Semalam bekas ketua pegawai eksekutif dan editor Jahabar Sadiq dan bekas editor Bahasa Melayu Amin Shah Iskandar mengaku artikel dalam The Malaysia Insider (TMI) berdasarkan khabar angin, dan membuat akujanji tidak akan mengulangi tuduhan itu lagi.
Cara mereka bergerak ialah "Lepas FITNAH, kamu aibkan dia.. Kamu hina dia.. Kamu caci maki dia.. Kamu jaja FITNAH merata burukkan dia... dan geng Kamu PECAT dia.. geng Kamu ROMPAK jawatan dia.."
TMI ini dulunya ada Dr Zulkefly Ahmad (sekarang ini bahagian strategik parti PAN), Zul Sulong (yang banyak membocorkan maklumat dalam PAS) dan penulis-penulis yang bekerja untuk memburuk kepimpinan Islam dalam PAS selain daripada dua orang yang disebutkan.
Perna di dedahkan oleh AbuYa dan disiarkan dalam laman TranungKite (TKO) mengenai perancangan jahat mereka.
AbuYa menulis pada laman TKO, 11 September 2014 mengenai perancangan Jahat kumpulan dalam PAS (yang dipercayai didalangi oleh 2 kumpulan termasuk dari IKRAM/IRC) untuk menubuhkan parti baru.
AbuYa mendedahkan bahawa perancangan ini dibawa melalui gerakan NGO yang baru ditubuhkan iaitu PASMA.
Dalam tulisan berkenaan AbuYa menyebut bahawa PASMA terdiri daripada 3 strategi penjawatannya termasuk satu jawatankuasa 'hidden' bagi menubuhkan parti baru jika kumpulan IKRAM/IRC tewas dalam Muktamar PAS.
Pada artikel 30 September 2014 pula, AbuYa membuat pendedahan bahawa memang wujud satu gerakan secara halus untuk melemahkan pengaruh Presiden PAS.
Mereka menggunakan Facebooker, blogger dan akhbar pro-pembangkang seperti TMI dan Malaysiakini untuk membuat persepsi buruk kepada pimpinan yang tidak direstui dalam PAS.
Dalam TMI adanya Dr Zul dengan Zul Solong dan beberapa orang lagi kunco mereka mereka telah menyiarkan banyak kali berita yang tidak benar mengenai kepimpinan PAS.
Rancangan mereka melalui beberapa peringkat dan ini telah didedahkan oleh AbuYa dalam artikelnya. UG atau Nak bergabung dengan UMNO adalah satu daripada perancangan jahat kumpulan ini bagi memberikan tekanan kepada Presiden PAS dan pimpinan PAS yang tidak disukai.
Lihat pendedahan AbuYa,
Seperti ramai orang berkata "ALAH tidak dua dan tiga", maka perancangan jahat mereka terdedah satu persatu akhirnya kebenaran terserlah. Mereka yang mengkhinati perjuangan Islam satu persatu tumbang jatuh walaupun pada asasnya kita melihat mereka hebat dan lama berjuang. Itu semua kerja Allah yang pasti kita jangan sekali-kali lari daripada prinsip dan asas perjuangan ini.
Kita kena beringat kerana Allah telah memberikan peringatan yang sangat jelas "doa mereka yang teraniya" tidak ada hijab antara mereka dengan Allah taala walaupun mereka orang kafir.
Kita telah nampak, apa terjadi kepada TMI dan apa terjadi kepada penulis-penulis upahan dalam TMI termasuk perancangnya sekali. Didunia ini mereka telah dihina. Diakhir kita tak tahu kerana itu urusan mereka dengan Allah. Mungkin Allah memaafkan mereka jika mereka bertaubat.
Apa yang penting kita kena ISTIQAMAH dalam GERAKAN ISLAM sehingga ke akhir hayat.
Lihat bertapa hebatnya Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu ini, dia boleh maafkan mereka yang pernah menjatuhkannya, MEROMPAK jawatannya.
"Meskipun saya melihat perbuatan defendan-defendan menerbitkan artikel berunsur fitnah adalah bagi melaksanakan satu misi jahat yang akhirnya berjaya, saya memilih untuk tidak memanjangkan persengketaan ini.
TSKI tahu perancangan ini didalangi oleh seseorang tetapi dia memilih untuk memaafkan kerana memaafkan adalah sebaik-baik pilihan.
Post a Comment