BERSATU Tuduh PKR “Sabotaj” Himpunan Kleptokrasi


Sebelum diadakan Himpunan Kleptokrasi Pengarah Mobilisasi Himpunan, Mohamad Sabu  yakin mereka akan mencapai matlamat 100,000 peserta. Keyakinan ini disokong oleh Pengarah Teknikal Himpunan, Muhammad Faiz Fadzil (anak Ustaz Fadzil) yang yakin mereka boleh gerakan penyokong parti AMANAH (PAN) untuk ke himpunan berkenaan.

Setelah diadakan himpunan orang tak datang. Yang datang pun yang tua-tua. P
enganjur tidak mahu malu, umum sendiri pada akhir himpunan bahawa jumlah kehadiran peserta adalah 25,000 orang. Malaysiakini agar 8,000 orang. Tranungkite (TKO) kata hanya 5,000 orang manakala Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, pula kata 4,000 orang.



Tak kira berapa orang yang hadir himpunan itu GAGAL dan MEMALUKAN. Mat Sabu beri pelbagai alasan, mula-mula kata sebab ada bola. Kemudian anak muda tak suka himpunan macam tu, suka bentuk jalanan. Ceramah terakhir kata kerana padang basah.
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya menyebut dia melihat padang yang hijau. Maknanya padang tak diusik oleh orang. Yang ini lebai ada terima posting ta'asub Pakatan Harapan buat perbandingan padang bersih dengan himpunan Fastaqim 2.0 yang terpaksa guna lori sampah. Tak bersih macam mana padang, tak ada orang datang pijak.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua akui himpunan anti-kleptokrasi bertemakan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi yang diadakan tidak berjaya. "Apa yang merisaukan ialah perhimpunan tersebut diadakan di Petaling Jaya, iaitu kawasan yang padat dengan penduduk Cina, tetapi jumlah mereka yang hadir tidaklah begitu menggalakkan," kata Tony seperti dipetik dalam Nanyang Siang Pau.


Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung di Ibu Pejabat Parti Pribumi BERSATU Malaysia semalam juga banyak salah menyalah antara satu lain dalam perkara ini. Kenapa tidak, himpunan Kleptokrasi telah memberi IMFAK SANGAT NEGETIF kepada PAKATAN HARAPAN.

Wakil BERSATU (PPBM) Selangor, Samat Sharif  pula menuding jari kepada PKR sebagai punca HIMPUNAN SELAMATKAN MALAYSIA Tolak Kleptokrasi gagal mencapai matlamat yang ditetapkan.




BERATU menuduh PKR tidak bersungguh untuk menjayakan himpun an tersebut. Malah  dilihat dari kurangnya penyokong mereka yang hadir.  Malah, bendera parti tersebut juga tidak banyak dilihat dalam himpunan tersebut, seterusnya tidak menarik minat penyokong mereka untuk datang.

Lokasi himpunan yang terletak dalam parlimen Petaling Jaya Utara yang diwakili PKR, sepatutnya tidak ada masalah untuk mengumpul ratusan ribu penyokong seperti yang disasarkan pada awalnya.

Malah ada pimpinan PKR juga tidak hadir termasuk Rafizi. Azmin Ali datang sekejap sahaja.

Jika ambil 'Statistik PRU-13 " untuk menjadi ukuran kehadiran sokongan rakyat sepatutnya kehadiran sangat memberangsangkan.

Undi Pakatan Harapan(dulu Pakatan Rakyat dengan wujudnya sokongan PAS) bagi 5 kawasan Parlimen Petaling Jaya)

P106 PETALING JAYA UTARA
Jumlah Pengundi: 85,401
Chew Hoong Ling (BN) - 12,735
Pua Kiam Wee (DAP) - 54,407
MAJORITI: 41,672


P105 PETALING JAYA SELATAN
Jumlah Pengundi: 79,558
Sheah Kok Fah (BN) - 21,846
Hee Loy Sian (PKR) - 41,062
Ibrahim Bin Khatib (Bebas) - 1,447
MAJORITI: 19,216

P107 SUBANG
Jumlah Pengundi: 128,543
Pakas Rao A/L Applanaidoo (BN) - 39,549
Sivarasa A/L K. Rasiah (PKR) - 66,268
Edros Bin Abdullah (Bebas) - 218 (HD)
Nazaruddin Bin Mohamed Ferdoos (Bebas) - 460 (HD)
MAJORITI: 26,719

P108 SHAH ALAM
Jumlah Pengundi: 99,957
Datuk Zulkifli Bin Noordin (BN) - 38,070
Khalid Bin Abd Samad (PAS) - 49,009
MAJORITI: 10,939

P100 PANDAN
Jumlah Pengundi: 83,857
Lim Chin Yee (BN) - 21,454
Mohd Rafizi Bin Ramli (PKR) - 48,183
Tan Yew Leng (Bebas) - 2,415
MAJORITI: 26,729









Kalau didasarkan kepada angka yang diperolehi  pada PRU-13 yang lalu, perkara yang mengaibkan ini tidak berlaku melainkan PKR MEMANG SEBOTAJ TUN MAHATHIR

Keadaan ini telah mencemarkan imej Pengerusi BERSATU (PPBM) dan Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohammad yang pertama kali menganjurkan himpunan besar seperti ini.  Seterusnya menimbulkan persoalan adakah dendam lama PKR terhadap Tun Mahathir masih ada sehingga sehingga menyumbang kepada keadaan seperti ini kata wakil BERSATU.


Bukan rahsa masih ada pihak dalam PKR yang tidak berpuas hati atas tindakan Tun memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu. Samat Sharif bagaimanapun tidak mengiyakan hanya meminta semua pihak menunggu post mortem yang bakal dijalankan penganjur untuk mencari punca sebenar kenapa himpunan ini gagal menarik orang ramai.  Banyak yang sudah dilakukan dari segi promosi dan sebagainya tapi masih gagal menarik ratusan ribu rakyat seperti yang dijangkakan.

Adakah ketiadaan PAS menjadi sebab kuat kepada himpunan selepas PAS keluar daripada Pakatan HAMBAR juga menjadi makin BENAR.

Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 18, 2017 at 9:37 PM

Rakyat pelbagai kaum dah mula bosan dgn kerenah politik ph yg sering buat fitnah dan wujudkan persepsi buruk trhadap sesuatu isu sedangkan rakyat dpt maklumat drpd banyak sumber.

Anonymous
October 27, 2017 at 12:59 AM

Cara Pas yg cool buatkan org Cina yakin pada Pas. Just let it flow naturally. Kaum Cina tak mudah terpengaruh dgn kaedah PH yg agresif, desperate nk kuasa. Pas cuma satu je kena berhati hati. Jgn trpedaya utk bersatu dgn Umno. Sbb itu mmg satu satunya mistake yg ditunggu baik BN maupun PH.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger