Kini Baru DAP Dan PKR Sedar Bahawa Selama Ini PAS Memberikan 48-54% Undi Kepada Pembangkang (PR)



Jumlah undi yang dimenangi pembangkang (PAS dan PAN) di Kuala Selangor adalah 10,499 berbanding BN yang mendapat 12,332, dan majoriti adalah 1,833 undi, tidak begitu jauh berbeza dibandingkan dengan margin BN 1,082 pada pilihan raya umum lepas. Undi peratusan pula adalah 46% berbanding 54% pada PRU lepas .

Daripada 46% tersebut PAS memperolehi 53.5% undi pembangkang manakala gabungan PAN, DAP dan PKR pula mempunyai 46.5%.

Manakala di Sungai Besar PAS memperolehi 47.6% undi daripada pembangkang.

Daripada analisis ini menunjukkan bahawa PAS adalah penyumbang terbesar dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan menolak momokkan bahawa PAS kuat kerana adanya Pakatan Rakyat dan undi DAP.

DAP dan PKR hanya menyumbang separuh dan PAS pula sepearuh kalau dikira secara purata. Tapi malangnya dua parti DAP dan PKR membuli PAS sehingga semua gerak geri PAS mesti merujuk kepada mereka. Memang kalau mengundi dalam Majlis Presiden Abdul Hadi selalau kalah 1 nisbah 2 kerana DAP dan PKR sentiasa membangkang apa yang PAS nak buat sedangkan PAS mempunyai kuasa separuh pengundi yang membantu kedudukan Pakatan Rakyat.



Dengan fakta ini menolak jelajah orang yang "gila talak" yang menjaja kononnya PAS tak kuat. PAS akan mati dan terhapus apabila keluar daripada Pakatan Rakyat.


Share this article :
 

+ comments + 4 comments

June 20, 2016 at 8:07 AM

Bukan keluar dr Pakatan Rakyat saja tuan Blogger.. malah kononnya bila para pengkhianat keluar PAS dan tubuh parti baru akan juga membuatkan PAS berpecah.. secara realitinya PAS sudah hampir bersih dan akan bersih sepenuhnya jika saki baki harumanis berambus dari PAS!

June 29, 2016 at 7:11 AM

Benar!!!!

July 2, 2016 at 9:13 AM

Pada pandangan saya, isunya bukan soal siapa yang mampu meraih undi banyak tapi ialah tujuan kita untuk mengalahkan BN.

Mengalahkan BN boleh dilakukan dengan syarat semua parti pembangkang bersatu, bekerjasama dan sepakat sebagai satu pasukan.

Jika masih dengan sikap ego dan ujub, maka kejayaan yangvkita idamkamkan akan sukar dicapai...

July 2, 2016 at 9:14 AM

Pada pandangan saya, isunya bukan soal siapa yang mampu meraih undi banyak tapi ialah tujuan kita untuk mengalahkan BN.

Mengalahkan BN boleh dilakukan dengan syarat semua parti pembangkang bersatu, bekerjasama dan sepakat sebagai satu pasukan.

Jika masih dengan sikap ego dan ujub, maka kejayaan yangvkita idamkamkan akan sukar dicapai...

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger