Dr Maza Marah Malaysiakini Musuhi Islam Tapi Dia Lupa Dia Guna Berita MK Serang PAS


Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) berkata, Lebih buruk lagi apabila Malaysiakini mengaitkan penceramah Dr Zakir Naik dan pelik mengapakah Malaysiakini begitu memusuhi para pendakwah seperti Dr Zakir Naik tanpa alasan yang kukuh.

"Saya rasa perasaan terpendam Malaysiakini ialah kebencian dan rasa permusuhan yang mendalam terhadap Islam itu sendiri" Katanya lagi.

Saya sangat setuju jika Dr Maza sudah tahu bahawa Malaysiakini sangat memusuhi Islam. Saya pernah menulis kakitangan Malaysiakini merayakan kejatuhan PAS di Terengganu. Saya tak pasti Dr Maza serang Malaysiakini kerana DZN sefikrah dengan DM? Atau memang MK memusuhi Islam.

Hanya saya hairan dan terkilan sebelum ini Dr Maza juga menjadikan berita Malaysiakini sebagai rujukan untuk menghentam PAS.

Sebagai satu contoh Dr Maza pernah mengulas kononnya penangguhan hudud dalam pembentukan block ketiga. Berita ini Dr Maza ambil bersumberkan berita daripada Malaysiakini sehingga Tuan Ibrahim Tuan Man membuat komen mengenai berita daripada orang fasik.

"Wahai orang-orang yang beriman ketika datang kepada kalian orang yang fasik dengan membawa suatu berita maka tabayyunlah (carilan kebenaran berita)".(QS. Al Hujurat : 6)
Sebagai Mufti sepatutnya Dr Maza perlu berhati-hati tidak terlalu gelojoh untuk menguarkan kenyataan. Ikut perpatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata buruk padahnya.

Sikap gelojoh Dr Maza ini membantu musuh Islam yang sudah lama mencari kelemahan PAS terutama untuk "membunuh kreator" Presiden PAS.

Saya perhati banyak kali kenyataan-kenyataan kabur dan tidak jelas sumber telah dikeluarkan oleh Dr Maza berkenaan PAS membuatkan ramai orang salah anggap kepada PAS. PAS tidak menolak untuk ditegur atau dikritik tetapi kritikan dan teguran itu mestilah datang daripada sumber yang sahid dan jelas.

Kalau macam ini apa bezanya Dr Maza dengan Malaysiakini?



Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
July 9, 2016 at 8:37 AM

Anggapan dan buruk sangka adalah mainan syaitan...lebih baik tuan temuramah sendiri sesiapa yg tuan rasa tak betul dihati dan parti tuan dan buat ulasan berlandaskan info first hand tersebut...para blogger mutakhir ini bnyak bermain petik tanpa sumber yg sahih...sbg org Islam kata sudah diajar dlm meneliti dan mengambil sumber yg sahih sahaja..

October 8, 2016 at 3:04 AM

Hello ,
Am Mrs Ann Maria, am a lady with a great testimony I live in Dubai and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave happiness to me and my family, i was in need of a loan of $760,000.00 Usd to start my life all over as i am a mother with 2 kids I met this honest and God fearing man loan lender that help me with a loan of $760,000.00 Dollar, he is a God fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan, please contact him tell him that is Mrs Ann Maria, that refer you to him. contact Mollah Zakaria, via email:{indafinance@gmail.com} Thank you.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger