Parti-parti Baharu, Indah Khabar Daripada Rupa


Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) kini giat bergerak bagi merekrut akar umbi Umno akar menyertai parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Mohamad Zin Mustapa.


Timbalan Pengerusi GKCM itu juga mendakwa kebanyakan ahli Umno tidak dapat lagi menahan kekecewaan terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, dan ia diburukkan lagi dengan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat minggu lalu.

Menambah kesungguhan, Datuk Mohamad Zin memberi contoh bekas Ketua Cawangan UMNO  Datuk Haji Abdul Samad kononnya di kawasan dia, Teluk Kemang ada 23 cawangan sudah bersedia dan akan ditubuhkan sebaik sahaja parti baharu diisytiharkan.

Ini cakap nak sedap hati aje.

Apa yang saya faham, parti baharu ini masih dilema kerana tawaran kepada bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk jawatan timbalan presiden dalam parti baharu ditolak.

Husam Musa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk jawatan Naib Presiden, hanya Zaid Ibrahim sudah mengesahkannya untuk jawatan itu.

Seperti yang pernah saya menulis sebelum ini, setaraf Mohamad Sabu pun sekadar mampu menarik ahli PAN berdaftar di Bukit Mertajam hanya 50 orang sahaja. Manakala Mujahid Yusof Rawa di Kawasan Ayer Itam hanya 3 orang ahli parti PAN berdaftar. (rujukan di sini).

Adakah parti baharu mampu bertahan?

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pernah berkata 'pada kebiasaannya' parti baharu tidak boleh bertahan lebih daripada 2 tahun mengikut pengalaman yang ada. Kenyataan ini pernah dispin oleh puak-puak PAN kononnya Hadi kata partinya tak boleh hidup lama.

Saya setuju dengan kenyataan
penubuhan parti baharu ini macam kedai kopi..dia boleh buka hari ini, dia boleh tutup hari lain kalau tiada pelanggan.

Sebenarnya tidak kurang daripada 70 parti baharu yang ditubuhkan semejak era 1960 an, dan kesemuanya sudah berkubur sekarang. Kalau ada yang masih hidup pun mati segan hidup tak lalu.



Pada 16 September 2015 Parti Amanah Negara (PAN) dilancarkan di Ideal Convention Centre Shah Alam. Semaa itu ROS belum lulus lagi nama parti PAN.

Mereka menggunakan flatform "Parti Pekerja-Pekerja Malaysia" yang diambil alih dan diaktifkan semula setelah usaha untuk mengambil alih parti KITA gagal.

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia sebelum adalah sebuah parti politik berhaluan kiri yang ditubuhkan pada 1978 oleh Ganga Nayar.  Sebelum menubuhkan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, Mendiang Ganga Nayar adalah aktivis DAP yang dilantik oleh Setiausaha Agung DAP (semasa itu Lim Kit Siang) sebagai Naib Pengerusi dalam Jawatankuasa Kecil Negeri DAP pada tahun 1974.

Jadi tak hairanlah PAN akan SENTIASA TUNDUK dan PATUH kepada DAP.... sebab 'roh dan sprit' penubuhannya macam tu!

Tahun 2013 sahaja ROS telah lulus 20 parti baharu. Saya senaraikan 4 parti paling besar daripada 20 parti berkenaan.

1) Parti Keadilan India Malaysia (MIJP).
2) Parti Generasi Baru (NewGen Party).
3) Parti Nasional Malaysia (MNP).
4) Parti Nasional Penduduk Malaysia (People's National Party of Malaysia).

Nak tanya ada anda tahu di mana parti-parti di atas??
Jangan hairan dan sedih kalau PAN pun akan menerima nasib yang sama setelah DAP memberhentikan peruntukkan DEDAK kepada parti berkenaan.


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 29, 2016 at 6:52 PM

Aduhai rupanya PAN ni kompang saja lebeiiii . Pong pang pong pang sana sini. Tetapi yg mengundi mereka adalah hanya DAP dan puak2 Ikram saja. Penyokong Ikram pula punya la ramai 0.10% dari bani melayu. Sila tanya mujahid kat facebool dia

Jeff Hulu Yam
Keadilan Reform

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger