Oii Engkau Main Banjir Ya, Ingat Hadir Mahkamah



Bicara Saman Pemula kes Wisma Tok Guru yang dijadualkan untuk dijalankan hari ini di Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu telah ditangguhkan ke 17/12/2017.

Penangguhan ini adalah kerana pihak peguam yang mewakili Dato’ Husam Musa baru sahaja menerima Affidavit Jawapan bagi Saman Pemula Dato’ Husam Musa terhadap proksi Pas, Mohd Yasin bin Yusoff pada hari khamis lepas.

Menurut berita peguam Husam memerlukan masa bagi mengemukakan jawapan balas afidavit Mohd Yasin itu dengan alasan baru balik daripada Mekah.

Ini adalah normal.

Yang tak normalnya ialah Husam Musa mengambil kesempatan untuk melambatkan bagi memastikan mereka kononnya dapat menggunakan bangunan itu sehingga PRU14.

BUKTI??

Pada pukul 11.20 malam,  17 Oktober 2017 Husam Musa berkata 
Jadi notis tu ambo sendiri, secara rasmi tidak terima lagi. Kalau terima notis, ambo akan failkan ke makhamah. Sementara makhamah selesaikan, Amanah akan gunakan bangunan tu sampai bila-bila. Kalau makhamah lambat selesai, selepas pru 2018,2019 Amanah akan guna bangunan tu sampai bila-bila.
Jadi Husam Musa guna strategi ini untuk memastikan dia dapat guna Pejabat Utama AMANAH (PAN/IKRAM) Kelantan. Malu markaz utama kena tawan belum bertanding. Macam mana nak tawan Kelantan daripada PAS??

Husam kata lagi
Jadi sebelum dia boleh hambat kita, kita kena cara dulu .Cara setahun ka, cara 10 tahun ka , selagi cara tak selesai Amanah akan gunakan bangunan tersebut. INI PENEGASAN AMBO.
Husam Musa guna teknik kotor dah lama. Lebai ada menulis sebelum ini anda boleh baca di sini.

Politik itu pada asalanya tidak kotor. Hari ini, terutama menjelang PRU-14 kita melihat aksi politik makin menyimpan daripada asalnya. Islam diketepikan, skularisme menyusut masuk, maka timbul MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.

Sejarah Politik Dunia barat moden makin menjadi rujukan, politik Islam yang diajar Rasulullah s.a.w. kian dilupakan. Nama Niccolo Machiavelli tentu tak terlepas menjadi rujukan golongan profesional yang masuk terjah dalam dunia politik. Politik dan pemikiran serta praktikal politik kotor semacam menjadi kewajipan demi untuk mencapai kememangan.
 


Melalui buah pemikiran termasyur yang berjudul "The Prince" menjadi kitab rujukan golongan ini  dengan slogan "Politik itu Bebas Nilai" dan agama itu diketepikan.Bagi Nicco, politik tidak boleh dikaitkan dengan etika atau moralisme. Yang penting darinya adalah bagaimana seorang (calon) mampu mendapatkan dan mempertahankan kekuasaan. Maka di sini mulai STRATEGI POLITIK KOTOR menjadi agenda "kewajipan" untuk digunakan tanpa batas AGAMA.

Husam belajar semua ini dan dipratikkan. Ajaran Tok Guru Nik Aziz dia ketepikan.

Husam memikirkan cara baru. Cara baru ialah menyambung LIDAH SYAITAN, mengikut politik "Niccolo Machiavelli" dan mengenepitkan ajaran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 

MATLAMAT MENGHALAKAN CARA, iaitu dengan membuat fitnah kepada PAS berkenaan dengan duit RM90 juta masuk dalam akuan PAS melalui Affin Bank.

Bukan itu sahaja Husam Musa mengepikan ajaran Islam bahawa orang yang membuat tuduhan mesti mengemukan bukti atas tuduhannya. Bagi Husam itu tidak penting asalakan dia boleh LANYAK PAS dan geng ULAMA dalam PAS.


Husam lebih suka cara politik barat, yang kena tuduh terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyaman orang membuat tuduhan. Bukan sahaja wang, malah orang kena tuduhan terpaksa menghabiskan masa untuk menyelesaikan kes ini di mahkamah.

Jika orang yang dituduh tidak menyaman, maka ini peluang dan modal untuk Husam Musa akan jaja diceramah-ceramahnya bahawa yang kena tuduh ini sebenarnya bersalah. Imej politik PAS akan menjadi makin tercalar. Dari segi politik Husam Musa akan berjaya dan politik kotor ini menepikan akan adanya hari Akhirat yang pasti setiap apa yang kita lakukan pasti Allah s.w.t. akan menghitungnya.

Ada yang berkata takkan Husam nak buat perkara seperti ini.

Saya berkata bai'ah talak isteri pun Husam langgar. Baiah dengan Allah pun Husam sanggup langgar apakan perkara tuduhan kecil seperti ini bagi Husam. Biasalah manusia apabila dendam menghantui diri akal menjadi sempit, pemikiran menjadi tidak waras dan nafsu menguasa segala-galanya.

Semasa Husam Mengampu Presiden PAS..
Husam Musa juga tahu proses mahkamah memakan masa yang lama. Jika PAS sama Husam Musa masih sempat mengatakan ini benar-benar berlaku dalam ceramah-ceramahnya. Jadi sempatlah isu ini digunakan untuk PRU-14 nanti.

Perkara ini sudah sebut pada ceramah 6 Februari 2017 lalu bahawa bukti akan ditunjukkan pada PRU-14 nanti jika PAS tak bersama PAKATAN HARAPAN.

Selepas PRU-14 Husam Musa akan minta penyelesaian diluar mahkamah. Dia hanya mungkin membayar paling banyak RM30 ribu untuk penyelesaian diluar mahkamah kepada PAS. Berbaloilah dengan RM30k boleh LANYAK PAS dan imej PAS tercalar teruk.

Husam pernah menggunakan cara politik kotor ini kepada UMNO iaitu dengan membuat tuduhan kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa Dato' Pa memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri ketika hampir PRU-13 lalu.

Dewan Ulama PAS Kelantan membantah cara ini tetapi Husam Musa berdegil dan meneruskan cara politiknya dan mengatakan dia akan tanggungjawab. Husam Musa mengenepikan arahan Dewan Ulama dan mengikut cara politik Pakatan Rakyat.

Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi. PRU-13 telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April 2013.

Sinar Harian 5 April 2013 telah menyiarkan berita penafian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dakwaan Husam Musa kononnya beliau memberi percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada setiap ketua Umno bahagian negeri Kelantan. (sila rujuk di sini)

Sehubungan itu, Dato' Pa telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis tuntutan maaf dan memberi tempoh 48 jam kepada Husam untuk berbuat demikian.

Husam tidak berbuat demikian kerana ini adalah strategi politik kotornya, kononnya nak selamatkan Kelantan dan membantah cara Ulama PAS bekerja yang dikatakan politik kuno yang berstratgi. Kononnya jujur dan ikhlas tak akan berjaya dalam dunia hari ini. Ini pemikiran sesat Husam Musa.

15 April 2016 Sinar Harian sekali lagi menyiarkan berita "Saman Tok Pa terhadap Husam selesai" (sila rujuk di sini)

Saman fitnah yang dikemukakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berhubung dakwaan pemberian secara percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGVH) kepada setiap ketua Umno bahagian di negeri itu selesai.
Keputusan itu dicapai selepas kedua- dua pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Husam membacakan pernyataan kekesalannya dan bersalaman dengan Mustafa selepas prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Nor Bee Ariffin sebentar tadi.

TIGA TAHUN isu ini bermain di Mahkamah. barulah Mahkamah boleh membersihkan nama Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Saya bukan nak membela UMNO tetapi saya bercakap diatas KEBENARAN, diatas fakta dan hujah. Inilah Husam Musa yang anda tidak kenali. Semasa dalam PAS dibuat perkara yang tak betul, apatah lagi bila diluar PAS bersama parti AMANAH (PAN/IKRAM).


Husam Musa ini jika bercaramah bercakap pasal agama, macam-macam nas dan hadis mengalahkan ulama silam, tetapi hatinya buruk, busuk dan perangainya sangat JAHAT. Suka berdendam. Tanya Sayuti Omar penulis upahan, kalau tak percaya. Sayuti masih hidup. Kalau tak jumpa engkau cari Zulaimi Kazim tokey Kopi Janda (dulu) tukang sponsor MSO sekarang ini. MSO akan cerita bagaimana Husam buat kepada dia semasa mereka kawan baik dulu sehingga Sayuti menulis SI BAJU PETAK.

Dia hendak menggunakan cara yang sama untuk PERKENA PAS.

Orang yang bodoh sahaja boleh percaya kerana orang bodoh tidak mempunyai maklumat yang benar dan Allah gelapkan hatinya supaya dia jahil dengan maklumat yang tidak benar, Nauzubuillah semoga Allah jauhkan kita daripada POLITIK KOTOR HUSAM BIN MUSA.

Kita memang nak Putrajaya. Kita memang nak jatuhkan UMNO. Tetapi kita ada ISLAM. Islam mengajar kita cara berpolitik yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Kini

Husam Musa nak guna tektik yang sama kepada PAS. Dia ingat dia cerdik. Dia tak lihat cerdiknya PAS. Dia kata PAS tak boleh guna bangunan tersebut sehingga mahkamah putuskan.

ok PAS tak guna bangunan itu.
PAS pula kata, AMANAH (PAN/IKRAM) jangan guna tanah PAS termasuk pijak!!

AGAK-AGAKnya HUSAM dan parti ISLAM BARU PAN/IKRAM akan GUNA JINnya tak dalam kes ini??


Share this article :
 

+ comments + 19 comments

December 6, 2017 at 12:16 AM

marah beno ko haji? Haji zaman la, apa ada hal... kan??

December 6, 2017 at 1:13 AM

jgn main2 dgn jin toncit kata mso...dulu la

Anonymous
December 6, 2017 at 2:33 AM

Yang tampak jelas PAS adalah parti yang bermain taktik kotor, membeli tanah itu secara main belakang. PAS telah meliwat keadilan dalam urusan jual beli tanah tersebut.

December 6, 2017 at 2:50 AM

Perkara sudah dibawa ke mahkamah yang lobai menceceh macam murai tercabut ekor pehal.

Persepsi dan teori lobai tak laku di mahkamah.

December 6, 2017 at 4:27 AM

kluangman faham BM?
SPM lulus ke?
Artikel ada maksud kalau tak faham baca banyak kali baru tahu masej, biasa bagi yang lemah untuk memahami

Anonymous
December 6, 2017 at 6:10 AM

Mengaku parti islam. Adap islam pun tak tahu, Menyondol macam BABI. Lebai serban je besar, otak kecik.Hehehekikikihahahakahkahkah

December 6, 2017 at 8:24 AM

nyata sekali betapa jahat dan jijiknye husam musa. tapi malang, masih ada lg melayu bodo yg mempertahankan husam.

December 6, 2017 at 9:07 AM

Anonymous
December 6, 2017 at 6:10 AM

Itu aje hujah bodoh menolak artikel Haji Hassan.

Anonymous
December 6, 2017 at 9:15 AM

Barua-barua ternakan parti liberal PANdir dan parti kafir harbi DA-Pig sibuk memfitnah ulama Islam dan parti Islam dan mengampu sifu roket yang memusuhi agama Islam. Puak munafik ini gemar menyebarkan pelbagai fitnah seperti fitnah rasuah rm90 juta untuk memfitnah ulama Islam dan parti Islam. Tanpa merasa malu dan segan, mereka menyokong Musang Moses kuasa 10 secara haram menduduki tanah milik parti Islam. Kejahatan barua-barua dedak ini terdedah apabila mereka gagal mengutuk skandal pil kuda kuasa 10, lombong pasir haram, banglo terlajak murah, projek kroni dan bini sifu roket, banjir kilat, tanah runtuh dan kematian yang disebabkan oleh kerakusan nafsu serakah pemimpin kafir harbi roket. Macai inilah munafik bangsat.

Anonymous
December 6, 2017 at 9:23 AM

Apakah jenis makhluk yang menghina dan memfitnah ulama Islam dan memuliakan pemimpin kafir harbi? Jawapan: Munafik bodoh dan sesat bertingkat. Ptui !

December 7, 2017 at 7:29 AM

Beli tanah ikut undang2 pun main belakang? otak mane otak ?

Anonymous
December 7, 2017 at 10:48 AM

Beli banglo terlajak murah jauh di bawah harga pasaran konon ikut undang2 memang main belakang sebab melibatkan syarikat kroni dan KM. Mengapa banglo ini tidak ditawarkan kepada orang ramai yang tidak berkuasa? Fishy transaction! Otak kamu mane otak kamu?

Anonymous
December 7, 2017 at 10:58 AM

Pembetulan kesilapan menaip @ typo error komen 10:48 am: Yang betul ialah "Otak mane otak?" BUKAN "otak kamu mane otak kamu?". Saya mohon maaf kerana kesilapan menaip.

Anonymous
December 8, 2017 at 12:09 PM

hanya org bodoh sahaja akan bg undi pada pan,dlm semua ceramah pan aku tgk mereka guna teknik dan taktik kotor menyerang sama spt Mahazalim serang Pas dulu.Meraka mulakan ceramah dengan Bismillah tetapi ditengahnya penuh dgn putar beli fakta,lebih menakutkan, suka2 hati amik ayat quran utk sokong hujah mereka padahal ayat tu utk situasi lain.Benda wajib pan kena sebut adalah puji2an kpd dap dan caci ulamak pas.

Anonymous
December 9, 2017 at 7:02 PM

Nak jadi lobai Pas mesti pandai maki hamun dan doa ko..ko..ko..hehe

Anonymous
December 9, 2017 at 7:07 PM

Pas gak yg ajar kan...
Cer tengok lobai Pas maki hamun...semua klass 'A' punya ooo

Anonymous
December 10, 2017 at 11:37 AM

Jangan fitnah PAS. Selama ini pemimpin-pemimpin dedak liberal seperti Mike Sabu, Musang Moses kuasa 10, Mujahat, kalid geleja, MahaFiraun dll dan pemimpin- pemimpin kafir harbi seperti LGE, superman dapig dll yang pandai menjaja fitnah dan memaki hamun ajaran Islam, ulama Islam dan parti Islam. Semua macai liberal dan boss kafir harbi mereka adalah pendusta tahap longkang ma.Termasuklah macai dedak roket 7:07 pm.

Anonymous
December 10, 2017 at 11:42 AM

Barua-barua ternakan dapig memang menyondol baham dedak cap roket macam BABI ternakan LGE. Siang dan malam memaki hamun, memfitnah dan menghina ulama Islam dan parti Islam dan memuja dan menyembah LGE sebagai 'tuhan' dedak.

Anonymous
December 11, 2017 at 11:43 AM

Lari kot...dah dpt agak

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger