Annuar ajak PAS duduk semeja, Penyokong parti AMANAH (PAN) tak ada akal nak berfikir


Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa mengusulkan agar parti itu dan PAS “duduk semeja” bagi mencari titik persamaan demi kepentingan umat Islam.
Beliau berkata pertelagahan yang berterusan tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat termasuk di Kelantan dan disebabkan itulah Umno dan PAS perlu lebih fleksibel dalam soal mencari titik persamaan.

"Jika PAS mahu bekerjasama atau membincangkan soal itu, Umno sebenarnya tiada apa-apa masalah,” katanya kepada pemberita pada majlis santai bersama media di Bachok kemarin.

Untuk pengetahuan penyokong-penyokong parti AMANAH (PAN) terutamanya yang berada dalam IKRAM, Annuar Musa tu adalah Ketua Penerangan UMNO, biasanya kalau UMNO dan PAS ada perbincangan Tan Sri Annuar Musa tak akan ditinggalkan (diketepikan).

Untuk mudah faham kepada mereka yang kurang berfikir (maaf Lebai bukan nak tuju kepada pembaca, tapi Lebai nak tuju khas kepada penyokong parti PAN) kalau mengusulkan "DUDUK SEMEJA" itu bermakna PAS dan UMNO berlum duduk semeja.

Tak duduk semeja ini membawa makna PAS-UMNO masih belum UG sebagaimana pimpinan parti AMANAH (PAN) yang kalah dan tersingkir dalam muktamar PAS war-warkan 'serata dunia' kononnya PAS-UMNO telah UG.

Jangan pula selepas ini ada pimpinan AMANAH (PAN) yang tersingkir mengatakan Annuar Musa "mabuk" atau tak tahu. Yang banyak tahu adalah mereka (pimpinan AMANAH) mengalahkan Tun Mahathir yang banyak tak tahu. Duit hilang zamannya dia pun, dia tak tahu.

Lebai ingin menasihati terutamanya kepada kawan-kawan lebai yang berada dalam IKRAM, guna akal berfikir dalam semua perkara supaya kita tak di'perbodoh'kan oleh pimpinan yang hipokrit dalam memperjuangkan agama.


Untuk malam ini, setakat ini dulu. Dah lama lebai tak menulis. Keyboard pun dah berabuk.


Share this article :
 

+ comments + 9 comments

Anonymous
October 10, 2017 at 3:49 AM

Sudah kena kencing lagi mahu kena kencing, gasaklah kau labu...

Anonymous
October 10, 2017 at 8:35 AM

Hahaha.. Dah kena kencing, lagi mau kena kencing. Hasaaan, Hasan... nasib kau le

Anonymous
October 10, 2017 at 8:37 AM

Torbaek lebai..... pnyokong PH makin kepanasan...

Anonymous
October 10, 2017 at 9:18 AM

Lebai! Walaupun tidak duduk semeja, tapi ada yg se kereta dgn MB, dan sepantas seperti hj hadi. Sambung tido lah lebai. Masih mengantuk dan mamali gamaknya.

Anonymous
October 10, 2017 at 5:19 PM

UIIIIIIIIIIIIIIIII RAJIN PUNYA KHADAM DAAAA. ANON2 KAT ATAS NI ORANG YG SAMA

Anonymous
October 11, 2017 at 7:35 AM

macai PH akan terus meroyan UG hingga PAN tersungkur rebah.....barulah akn diam dgn sendirinya secara semulajadi. Huhuhuuuuu

Anonymous
October 12, 2017 at 10:07 PM

Sebaiknya Pas stand alone je...PH dgn sikap liberal dan dominan oleh Dap. BN pulak penuh dgn perompakan harta negara. Baru je semalam tengok PM rasmi projek solar berskala besar pada sykt yg buat kali kedua PM rasmi. Dulu PM resmikan 1 malaysia tablet gagal utk company ni. Ni Pm award dan resmikan sekali lagi utk company yg sama? Projek solar skala besar NEGARA tapi pada comp yg x tau entah ada staf ke xde...Pm terlepas pndng la tu kot hihihi...klu zaman tun dulu company2 camni mntk projek mega surely kena karate dgn tun kan?

October 18, 2017 at 7:11 PM

Apa class nuar ajak pas duduk semeja sedangkan hadi dah lama duduk sedondong dgn najib....

Anonymous
October 18, 2017 at 9:41 PM

Tak ada ug pun sebenarnya. Yang dok jaja ug tu hanya pemimpin yg kalah dlm pemilihan parti. Rasa kecewa sbb tak dpt jawatan. Lari tubuh parti lain dgn sokongan kuat dap.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger