Mencari muka-muka Melayu dalam Tsunami Mahathir


Lebai terbaca ulasan Penganalisis politik Profesor Dr Mohammad Agus Yusoff meramalkan pilihan raya kali ini sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Harapan (HARAPAN).


PAS pula, menurutnya, akan kalah teruk dan malah kemungkinan besar akan kehilangan Kelantan.

Lebai tak hairan, kerana 18 Mac 2018 lalu perkara yang sama disebut. Kenyataan ini hanya sekadar ulang tayang sahaja.


18 Mac 2018 lalu Prof Agus meramalkan ‘Tsunami Mahathir’ dalam PRU 14 nanti berdasarkan sambutan terhadap ceramah beliau di Kelantan kelmarin.

Katanya setelah meneliti ceramah tiga pemimpin kebelakangan ini, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof meramalkan kemungkinan berlakunya “Tsunami Mahathir” dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

Dalam satu tulisan di Facebook beliau, Agus berkata, beliau telah mengikuti tiga ceramah awal bulan ini.

Pada 3 Februari 2017, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi ceramah di Alor Limbat, Terengganu.

Pada 13 Mac 2017, Datuk Seri Najib memberi ucapan di Bachok, Kelantan.

Pada 15 Mac 2017, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ceramah di Cherang, Kelantan.

“Setelah meneliti ceramah tiga pemimpin ini, mungkinkah yang muncul dalam PRU14 nanti ialah Tsunami Mahathir? Pertanyaan ini wajar diberi perhatian,” tulis Agus yang sebelum ini meramalkan kemungkinan kerajaan Pas Kelantan akan jatuh.

Sebenarnya lebai telah mengulas perkara ini dalam artikel "Presiden PAS “BUNUH” Tsunami Mahathir & Bersatu?

Teori yang dikemukan ialah Dr Mahathir tidak perlu menarik undi bukan Melayu kerana 85 peratus sokongan bukan Melayu sudah berada dalam genggaman Pakatan Harapan. Beliau hanya perlu mengalihkakn antara 13 hingga 15 peratus sahaja undi Melayu kepada Pakatan Harapan, dan jika ia berjaya direalisasikan, negara ini bakal menyaksikan pembentukan kerajaan baru pasca PRU14.

Lebai telah menulis sebelum ini apabila PAS tidak bersama dengan HARAPAN, tsunami Mahathir menjadi terbantut dan PAS masih menguasai 13-15% pengundi Melayu yang menjadi sasaran HARAPAN untuk menjatuhkan Kerajaan BN.

Lagi pun Agus ni takkan berdasar 3 ceramah dia rasa PAS Kelantan terus jatuh. Sangat mudah Profesor membuat rumusan hanya pulang ke Kalantan perhati satu dua ceramah terus buat analisis kononnya PAS lemah dan pengurusan PAS tidak cekap.

Analisis mesti berdasar pengundi baru yang sebenar

Kajian menunjukkan keseluruhan pengundi layak mengundi adalah 14,622,640. Analisis dibuat menggambarkan daripada jumlah tersebut seramai 7,883,017 adalah pengundi Melayu. Daripada jumlah itu, empat negeri mencatatkan pengundi Melayu teramai iaitu 1,204,815 pengundi Melayu berada di Selangor, 974,293 di Johor, 967,971 di Kelantan dan 873,438 pengundi di Kedah.

Gambaran boleh dinilai adalah apakah akan terjadi kepada Johor dan Kedah jika berlaku gelombang peralihan terhadap pengundi Melayu dalam PRU akan datang?


Bagi pengundi baharu pula, seramai 1,235,088 adalah muka baharu pengundi Melayu telah mendaftar dan layak mengundi dalam PRU


Bayangkan daripada 14 juta pengundi lebih kurang 8 juta adalah pengundi Melayu, 4 Juta pengundi Cina dan 2 juta adalah pengundi India dan lain-lain. Ini bermaksud pengundi Melayu 2 kali lebih banyak daripada pengundi Cina.

Faktor Melayu sengat penting.
Mari kita sorot perkara ini semenjak 2015


Tiga pemimpin utama Pakatan Harapan, Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu memberi  ucapan pelancaran besar-besaran PAKATAN HARAPAN yang menggantikan PAKATAN RAKYAT di Kulai dan Skudai dijadikan tempat pertama pelancaran PAKATAN HARAPAN.
 
Sebelum ini Bersih 4 memang dah tak ada muka Melayu.
 

 
 
 

Pada 2015 ceramah besaran kebangkitan Johor juga tidak menunjukkan muka-muka Melayu.

Lebai telah menulis pada Julai 2016 dengan tajuk "Mencari Muka Melayu Pada Ceramah Akhir PAN Kuala Kangsar


Hampir semua pimpinan utama DAP turun ke Kuala Kangsar dalam ceramah akhirnya. Mat Sabu juga ada di sana. Boleh kata PH agak rasa gusar untuk PRK di Kuala Kangsar berbanding dengan Sungai Besar kerana pengundi Cina hanya 24% berbanding 31% di Sungai Besar.


Tidak ada juga muka Melayu. Adakah dengan tidak ada muka Melayu HARAPAN akan berjaya? Keputusan PKR Kuala Kangsar telah membuktikan bahawa tiada muka Melayu di ceramah dan rapat umum HARAPAN akan membuatkan HARAPAN bungkus.


Daripada keputusan PRK Kuala Kangsar ini menunjukkan penyokong teras PAS masih tidak berubah. Lebai mendapat maklumat daripada bilik gerakan PAS bahawa sekitar 200 undi sahaja pengundi PAS yang hilang. Bermakna PAS masih utuh melainkan pengundi atas pagar dan sokongan Cina sahaja lari hampir 100%.

Jika PAS berusaha kuat PAS masih ada harapan.

Mari kita lihat sekitar tahun 2018 setelah Mahathir menyertai HARAPAN. Apakah ada muka-muka Melayu?






Teluk Intan, Perak
 



17/4/18 Segamat Johor

Gambar-gambar di atas gambar terkini iaitu April 2018 ceramah dan rapat umum HARAPAN dengan Mahathir di Ipoh, Teluk Intan, Segamat dan Langkawi. Hanya di Langkawi baru nampak ada muka Melayu.

Ini bermakna TIADA TSUNAMI MELAYU yang MAHATHIR mampu buat. Lebai akan menulis Mahathir sendiri bertanding dikawasan lain mungkin kalah dan hanya dia ada harapan 50-50 di Langkawi... Tunggu

PAS mempunyai kekuatan teras Melayu yang sangat kukuh. Semasa PAS sangat lemah dan ahli PAS keliru pun PAS masih boleh dapat undi sekitar 5.6k di Kuala Kangsar. Jika PAS mempunyai strategi baik menarik undi Malayu UMNO, PAS boleh menang.. Ini Lebai akan ulas juga... Tunggu

Kenyataan Profesor Dr Mohammad Agus Yusoff sauatu kenyataan politik untuk meragukan ahli PAS demi meraih undi ahli PAS untuk HARAPAN. Jika pengundi PAS tetap undi PAS HARAPAN akan JADI TAK ADA HARAPAN.. Selepas PRU-14 nanti AMANAH dan PKR akan bungkus senasib seperti Semangat 46 dan HAMIN.

Ahli PAS jangan terpengaruh dengan maklumat manipulasi dan persepsi buruk kerana ANDA SEBENAR HEBAT!! PRESIDEN ANDA boleh bunuh Tsunami Mahathir dan membawa arus (bukan tsunami) yang sangat kuat dan akan merubah sanario politik negara kita daripada permusuhan kepada budaya politik demokarasi yang sangat matang yang akan membantu Malayu hidup ditanah airnya dengan aman dan damai.



Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 18, 2018 at 8:31 AM

Professor kangkung membuat kesimpulan karut tanpa sebarang fakta dan data dan kajian akademik.

Ini jelas menunjukkan beliau tidak bersikap neutral dalam membuat pemerhatian politik. Bahkan xara beliau bertentangan dengan kaeadah kajian akademik peringkat universiti.

Kesimpulan ceteknya berdasarkan bilangan penonton dalam beberapa ceramah pakatan sahaja.

Nampaknya tahap seorang professor kangkung adalah setaraf dengan perbualan politik dalam kopi sahaja.

Jika orang ramai memenuhi shopping mall, bwlum tentu lagi semua orang membeli belah di shopping mall tersebut.

Bilangan peserta dalam beberapa ceramah pakatan tidak bererti semua peserta menyokong pakatan.

Sikap professor kangkung menyebabkan masyarakat sudah hilang rasa hormat terhadap professor kangkung.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger