Ateisme, AMANAH (PAN/ IKRAM) Sokong Pun Tidak, Setuju Pun Tidak Kata Ahmad Awang


“Tidak timbul soal sama ada Amanah (PAN/IKRAM) menolak atau menyokong ateisme ini. Samalah juga kita beri kebebasan beragama kepada agama Kristian bukan bermakna kita menyokong perkara itu, jangan disalah fahamkan,” kata Penasihat Umum Parti Amanah Negara (PAN), Ahmad Awang.

Ahmad Awang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persoalan apakah secara rasminya Parti Amanah Negara (PAN) menyokong atau menolak ateisme kerana pendirian YB Dr Mariah Mahmud dan YB Hanipa Maidin nampaknya bertentangan antara satu sama lain berkenaan isu ateisme yang hangat diperkatakan baru-baru ini di Parlimen.

“Misalnya saya katakan Islam menyokong kebebasan bersuara hatta orang ateis pun, ini bukan bererti saya orang ateis, tetapi saya hanya menyokong pendirian dan pandangan Islam yang benar,” katanya.

 “Isu ini merupakan isu ilmiah. Jika mereka tidak faham maka akan timbul salah faham menuduh saya menyokong ateis pula.” Katanya lagi.

Isu Imiah perlu perbahasan ilmiah...
ok

Islam adalah agama yang adil, iktiraf kebersamaan dan Malaysia menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi raikan kepelbagaian agama. Rukun Negara pula ada menyatakan perkara pertama kepercayaan kepada TUHAN.

Permasalahan yang timbul ialah kumpulan ateis menyebarkan fahaman mereka menerusi media sosial khususnya Facebook untuk mempengaruhi masyarakat di Malaysia.

Oleh kerana Ahmad Awang dan parti Islam Baru AMANAH (PAN/IKRAM) mahu perbahasan ilmiah dan mereka berkata kumpulan ateis ini kononnya tidak bertentangan dengan mana-mana dasar dan hak kebebesan bersuara. Walkaupun tak berhujah atas agama, kumpulan ateis ini telah menyalahi Rukan Negara.

Yang pelik bin ajaib ada dikalangan parti Islam baru AMANAH (PAN/IKRAM) ini mahu mengiktiraf ateis ini sebagai AGAMA!


Hanipa Maidin dalam fecebooknya menulis "Ada pihak pihak tertentu yang marah dgn saya bila saya tafsirkan " atheism" sebagai religion dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan kerana bagi saya " religion" berkait rapat dengan suatu kepercayaan dalaman (an inner belief or conscience )."

Yang ini Ahmad Awang tak tahu nak nasihat...
Walaupun dia penasihat.

Lebai lebih suka jawatan Ahmad Awang ini ditukar daripada Penasihat Umum Parti Amanah Negara (PAN) kepada PEMBELA BUTA TULI PARTI ISLAM BARU AMANAH (PAN/IKRAM). Kalau lebai cadang sebagai PENASIHAT TUKANG PASANG BENDERA, nampak jahat sangat lebai. Kenapa lebai kata demikian..

Sebab..
Ahmad Awang akan bela apa yang puak parti AMANAH (PAN/IKRAM) buat tak kira betul atau salah. Dia bukan nak nasihat pimpinan PAN ke jalan yang lurus.



Satu perkara yang masih membeleggu Ahmad Awang ialah PENJAJIAN PANGKOR II. Apa dia nak jawab apabila dia menolak Islam sebagai perundangan tertinggi bila bekerjasama dengan DAP?

'Perjanjian Pangkor II' antara PAS Perak dan DAP terbocor pada tahun 2008 apabila abang kepada Mohamad Nizar  iaitu Fadhil Jamaluddin telah mendedahkan perkara ini kepada umum dan menyebut adiknya tidak layak menjadi MB kerana menepikan Islam.

Katannya Mohammad Nizar telah terikat dengan perjanjian bersama DAP sebelum bersetuju dilantik sebagai menteri besar dengan syarat-syarat yang telah ditekankan oleh DAP kerajaan Perak tidak boleh membuat keputusan terutama perkara yang menyentuh soal Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun sekadar disebut.

Lebih melengkapkan dakwaan tersebut Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' bersama DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam. Dalam perjanjian itu juga didakwa, Mohammad Nizar tidak dibenarkan menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

Ahmad Awang semasa itu adalah Pesuruhjaya PAS Perak yang telah menjadi dalang usaha menepikan Islam.

Antara isi kandungan ’Perjanjian Pangkor II’ yang ditandatangani Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) Nizar Jamaluddin ialah:

1) Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.

2) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain-lain lagi.

3) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.

4) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut wakil speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Agaknya apa Ahmad Awang nak jawap kepada Allah s.w.t. yang dia setuju perjanjian tersebut?? Nak ikut nabi macam perjanjian Hudabiyyah??

Puak IKRAM boleh tolong jawab.
Lebai tunggu ni!



Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
December 3, 2017 at 5:52 PM

Wah ostad parti kuali berdolak dalih takut untuk menyatakan atheisme (anti-tuhan) itu sesat dan haram mengikut ajaran Islam sebab ostad itu takut pemimpin liberal dan sifu kafir harbi parti roket murka padanya. Nampaknya ostad parti kuali lebih takut pada manusia berbanding dengan Allah. Ini bererti ostad itu melakukan syirik apabila menyekutukan Allah dengan manusia. Sejak bila manusia jadi tuhan?

Anonymous
December 3, 2017 at 9:03 PM

Falsampah Pakatan Tiada Harapan: Parti ultra kiasu kafir harbi diutamakan, agama Islam dan umat Islam dipinggirkan.

Anonymous
December 11, 2017 at 11:49 AM

Nak setuju kena dpt restu dap dulu...

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger