Selepas PAS, PKR dan Kini DAP Pula Pecah Dua!
Kita masih tidak lupa semasa Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang November 2015 dicemari oleh sekumpulan lebih kurang 20 lelaki yang membuat demonstrasi di hadapan sebuah hotel di Bukit Jambul di tempat konvensyen berkenaan sedang berlangsung.
Kumpulan memberi sokongan kepada Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow supaya menggantikan jawatan Ketua Menteri yang disandang oleh Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng.
Mereka berkumpul dengan memegang sepanduk yang menyokong Chow antaranya bertulis 'Chow Kon Yeow Chief Minister of Penang, We Want You', 'Anak Negeri Pulau Pinang Sokong Chow Kon Yeow Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang' dan 'Lim Guan Eng Balik Melaka.'
Kumpulan yang sama dipercayai juga berkumpul di Kompleks Tun Razak petang Sabtu sebelum itu untuk memberi sokongan kepada Chow dan membantah kepimpinan Guan Eng.
Bagaimanapun, Chow dalam ucapan konvensyen pada hari itu menyatakan sokongan parti DAP kepada Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang memimpin Pulau Pinang sejak 2008.
Bibit awal bantahan kepada 2 Lim makin ketara, bila mereka dikatakan cuba mengawal DAP seolah-olah parti anak beranak. Kawalan ini makin ketara mengikut sumber setelah Karpal Singh meninggal dunia.
Mengikut sumber yang boleh dipercayai wujud gerakan terancang dalam DAP Pulau Pinang yang ingin menyingkirkan Lim Guan Eng dari Pulau Pinang.
Jadi tidak hairanlah maklumat sulit mengenai pembelian banglo di jalan PinHorn dan beberapa maklumat rahsia lain telah dibocorkan kepada Parti Gerakan untuk menjatuhkan Lim Guan Eng.
Dulu 8 Mac 2008 di Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Lim Guan Eng semasa mengambil jawatan Ketua Menteri yang sepatutnya diberi kepada Chow Kon Yeow dengan beberapa penjajian antaranya Lim akan menjawat selama sepenggal sahaja.
Selepas penggal pertama, Lim Guan Eng masih juga tidak menyerah jawapan kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang maka menyebab ramai pimpinan DAP P. Pinang tak puas hati.
Teh Yee Cheu Adun DAP Tanjung Bunga antara pimpinan DAP Pulau Pinang yang lantang menyerang Lim Guan Eng dan dia telah membuat satu cadangan supaya penggal khidmat seorang Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal sahaja pada perhimpunan DAP tahun lalu.
Akibat cadangan itu, Teh mendapat tekanan daripada 2 Lim dan ramai mengetahui Teh Yee Cheu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang 3 hari sebelum Konvensyen DAP Negeri Pulau Pinang bermula.
Sebab itu apabila isu patut atau tidak Lim Guan Eng melepas jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, DAP berkocak lagi. DAP seluruh negara terbahagi kepada 2 satu sokong Lim Guan Eng dan satu kelompok lagi sokong kumpulan yang menentang Lim Guan Eng.
Hari ini Lim Kit Siang berkata, beliau sendiri akan menjelajah ke seluruh negara bagi meninjau pendapat sama ada Lim Guan Eng patut bercuti atau meletakkan jawatan selaku ketua menteri Pulau Pinang susulan proses pendakwaan yang didepani pada masa ini.
"Saya akan mengadakan lawatan ke seluruh negara untuk mendengar pandangan sama ada Guan Eng perlu meletak jawatan atau atau mengambil cuti sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang." Katanya.
Walaupun Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan DAP Pulau Pinang telah membuat keputusan bahawa Guan tidak perlu meletakkan jawatan, beliau masih mahu mendengar pandangan luar, ujar Kit Siang.
Tapi sebenarnya Lim Kit Siang cuba turun ke seluruh negara untuk membuat tinjauan sejauh mana "PEMBERONTAKAN" dalam DAP. Memang 2 Lim ini hebat dalam manipulasi keadaan supaya semua orang nampak DAP hebat sedangkan DAP kini menuju kehancuran.
Blog Archive
-
▼
2016
(199)
-
▼
July
(31)
- BN akan menang, Pembangkang akan kalah Siapa TONGK...
- Khadam selalunya akan patuh dan taat apa yang dipu...
- Kesian Kepada Ahli PAS Yang Seorang Ini!
- Parti-parti Baharu, Indah Khabar Daripada Rupa
- PAN + PH Ke Kedutaan Turki ok, Apahal nak perlekeh...
- UG Dah Tenggelam, Hanya Senjata Nak Tikam Kepimpin...
- Tak Ada Orang Lain Untuk Jawatan Ketua Pemuda PAN ...
- Rupanya Anthony Loke Ulama rujukan parti PAN bukan...
- David Cameron mengangkat barangannya sendiri....
- Malaysiakini ambil alih tugas Utusan Malaysia.. sp...
- Husam Sertai Parti Baru?
- Parti Baru Idea Mahathir & Lim Kit Siang?
- Cubaan Untuk Lagakan Abdul Hadi Dengan Tuan Ibrahi...
- PAN akan mengalami nasib yang sama dengan HAMIM?
- Pakatan Harapan (PH) Berpecah 2 Puak?
- Pengurusan PAN Pulau Pinang Paling Teruk - Mejar ...
- Bermimpi Salahuddin Ayub....
- PAN Tak Ong... DAP Cari Melayu Baru
- Dr Maza Marah Malaysiakini Musuhi Islam Tapi Dia L...
- Wan Rahim & Husam Cuba Perangkap Mat Sabu Pada Pe...
- Husam Dalam Dilema Parti PAN Pun Tak Nak Dia!
- Sendiri Pasang Sendiri Cantas, Teknik Bodoh Ni Dah...
- Wan Saiful Wan Jan Lebih Suka Lim Guan Eng Baca Kh...
- Lagi Cerita Pasal Tanjung Piai
- Salahuddin Ayub Dalam Proses Kembali Kepada PAS??
- Guan Eng terharu dipeluk lelaki berkopiah
- 21 Jam RM1 Juta Untuk Lim Guang Eng Tapi Tidak Ped...
- Selepas PAS, PKR dan Kini DAP Pula Pecah Dua!
- Jika Prof. Mohammad Agus Yusoff Hidup Zaman Nabi....
- Apabila Hishamuddin Menulis Dalam Keadaan Mabuk
- Biar mati berdiri dari hidup melutut - LGE
-
▼
July
(31)
Post a Comment