Husam Ni ‘Bodoh’ Agama Walaupun Anak Didik Tok Guru Nik Abdul Aziz



Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan menjadi kecoh apabila menerima notis supaya mengosongkan Wisma Tok Guru di Salor yang menjadi pejabat naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa dan juga markaz Besar AMANAH (PAN) Kelantan.

Pemilik asal tanah ini adalah Pn Minah binti Musa telah didaftarkan pada tahun 1960 dan tanah ini menjadi Hak Miliknya pada tahun 1961.


Kemudian berlaku pindah milik kepada pemilik kedua menggunakan nama Pn Haripah binti Dollah (Orang panggil Saripah) pada tahun 1993. Puan Haripah ini adalah isteri kepada Dato' Rosli Ibrahim. Rosli ini adalah bekas calon PAS Dun Kok Lanas, Datuk Rosli Ibrahim dilantik sebagai senator bagi mewakili negeri Kelantan 2008 - 2011.

Dia ni dulu UMNO, bekas setiausaha Umno Kelantan, selepas tu Semangat 46 dan banyak kali bertanding tapi kalah.

Tahun 1990 PAS menang di Kelantan dengan gabungan Semagat 46 sapu bersih semua DUN. Masa sebelum ini Rosli bertanding calon UMNO di Parlimen dan Dun Salor tapi kalah.

Wujud kesefahaman untuk membuat pejabat PAS di situ, selepas PAS menguasai Kelantan. Atas persetujuan itu maka PAS memunggut derma (BUKAN DUIT HUSAM) membina pejabat PAS DUN Salor yang kini telah dicuri dan ditukar cat oren oleh Husam and 'the geng' setelah manipulasi teknikal atau hak milik tanah. 

Setelah Dato Rosli meninggal pada 27 Julai 2017 lalu, isteri Dato Rosli menjual tanah itu kepada Mohd Yassin bin Yusof bekerja sebagai SUK Kerja Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan.


Mohd Yassin bin Yusof telah menghantar notis kepada parti AMANAH (PAN) dan Husam Musa supaya mengosongkan bangunan itu dalam masa satu bulan (30 hari).


11.20 malam semalam (17 Oktober 2017) tersebar surat penjelasan Husam Musa berkenaan isu ini yang diwakilkan atas nama Rojie Semail. Kenapa Husam tak guna nama sendiri, lebai tak pasti. Mungkin juga Husam nak perkenakan si Rojie kerana surat itu nampak sangat bodoh dalam beberapa perkara dan isu termasuk agama.

Satu,
Semasa nak mencuri bangunan itu Husam Musa menjadi hero, ceramah sana sini kata bangunan itu dia punya dan mengatakan bangunan DUN itu menggunakan duitnya RM40K (macam mana dia dapat duit ini lebai tak nak pertikaikan sebagaimana si Husam mempertikaikan bagaimana Mohd Yassin ada duit untuk membeli tanah itu).

Tapi apabila mendapat surat untuk keluar daripada bangunan tersebut, Husam berdalih kenapa hantar surat notis kepada dia. Husam tak mengaku dia punya bangunan itu. Dulu beriya-iya kata dia bina bangunan itu menggunakan duit dianya RM400K. Rupanya Husam sama dengan Tun Mahathir mudah lupa apa yang dia buat jahat kepada orang lain. Yang dia ingat dia adalah manusia suci dan sempurna. Orang lain semuanya jahat, tamak, bodoh dan selalu membuat salah.

Kedua,
Husam membuat tuduhan kepada Timbalan DO, Jajahan Tanah Kota Bharu Tuan Ibrahim Tuan Bakri kononnya bersubahat serta berkonspirasi dalam penjualan tanah tersebut. Ini lebai tak boleh komen pasal lebai tak ada maklumat yang jelas. Apabila Lebai mendapat maklumat yang sahih barulah lebai menulis nanti.

Ketiga,
Pertikai wang Mohd Yassin itu datang daripada mana? Sehingga Husam menyemak gaji dan sebagainya. Ugut nak buat report kepada SPRM dll.



Husam Musa setelah menjadi oren, telah lupa bagaimana Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam beberapa isu membuat wakaf bangunan dan tanah kepada PAS menggunakan nama individu atas beberapa maslahah. Individu yang diguna nama kadang kala bukan orang yang berada (kaya). Husam Musa lupa apa yang Tok Guru buat kerana nafsunya kini mengatasi akal.


Keempat,
Husam Musa sendiri mengatakan bahawa pada Ogos 2016 Dato' Rosli mengeluarkan surat atas nama isterinya membenarkan dia menggunakan bangunan dan tanah itu sampai bila-bila.

Mari lebai tunjuk dimana bodohnya Husam Musa dalam perkara ini. Dato Rosli keluar surat atas nama isterinya. Surat ini mengikut kata Husam Musa, dia ada simpan.

ATAS NAMA ISTERI, maknanya wahai Husam Musa dan ahli-ahli parti AMANAH (PAN) termasuk IKRAM isteri Dato Rosli HARIPAH BINTI DOLLAH yang beri kuasa untuk Husam bin Musa menggunakannya.

Tapi Hari ini, Dato' Rosli dah meninggal. Tanah itu dah dijual. Jual ni maknya dah bertukar hak milik. Surat Husam simpan tu laku tak agaknya?? Anda jawab sendiri.

Kelima,
Jika sampai notis tersebut dia (Husam Musa) nak failkan ke Mahkamah untuk menuntut ganti rugi dan menuntut tanah itu adalah milik bersama. Yang ini lebai tergelak, bukan lebai nak hina si Husam Musa tu. Tapi tak tahan kena nampak 'bodoh' sangat.

Apabila kita memberi orang guna tanah kita, maka tanah itu jadi hak milik bersama. Adakah tanah itu jadi milik bersama..?? Ini pelik. Ada pembaca ahli parti AMANAH (PAN) dan IKRAM boleh tolong jawab. Dalam agama kita dalam bab apa. Ada ke hadis-hadis mengesahkannya. Adakah Tok Guru Nik Aziz ada sebut perkara ini?

Mungkin Husam Musa lupa ceramah Dato Rosli dalam isu ini. Dia mengatakan Husam adalah pejuang rakyat, maka 'hambo' beri guna tanah itu sampai bila-bila (masa itu dia lupa dia akan meninggal dunia... begitu juga kita yang berhujah ini lupa bila kita mati Allah pasti akan menyoalkan kita atas apa yang kita buat dan kita tulis..) Dato' Rosli berkata "takkan ambo nak ambil RM400 sebulan atas sewa". Agaknya kenapa Dato' Rosli sebut pasal sewa? Ini anda juga anda kena jawab

Keenam,
Pembicaraan harta pusaka keluarga Dato' Rosli akan diadakan pada 23 Oktober 2017 nanti. Husam Musa manipulasi isu pembicaraan pembahagian harta pusaka ini kononnya nak bicara harta tanah lot PT1039 sahaja. Husam ini ingat harta Dato Rosli yang itu aje. Banyak lagi harta Dato' Rosli yang di atas nama diri Dato' Rosli. Oleh kerana isteri Dato' Rosli tak ada anak, maka perlu ada perbicaraan harta pusaka. Jangan kelirukan rakyat atas isu ini kerana nak tegakkan benang basah.

Husam nak sebiji macam Tun Mahathir, dia bapak penyamum bila berceramah orang lain penyamum dia HERO untuk membenteras kleptokasi (penyamumlah itu.. ni main istilah nak bodoh orang aje).

Tanah itu Dato Rosli dah kata dalam ceramah milik isterinya. Lebai pun dah tunjuk geran milik di atas. Nak kata Husam tertidur semasa ceramah itu tak manasabah. TANAH TU BUKAN TANAH PUSAKA, nak faraid buat apa?? Jangan bodoh sangat dengan agama kita. Melainkan ada orang cucuk keluarga Dato' Rosli buat tuntutan supaya menjadi masalah dan isu dalam hal tanah ini.


Semenjak berumur ni, lebai tak boleh menulis panjang-panjang... letih. Lagi pun tak sarapan lagi. Agaknya bila bangunan itu nak tukar warna hijau semula. Warna Islam dan perjuangan Islam sejati bukan atas perjuangan diri dan nafsu semata-mata.


Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
October 18, 2017 at 9:30 PM

Husam bukan cerdik sangat. Masa jdi exco dulu banyak projeknya gagal. Depu, kambing jamnapari gagal. Harta karun pun tak dapat...kosong.

Anonymous
October 19, 2017 at 9:56 AM

Anda semua ni tak habis-habis nak 'bergasak' Orang tak cerdik je berpolitik di malaysia ni.

Anonymous
October 20, 2017 at 12:45 AM

Anon 9:56 kalo geng PAN gasak PAS kamu akan diam ye.....he he. Ngaku je lah kamu tu peminat PAN.....

November 18, 2017 at 3:37 PM

Sape2 yang dok puja pas semua makhluk laknatullah... bapak segala celaka... muktamar kedah kena ribut, fastaqim kena petir, kota baru ari tu kena ribut jugak... semaye hajat salah kiblat.. yang demo tau maarabbuka.. duit, mannabiyyuka.. hadi, manqiblatuka.. kemewahan dunia.... bla..bla..blaa...

August 25, 2022 at 11:45 AM

Very nice ppost

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger