Apa Beza antara UMNO dengan DAP?



Ada seorang kawan daripada PAN/IKRAM hantar whatsapp gambar Sheikh Ali Omar Yacoub Al-Abbas,  Imam Masjid al-Aqsa  membuat lawatan ke pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng. Dia buat caption "Tak pergi melawat Naib Ketua Persatuan Ulama?"

Saya jawab "Beliau ada di Qatar, mesyuarat Persatuan Ulama Dunia dengan Sheikh Qardawi"

Kawan PAN/IKRAM saya membalas. "DAP hentam Islam ke? Kenapa Imam boleh datang?"

Satu kelemahan puak-puam PAN @ IKRAM ini adalah memahami politik dan tidak banyak belajar bagaimana politik dalam Islam. Kelemahan ilmu politik menyebab  Abu Musa Al-Asya'ari yang mewakili Saidina Ali ditipu oleh Amr al-Aas bagi pihak Muawiyah dalam perjanjian selepas perang Siffin.

Abu Musa Al-Asya'ari orang yang wara' tetapi tidak mahir ilmu politik. Dia bukanlah pilihan pertama Saidina Ali yang mahu melantik Abdullah bin Abbas atau Al-Ashtar sebagai wakil, tetapi ada sesetengah pihak tak setuju sebab waris Ali.

Kalau kita lihat perangai orang-orang dalam kumpulan Saidina Ali lebih kurang macam puak-puak PAN dan IKRAM sekarang, membantah tidak tentu pasal atas hujah sempit.

Kalau ikut hujah puak-puak PAN @ IKRAM, UMNO lagi hebat Islamnya. Bukan sekali Imam Masjid al-Aqsa  datang jumpa Najib.



Sebenarnya DAP dan UMNO bukan nak Islam. Mereka hanya mempergunakan Islam untuk kepentingan politik. Janganlah buat kerja membazir dengan menunjukkan tentang gambar tersebut. Kalau saya posting imam, ulama yang jumpa Tok Guru Haji Abdul Hadi nanti berjela-jela muka surat artikel ini.

Saya nasihatkan puak PAN @ IKRAM tak payah main hujah-hujah bodoh dalam menyerang PAS.



Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
December 2, 2016 at 11:32 PM

Mana Pan ada hujah yg tak bodoh. Klu hujah Pan memang bodoh la. Tipu dan fitnah jadi mainan. Parti Islam kunun. Buat malu je...

Anonymous
December 3, 2016 at 10:09 PM

Dap dan Pan seiring sejalan. Dap benci pimpinan ulama begitulah jua Pan. Semakin hari semakin jelas.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger