Patutlah Emak Nik Omar Tak izin Dia Cebur Politik


Terbaca berita daripada Malaysiakini yang cuba menonjolkan Nik Omar Nik Abdul dalam perebutan pengaruh Tuan Guru Nik Abdul Aziz diantara PAS dan parti pengkhianat AMANAH. Malaysiakini cuba ketengahkan kononnya Nik Omar adalah cadangan menjadi calon AMANAH (PAN) di Dun Cempaka, Kelantan.

Beberapa kenyataan Nik Omar disiarkan di Malaysiakini antaranya;

Nik Omar berkata beliau mengambil keputusan itu selepas ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak melarangnya menyertai politik.


“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan. Bila ditanya kenapa bonda? Saya nak tunjuk apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu,” katanya

Untuk pengetahuan pembaca, bukan sekarang setelah bapanya meninggal Nik Omar tak dibenarkan berpolitik tetapi semenjak bapanya TG Nik Abdul Aziz masih hidup lagi TGNA tidak benarkan anak sulongnya ini berpolitik. Tapi TGNA benarkan Nik Abdul untuk membantu PAS dan menjadikan dia sebagai galang ganti beliau.




Kalau kita kaji sirah para sahabat, bagaimana anak-anak mereka diinfakkan untuk meneruskan perjuangan yang telah dilalui. Ini jelas bagaimana TGNA menginfakkan Nik Abdul untuk PAS tapi bukan Nik Omar.

Kenapa?
Nik Omar telah menyeleweng daripada landasan perjuangan yang benar dengan mengikut IRC. TGNA mengambil pendekatan suruh Nik Omar tumpu aje kepada persekolahan swasta.

Mari kita lihat apa kata Nik omar.

"Tidak dinafikan dari segi dasar, kepemimpinan sekarang ini sudah meneruskan legasi `Tok Guru', tetapi ada beberapa kelemahan yang hendak diperbetulkan oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) dan rakan sekutunya," katanya

Celarukan, dia juga kata Husam menerusi lagasi TGNA (ayah dia). Takkan dia tak tahu ketika hampir meninggal apabila Husam datang ayahnya berpaling terus buat tidur sehingga hampir satu jam Husam tunggu pun ayah dia tak berpaling. PALING PUN TIDAK JANGAN BERCAKAP!

Nik Omar Ni Abdul Aziz seorang yang CELARU. Bila celaru patutlah emnak dia kena jaga dia, apa tah lagi semasa ayahnya tiada. Dia tak boleh berpolitik. Orang macam ini kalau berpoltik akan dipergunakan terutamanya PANTI AMANAH (PAN).

TGNA memang hebat, hayatnya dia masih jaga anak sulong dia ini agar tak rosak. Nik Abdul pula dibiarkan kerana dia boleh memahami perjuangan Islam.

Imam Syafi'i ditanya: "Bagaimana kita mengetahui Pengikut Kebenaran di zaman yang penuh fitnah?"
Beliau menjawab: "Perhatikanlah panah-panah musuh (ditujukan kepada siapa), maka akan menunjukimu Siapa 'Pengikut Kebenaran'"

Imam Syafi'i pernah berkata: Nanti di akhir zaman akan banyak Ulama yang membingungkan Umat, sehingga Umat bingung memilih mana Ulama Warosatul Anbiya dan mana Ulama Suu' yang menyesatkan Umat.

Lantas murid Imam Syafi'i bertanya: "Ulama seperti apa yang kami harus ikuti di akhir zaman wahai guru?"
Beliau menjawab: "Ikutilah ulama yang dibenci kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik. Dan jauhilah ulama yang disenangi kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik, karena ia ia akan menyesatkan mu, menjauhi mu dari Keridhoan Allah".
Jadi tak hairan kalau ada yang mengutuk dan menghina Nik Abdul. Lebai taklah kata Nik Abdul ulama tetapi petikan Imam Syafie adalah cara kita memahami siapa yang benar.

Ada kata, terutama cybertropper HARAPAN kononnya Nik Abdul dimarah ayahnya sebagai anak derhaka.

Lebai tanya cybertropper, tahukah kamu apabila Nabi Musa a.s. bila pulang daripada Munajat kepada Allah dilihatnya kaumnya sesat. Dia terus marah Nabi Harun a..s. adiknya. Malah ada riwayat mengatakan dia memukul. Adakah itu bermakna Nabi Harun a.s. tidak benar? Itu cara didikan... kasar dan lembut bergantung situasi dan keadaan... bukan pokok perbahasan isu.

Ini bermakna puak-puak HARAPAN tak ada isu dalam nak mengutuk Nik Abdul.



Lebai rasa kita bagi lagi masa kenapa Nik Omar sekurang-kurang dengan bimbingan ibunya  Tuan Sabariah Tuan Ishak dia boleh belajar politik dan mengenali musuh Islam yang bertopengkan Islam Progresif menjual perjuangan dengan matlamat yang singkat!



Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
April 23, 2018 at 1:38 AM

Pandai2 je lebai temberang tulis mcm keluar dari mulut bonda nik omar sendiri

April 23, 2018 at 6:36 AM

Assalamualaikum,
Ke-empat empat individu saya dah jumpa.
TG Nik Aziz, Nik Omar, Nik Abduh dan Nik Adli (yg kena ISA) secara berasingan.
Begitulah, kefahaman kita akan lain jika hanya mendengar orang cerita daripada kita dengar sendiri dari individu tersebut walau pun pada isu lain.
Pertemuan banyak beza dgn mendengar kabar sahaja.
Allahu a'lam.

Anonymous
April 23, 2018 at 7:46 AM

100% betul dan 100% juga kita tak pernah dapat berita buruk/perangai buruk dari tuan punya badan...betoi dak lebai...

Anonymous
May 19, 2018 at 9:48 AM

Puak harapan dah ada bukti nik abduh anak derhaka..ddengar rakaman sudah..

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger