Tidak boleh lari dunia sekarang adalah dunia IT. Siapa yang tertinggal dalam hal ini akan di'tinggal'kan. Kepimpinan harus mengikut selari dengan perkembangan semasa.
Walau bagaimanapun media sosial perlu dibatasi dengan maklumat yang jelas dan tepat dengan kehendak parti.
Dikalangan kepimpinan PAS media sosial seolah-olah tidak terkawal. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah membelangkangi perlembangaan PAS sendiri yang memberi kebenaran kepada Presiden (Ketua), Setiausaha dan Ketua Penerangan sahaja untuk membuat kenyataan. Tapi malangnya dalam hal ini seperti ada perlumbaan untuk membuat kenyataan.
Hadir mensyuarat khas Dewan Harian pun nak tulis dalam facebook atau twitter. Mesyuarat Khas parti adalah satu agenda sulit perbahasan isu-isu tertentu. Yang akan buat kenyataan nanti adalah Presiden atau orang yang diamanahkan oleh Presiden.
Media sosial biarlah isu-isu setempat untuk kepimpinan berkenaan. Aktiviti-aktiviti yang yang dilakukan terutama aktiviti parti. Kalau makan dan ambil makanan tu tak payah nak diupload. Nanti Nampak kemewahan yang ditonjolkan.
Kalau ambil gambar makanan nak ajak rakyat datang ok. Tapi kalau sekadar nak menunjukkan kita hadir untuk makan lebih baik jangan.
Jangan sampai nanti orang kata pimpinan PAS pantang jumpa 'mic' terus nak bercakap.
Hj. Hassan Omar
+ comments + 3 comments
Peruntukan Perlembagaan fasa apa? Mohon nyatakan..
Perlembangaan PAS. Nak tahu pasal siapa yang boleh buat kenyataan sila rujuk di sini http://perlembagaan-pas.blogspot.com/
Dah belek perlembagaan tak jumpa fasa mana. Boleh nyatakan?
Post a Comment