Selepas PAS keluar daripada PAKATAN RAKYAT. Serang kepada ulama sangat besar, apatah lagi geng GHB menubuh parti AMANAH (PAN). Ramai pimpinan atasan setiap kawasan PAS menyertai parti PAN ini sehingga PAS "kering" penceramah untuk ceramah umum. Ustaz Nasharudin Daud sebelum ini sangat susah untuk keluar kawasan akhirnya terpaksa menjajah Malaysia kerana tak ramai penceramah dalam PAS.
Ahli PAS, keliru pasal UG kononnya PAS nak bergabung dengan UMNO. Kalau ahli keliru, penyokong PAS terdiri orang awam, yang kebanyak tak mendaftar ahli lagi keliru. Golongan profesional dan akedmik pun sama. Banyak pertanyaan tentang hubungan PAS dengan UMNO tidak dapat dijawab. Kalau dijawab pun tidak memuaskan hati mereka. Apatah lagi fitnah sebaran dimedia massa tidak mampu dijawab.
lebai sendiri pernah bersolat di sebuah markaz PAS, selepas solat Isya' ada beberapa ahli PAS (orang tua di situ) bertanya macam PAS nak bergabung dengan UMNO? Hebat fitnah UG UMNO-PAS dimainkan semenjak 2008 lagi kerana nak jatuhkan ulama nak naik kumpulan mereka, fitnah ini semata-mata untuk merebut jawatan AJK PAS Pusat tidak lebih daripada itu.
Persepsi UG UMNO-PAS dimainkan dengan mencari jalan cerita yang akhirnya membinasakan PAS. Merosakkan silaturrahim yang kian bertaut lama.Ukhwah tidak lagi menjadi sadaran utama dan PAS menjadi medan mengutuk ulama.
Semasa ahli PAS keliru, PAS diambang genting, tiba wujud Pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. AMANAH (PAN) gah ingin menujukkan kekuatan dan ini masa PAS akan mendapat malu besar kerana menolak PAKATAN RAKYAT yang kini diberi nafas baru dengan HARAPAN.
Lebai masih ingat lagi ceramah HARAPAN macam ceramah dan rapat umum Tun mahathir sekarang. Ramai orang datang berpusu-pusu sehingga ramai pendokong PAS merasai risau akan perkara ini.
Ceramah terakhir di Kuala Kangsar HARAPAN sangat gah. Rakyat berpusu-pusu hadir. Penganalisis politik, termasuk penulis Zul Solong meramalkan PAS akan hilang wang pertaruhan dan malu besar.
Lebai sendiri mengikut ceramah ini, tidak bohong ada rasa 'gementar' dan bimbang dengan dengan nasib dan masa hadapan gerakan Islam, PAS.
HARAPAN dengan truck besarnya... PAS yang diserang di segenap sudut. Ahli PAS ada yang keliru. Siapa tak risau dengan masa hadapan PAS.
Pengerusi Eksekutif ILHAM Centre, Muhamad Hisommudin Bakar pula dengan kajiannya kononnya PAS juga tak akan mendapat undi 30%.
Kajian Dr Mazlan Ali
sebagai sandaran kononnya Amanah (Pan) boleh menang jika bertanding kerana ada sokongan ahli Amanah (Pan) yang masih ada dalam PAS.
Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini
mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak
mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu. Ketika 35%
ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada
adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah
golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati,
sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam
pilihan kecil berkenaan.
Pakar strategik PAS membuat keputusan PAS mesti bertanding di Sungai Besar dan Kuala Selangor walaupun ada usaha Azmin cuba mewujudkan kerjasama antara pembangkang dengan mencadangkan PKR bertanding di Sungai Besar dan PAS bertanding di Kuala Selangor sahaja. AMANAH akan beri laluan kepada PAS. PAS tolak.
Kenapa PAS perlu bertanding 2 PRK ini?
PRK ini adalah indikator untuk menentukan masa hadapan PAS, 10, 20 tahun akan datang. Ini dikira sebagai hidup mati perjuangan PAS. PRK ini adalah pengukurnya. PAS perlu pengukur untuk membina strategi.
Hasil keputusan PRK Kuala Kangsar boleh dianalisis untuk PAS mengatur strategi baru.
Beberapa rumusan didapati daripada keputusan ini.
1. Walaupun PAS keseorangan, dihentam pelbagai sudut. Ahlinya keliru dan keceramuk tetapi "ahli PAS teras" masih utuh dan mengikut maklumat gerakan PAS tidak sampai 200 orang sahaja hilang berbanding PRU lalu.
2. Kajian
ILHAM Centre dan Dr Mazlan Ali boleh dibakul sampahkan. Jika pendapat sekadar dengar dan tonton 2 - 3 ceramah di Kelantan seperti Prof. Agus lagi boleh dibakul sampah.
3. Pengundi Cina hampir 100% tidak menyokong PAS. lebai tak sempat nak geladah PC cari maklumat ada satu lokaliti PAS tak dapat satu undi pun. Untuk perbandingan ini lebai masukkan untuk Sekinchan, Sungai Besar. Hampir semua saluran PAS kalah kerana tiada undi Cina. Tapi masih ada undi India.
4. Selepas PRK ini DAP mula "membuang" parti AMANAH (PAN) kerana mereka tahu AMANAH tak guna satu duit pun untuk membantu DAP mendapat undi Melayu. Kita tak hairan kenapa DAP beralih kepada BERSATU dan Tun Mahathir.
Bayangkan PRK semua jentera HARAPAN dan BN tertumpu di sana PAS masih boleh dapat undi 5.6k lebihbaik daripada HARAPAN 4.9k. PAS ada istimewa dan kekuatan luar biasa.
Pakar Strategi PAS mengatur langkah daripada keputusan 2 PRK ini. Antaranya
Tahaluf (bergabung) adalah terbaik, tetapi PAS tak boleh bertahaluf dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua ini telah mengkhianati perjanjian tahaluf. pengkhianat macam AMANAH (PAN) lagilah tak boleh. Jadi apa PAS perlu buat?
PAS mesti bertanding sendiri. Nak bertanding sendiri??
jadi macam 2 PRK ini?? Kalah teruk.
Jadi PAS kemukakan 2 strategi (strategi bukan dasar dan matlamat tetapi untuk mencapai matlamat) iaitu;
1. King Maker
2. Gagasan Sejatera (GS)
Ramai orang gelak dengan strategi PAS "King Maker" kerana mereka bodoh
(bahasa kasar sikit) memahami apa itu strategi... tak semua lebai akan menulis di sini kerana membocor strategi bukan suatu yang bijak. tapi lebai akan menulis sedikit supaya pembaca memahaminya..
Begitu juga ramai orang gelak dengan GS. Memang awal nampak macam PAS aje ada dalam GS. GS adalah tapak awal. Tapak awal ini kira bekas yang akan mengisi. Kita kena sediakan tapak. Bila dan ketika yang sesuai, terisilah dia. Hanya bersabar dan tunggu masa itu.
Macam nak tubuh PKR dahulu juga. Beberapa mesyuarat awal Mohd Sabu tidak terlibat. Bukan itu sahaja malah dia sendiri lari daripada agenda ini kerana dia panggil Anwar sebagai "JUBORI". Mahfuz Ketua Pemuda tetapi tidak hadir juga kerana dialah yang lantang hentam Anwar dalam ceramah-ceramah PAS.
Tapi PKR kan hidup 18 tahun. Mahathir yang kata PKR tak lama pun semat/pin logo PKR, sehingga Waan Azizah hilang ingat tentang suami kerana terlalu gembira dengan Mahathir pin logo PKR. Dia tak tahu selepas PRU-14 nanti Mahathir akan sembelih dia dan PKR sekali lagi!
Ada undi India semasa PRK tersebut memberikan satu info kepada PAS supaya mengerakkan kaum India dalam DHPP. Strategi ini berjaya dan keahlian DHPP disaring semula dengan memberikan penekanan bahawa dasar PAS Islam. keahlian terkini adalah 10k. Anda boleh ikut temuramah Sinar Harian
di sini.
Rupanya strategi PAS ini dihidu oleh AMANAH (PAN). Mereka pun baru terhengeh-hengeh nak tubuh sayap India Muslim.
Pakar Strategi PAS berkata jika PAS boleh mengerakkan semula 10% sokongan orang bukan Islam (Cina + India) PAS boleh menawan Selangor. Daripada maklumat yang etrakhir PAS telahmenjaya menarik 5% sokongan bukan Islam. Ini bermakna PAS kena kerja kuat lagi sebelum PRU-14 tak berapa hari lagi. TS Khalid Ibrahim ada mendedahkannya. Anda boleh ikuti
di sini.
Kesimpulannya HARAPAN tak boleh gugat PAS.
Jadi mereka nak tarik ahli PAS pun tak boleh.
Mereka tukar strategi walaupun ahli PAS tapi Undi HARAPAN.
kalau ahli PAS undi HARAPAN memang bodoh kena tipu bulat-bulat oleh HARAPAN dan Mahathir.
Untuk tipu ahli PAS mengundi HARAPAN
Mereka sebar fitnah, kononnya itu dan ini.
HARAPAN fikir dengan sebar FITNAH mereka berjaya. Sedangkan Allah janji orang yang kena fitnah ini doanya tiada hijab antara dia dengan Allah. HARAPAN dan AMANAH (PAN) pengkhianat pasti akan dibinasakan kerana kerja jahat mereka sama seperti UMNO.
Saya tanya pembaca dengan sebar fitnah mampukah kamu menang PRU nanti?
jawabnya tidak.
Jangan kamu sangka PAS yang daif ini akan kalah.
PAS tetap menang!!
Melihat kesungguhan PAS,
orang atas pagar akan mengundi PAS dan Insya-Allah orang bukan Islam akan meletakkan kepercayaan kepada PAS. hanya kita minta bersabar dan berdoa dengan banyak siolat malam.
lebai akan menulis MEMBAZIR UNDI PAS
tunggu...