Semua orang tahu dan sedar kebangkitan rakyat adalah sebahagian besar dimainkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tak hairan ramai yang berpendapat Anwar adalah calon terbaik Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya.
Perkara yang sama berlaku di Selangor sebelum PRU-13. Rata-rata berpendapat Khalid Ibrahim adalah ikon yang memberikan semangat untuk kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Selangor. Saya mendapat maklumat PAS walaupun dapat kelebihan kerusi 'segan' untuk meminta jawatan Menteri Besar kerana faktor ini.
Di Kedah walaupun Ustaz Azizan adalah tokoh yang baik tetapi auranya tak sama seperti Khalid Ibrahim menyebabkan BN sukar untuk menawan semula Selangor.Krisis kepimpinan PKR di Selangor harus dilihat dari sudut ini. menepi Khalid Ibrahim sebagai penyelesaian masalah bukan jalan terbaik bagi masa depan Selangor dan impian menawan Putrajaya.
Sepatutnya kumpulan 'pendesak' yang terdiri beberapa individu penting dalam parti PKR harus melihat sudut 'kesepakatan' Pakatan Rakyat keseluruhannya. Sebab masalah bukan hanya akan membabitkan PKR tetapi PR dan rakyat Selangor.
Hj. Hassan Omar
Post a Comment