Semenjak “Cium” Tangan Mahathir kini Khalid Samad Mudah Lupa



Selepas PPBM menyatakan hasrat mengadakan kontrak menghalang calonnya daripada melompat parti, Amanah berkata ia juga sedia mempertimbangkan jaminan seumpama itu menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata ia boleh dilakukan dalam bentuk sumpah bai’ah, sambil menambah perjanjian demikian jauh berbeza dengan bai’ah yang dibuat wakil rakyat PAS.

“Bai’ah sebagaimana janji, mungkin akan ada. Tetapi tidaklah sampai ke tahap talak seperti mana yang diamalkan oleh PAS itu dan kalau ada pun bai’ah, ianya melibatkan kita sesama kita dan kita dengan Tuhan,” katanya, dipercayai merujuk kontrak kontroversi PAS mengikat wakil rakyatnya kekal dalam parti.

Baru berkawan dengan bekas ketua penyamun, Khalid Samad sudah lupa segala-gala. Dia bercakap pun berbelit-belit macam "mamak bendahara" yang banyak kali menafikan apa yang berlaku 22 tahun dulu adalah kesalahannya.

Kisah Baiah Talak 3 Dalam PAS





Mari kita mencari sumber fakta, jangan terlalu bodoh dengan maklumat palsu daripada "macai" Harapan yang selalu memutar belitkan fakta dan kebenaran.

Dulu semasa heboh pasal baiah taklid cerai isteri bagi calon PAS. Setiausaha agung PAS masa itu Datuk Mustafa Ali telah membuat satu kenyataan berkenaan baiah ini pada November 2009.

Kata Cikgu Pa, baiah calon PAS dalam pilihan raya umum tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat parti.

Cikgu Pa berkata baiah tersebut diguna pakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau sendiri kali pertama bertanding mewakili PAS telah berbaiah. (gambar di atas Cikgu Pa menunjukkan contoh baiah Presiden PAS Tuan Guru Haji ABdul Hadi)

Mustafa Ali berkata lafaz bai'ah tersebut berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini. "Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat.
Semasa sidang media November 2009 Cikgu Pa menafi wujud baiah talak tiga isteri, tetapi beliau berkata tak tahu jika ada yang menambahnya. Walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza katanya pada sidang tersebut. (Iaitu menambah talak 3 isteri)


Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.

Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata: "Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."

 Dalam menengakkan apa dia buat itu betul mengikut apa yang dia fikir, Khalid Samad menulis satu artikel pada 16 November 2009 bertajuk "Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup". Di bawah ini sebahagian petikan artikel berkenaan.
Oleh yang demikian, lafaz cerai taklik dalam soal menjadi calon adalah bagi saya dan isteri seperti ibarat tindakan Tariq Ibn Ziyad. Sepertimana tindakan Tariq membakar kapal-kapal dengan bertujuan menghalang berlakunya kemungkinan untuk lari dari medan pertempuran, lafaz taklik bertujuan menghalang berlakunya lompatan khianat dalam politik. Sekiranya ingin melompat, akan jatuh talak tiga dan ini seolah menyerupai tindakan memilih untuk berenang merentasi Lautan Mediterranean. Sesuatu yang tidak dapat digambarkan kepayahannya, apatah lagi melakukannya.

Ya, sememangnya talak tiga merupakan satu tindakan yang menggerunkan dan itulah yang diinginkan! Ia bertujuan merupakan benteng penghalang supaya menyelamatkan calon tersebut dari melakukan perbuatan haram yang jauh lebih besar, iaitu khianat dan derhaka keatas perjuangan dan janjinya. Lebih-lebih lagi apabila perjuangan itu merupakan perjuangan yang berlandaskan Islam, atau adakah yang masih mempertikai dasar perjuangan PAS? Kalau ada, semestinya dia tidak layak menjadi calon dan dengan itu akan sendirinya terlepas dari persoalan ini.

Perubahan Sikap Kelantan.


Ada yang berhujah kononnya Tok Guru Nik Aziz tak bersetuju berkenaan takliq talak isteri 3 macam ini dikatakan takliq talak 3 isteri itu cadangan Tok Guru Nik Aziz sendiri.

Ini yang penting yang perlu tahu dan memahami isu semasa dan perubahan keadaan yang membuatkan pandangan Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri berubah..

Sebelum kenyataan SUA Cikgu Pa, Tok Guru Nik Aziz ada membuat kenyataan bahawa talak 3 tak ada dalam PAS. Ini boleh di dapati daripada akhbar Bernama pada 10 November 2009. (sila rujuk di sini)
Nik Aziz Nafi Wujud Bai'ah Dalam Pas

KOTA BAHARU, 10 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa menafikan wujudnya apa yang dinamakan sumpah bai'ah yang membawa kepada perceraian isteri sehingga menjadi polimik baru dalam kepimpinan PAS sekarang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.


"Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS.


"Di Kelantan, isu bai'ah ini tak timbul langsung," katanya kepada pemberita di sini hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.


Khalid dari Pas, mengakui wujudnya syarat yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti.


Bagaimanapun Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah sedemikian.


Namun Anggota Jawatankuasa Pas Pusat dan Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa pula mempertahankan bai'ah yang wujud dalam parti itu dengan alasan untuk mengelak wakil rakyat mereka daripada dibeli oleh Umno.


Reaksi daripada itu Kerajaan mahu kepimpinan PAS memberi penjelasan mengenai dakwaan bai'ah itu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata ini kerana pihak kerajaan melihat bai'ah adalah suatu keputusan yang hanya dibuat sebelah pihak tanpa perbincangan dengan pihak wanita.


Bagaimanpun Nik Abdul Aziz mengakui sebelum calon PAS bertanding (dalam pilihan raya) ada angkat sumpah dan ianya terdapat dalam borang taat setia sebagai akujanji sebagai tanda setia dan amanah kepada parti.


"Kita kahwin dengan orang pun ada ijab kabul, ijab kabul itu yang dipanggil bai'ah," katanya.


Ditanya mengenai wujudnya bai'ah sedemikian di kalangan PAS Selangor, Nik Aziz berkata sebagai Menteri Besar Kelantan masalah Selangor adalah masalah individu dan terserah kepada tugas jawatankuasa disiplin utuk menyelesaikannya.

Khalid Samad mempertahankan hujah kenapa dia tambah talak 3 yang tak diminta oleh PAS dalam bai'ahnya. Anda boleh baca artikel Khalid Samad 16 November 2009 bertajuk Kapal Perang Tariq Ibn Ziyad dan Isu Bai’ah Taklik – Kata Penutup
Khalid Samad mengakhir tulisannya "Namun sekiranya pimpinan PAS menganggap ianya tidak perlu, saya akan akur walaupun pada saya dan isteri, kelebihan amalan ini amat jelas sama sekali. Pada masa yang sama, saya amat bersyukur kerana telah dikurniakan Allah seorang isteri yang memahami erti perjuangan yang telah bersama saya selama lebih 30 tahun ini."

Sebelum ini ramai orang serang Khalid berkenaan talak 3 isteri dan Khalid Samad menjawab dalam twitternya bahawa dia tak masuk talak 3 dalam bai'ahnya pada PRU-13 baru-baru ini. Saya setuju dengan kenyataan dia. Khalid Samad terselamat daripada talak tapi masih ada janji dengan Allah.

Pimpinan PAS secara khusus tak berapa setuju dengan tambahan talak 3 isteri dimasukkan dalam bai'ah. Yang ini Khalid sendiri akur dan menulis dalam blognya.

Tiba-tiba di Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta ditambahkan talak 3 isteri dalam bai'ah. Kedudukan Kelantan agak tergugat sebelum itu hanya 1 kerusi sahaja.

Pertukaran pendangan  Tok Guru Nik Abdul Aziz adalah disebabkan faktor dan keadaan. Tapi negeri lain tidak ada bai'ah talak 3 melainkan Kelantan sahaja.

Sesetengah pihak yang tidak mengetahui perkara sebenar atau sengaja memutar belit maklumat ini dengan berniat jahat telah menyerang kepimpinan ulama dalam PAS atas isu baiah sedangkan hanya Kelantan sahaja yang amal atas kehendak TGNA.

Wujud perbahasan pada masa itu dan akhirnya bersadarkan pendapat Iman Hanafi Kelantan atas permintaan Tok Guru Nik Aziz menambah takliq talak 3 isteri dengan harapan tiada yang lompat parti.

Rupa-rupanya sebelum meninggal dunia Tok Guru Nik Abdul Aziz seolah-olah macam tahu ada ADUN dan MP yang cuba mengkhianati perjuangan PAS dengan menubuh parti baru. Mereka cuba melemahkan PAS dan memberikan kekuatan kepada UMNO untuk menawan Kelantan.

Hebat Tok Guru daripada tak setuju dengan baiah akhirnya beliau pula menjadi tukang cadang!!
Orang yang buta maklumat sahaja mudah bersama AMANAH dan HARAPAN kemudian membuat fitnah kepada pemimpin PAS sedangkan yang sebenarnya mereka tersesat daripada perjuangan sebenar akibat daripada ditipu oleh pimpinan mrekan.


Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
February 15, 2018 at 9:49 PM

Khalid meroyan sakan shah alam makin kelam.

June 26, 2018 at 9:24 PM

https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

Web: almawaddah.info

Salam


Kepada:

 

Redaksi, rektor dan para akademik


Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger