yang mereka mahu, apa yang mereka tak puas hati dan yang lebih penting apa yang mereka harapkan daripada parti hari ini.
Saya akan berinteraksi dengan serius melalui pelbagai segmen masyarakat superti
penyokong tegar parti, anak muda, masyarakat desa, akedemia, budayawan dan non muslim.
Izinkan saya melaksanakan tugas ini kerana kehadiran kita hari ini bukan sekadar menjadi pemimpin parti sendiri tetapi kita mahu menjadi pemimpin ummah negara bertuah ini,
Ini sangat penting untuk kita merencana masa depan dan membuat keputusan politik untuk parti, rakyat dan negara.
Salahuddin Hj Ayub
10 Jun 2015
Cukuplah anda boleh lihat sendiri di facebook Salahuddin. Pada masa itu komen-komen ahli PAS sangat positif dan memberikan sokongan penuh kepada beliau. Ahli PAS sangat 'respek' kepada beliau pada masa itu dengan sikap tawaduk walaupun kalah.
Tapi bila dia mengistiharkan dirinya sebagai ahli PAN dan mengambil jawatan sebagai Timbalan Presiden PAN komen-komen ahli PAS mula berubah. Sehingga akhirnya dia tidak lagi membuat posting kerana lebih 90% komen menyerangnya.
Berbalik kepada isu Salahuddin dalam proses nak masuk PAS semula. Yang ini saya masih ragu. Paling baik tanya sendiri Salahuddin dengar daripada mulut dia sendiri. "Team Tank" Salahuddin pun saya kurang yakin, entah-entah dia nak psiko saya aje.
Post a Comment