Semasa Kempen Kutuk Calon Bila Kalah Kutuk Pengundi



Dalam muktamar PAS baru-baru ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah membawa pendekatan politik baru iaitu "Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)".

Abdul Hadi dalam ucapan menyebut ini adalah sebuah budaya berpolitik  yang berasaskan kepada kematangan dalam membuat keputusan dan tindakan, berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, sesuai dengan realiti masyarakat, bermatlamatkan kesejahteraan rakyat, kemakmuran negara dan keredhaan Allah swt.

Pembangkang bukan sahaja mengkritik pemerintah secara membabi buta. Ada perkara yang baik boleh bersama dengan pemerintah perlu bersama dan ada perkara yang menyeleweng dan merosakan akan ditentang habis-habisan.

Pendekatan ini telah dibawa pada PRK baru-baru ini. Dengan pendekatan ini PAS boleh meredakan ketegangan penyokong antara parti pembangkang dan pemerintah sehingga pergaduhan dapat dikurang. Malah provokasi juga dapat diredakan (termasuk provokasi PAN di markah PAS oleh Mat Sabu)

Mengelak mencerca calon yang masih diamalkan oleh Pakatan Harapan, dimana Nizar Jamaluddin daripada PAN akhirnya meminta maaf setelah membuat tohmahan jahat kepada calon BN.

Kita tak setuju dengan UMNO @ BN tetapi itu bukan bermakna kita boleh maki dan cerca mereka tanpa sebarang alasan. Ini bukan bermakna kita boleh fitnah mereka sedangkan kita marah bila fitnah dan tuduhan dilepakan kepada Anwar Ibrahim.

Tapi parti PAN dalam sebaran media sosial facebooker mereka menyebar kononnya Abdul Hadi dapat duit rasuah 1 Juta daripada UMNO. Mereka menuduh mereka meminta Abdul Hadi menjawab tuduhan. Islam apa ni? Daripada mereka berlajar yang kena tuduh kena tunjuk bukti?

Itu semua budaya UMNO budaya yang diterapkan oleh Mahathir 22 tahun dalam UMNO.

PAS cuba membawa pendekatan baru iaitu budaya politik matang dan sejahtera. Memang sukar tetapi kita kena ke arah itu sebab kita sayangkan negara kita, kita sayangkan bangsa kita. Kalau kita tak pupuk sekarang nanti bangsa dan negara kita akan hancur....


Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger