Masalah Nasharuddin kenapa nak bebankan kepada Presiden?

Saya terbaca dalam Sinar Harian mengatakan Pas akan menyerahkan kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuat keputusan sama ada bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa perlu dikenakan tindakan berhubung kenyataan yang menggesa parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR) berikutan pendirian DAP dalam isu hudud.

Menurut akhbar Sinar Harian, Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata,“Kami serahkan kepada presiden parti untuk membuat keputusan, sama ada beliau akan dikenakan tindakan atau sebaliknya, pada masa kini parti hanya memantau perkembangan berkaitan dengan isu tersebut"

Kenapa Presiden kena buat keputusan. Itu menjadi tanda tanya kepada saya. Ya memang betul Presiden ada kuasa pemutusan dalam banyak hal. Adakah selama ini Presiden di rujuk dalam banyak hal? Saya juga tak tahu apa maksud YB Salahudin dalam kenyataannya. Adakah mewakili PAS atau mewakili diri sendiri?

Banyak hal dalam PAS Presiden seolah-olah dibelakangi. Tak apa saya lebih bersikap 'suhozon' dalam hal ini. Tapi apa peranan Majlis Syura Ulama PAS pula? Lagi pun Ustaz Nasharudin juga masih lagi ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Saya berpendapat ini suatu kenyataan yang tidak bijak keluar daripada m ulut Naib Presiden PAS, kerana isu melibat Ustaz Nasharudin Mat Isa banyak kali dikaitan dengan Presiden PAS sendiri dengan tohmohan "Gagasan Perpaduan" atau UG. Ini secara tidak langsung akan menyalahkan Presiden PAS.

Sama juga berlaku pada Dr Hassan Ali, semua orang menyalahkan Presiden yang nak pecat kami hanya mencadangkan digantung sahaja!!!

Memang benar pimimpin PAS pantang jumpa mikrofon terus nak bercakap. Musuh akan gelak dengan 'keghairahan' begini.

Kenapa pimpinan PAS macam tak sabar nak buat ulasan tentang isu ini. Masing-masing lebih 'sudu daripada kuah'.

Ada kepimpinan yang berautoriti dalam membuat kenyataan misalnya Ketua Penerangan PAS, yang jadi 'pembantu' tunggu dululah sehingga menjadi ketua barulah buat kenyataan. Ada perkara yang boleh kita laju tapi masalah dalam parti perlukan suatu pendekatan yang bijak. Kalau masing-masing nak tunjuk hero saya nampak ukhwah dalam PAS makin longgar dan PAS akan menjadi makin lemah dari dalam.

Pemuda PAS Kelantan, takkan tak boleh jumpa orang tua, bawa perkara ini dan saya lebih suka dibawa kepada Lembaga Disiplin PAS daripada membuat kenyataan melalui media Harakahdaily sendiri untuk menghebohkan pekung. Apakah itu tindakan yang bijak?

Sama juga dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS pula yang atas apa kapasiti apa Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss buat kenyataan menyokong Pemuda PAS Kelantan, macam main bola aje, perlu sokongan. Macam nak beritahu semua orang bahawa aku tak suka dengan kenyataan Ustaz Nasharudin.

Apalah lemah sangat nak berfikir, kalau kita tanya ketua cawangan pun memang dia orang tak setuju dengan kenyataan itu. Jadi apa perlu berebut-berebut nak buat ulasan. Nak tunjuk aku tak suka, nak tunjuk aku perjuang PAS sejati?

Orang nak 'tegok', masyarakat nak melihat bagaimana PAS boleh mengawal dan menyelsaikan masalah. Kalau perkara macam ini kita seolah nak cantah mencantah, nampak sangat PAS masih jauh daripada apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Itu belum lagi kecamuk daripada kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang disalah ertikan oleh akhbar. Berapa ramai blogger yang kecam dan maki hamun tanpa sebarang maklumat yang sah.

Tolonglah betulkan keadaan!


Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

August 16, 2012 at 8:11 PM

sokong Salahuddin.....

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger