Mohd Shamsul sepatutnya saman Azan Ismail pasal Pil Kuda


Semua orang tahu bahawa Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi selepas mendakwa Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan fitnah semasa berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, pada 22 April 2013.

Dalam ceramah berkenaan Abdul Hadi mendakwa ada colan PKR berfahaman kominis dan mengambil pil kuda.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) itu merujuk kepada dia dan telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon pilihan raya dan ahli perniagaan.

Walaupun PAS ada bukti atau saksi penangih bersama, takkan penangih nak jadi saksi di mahkamah saya dengan dia makan pil kuda bersama.

Sama juga dulu Tun Mahathir menuduh Anwar liwat dan juga bersama pelacur. Tapi tuduhan pelacur digugurkan atas dasar tak ada yang nak jadi saksi. (Sekarang boleh tulis fakta ini... ahh luka kecil ajekan!!)

Bagaimana pun Mahkamah Tinggi ketika menolak saman Mohd Shamsul itu memutuskan plaintif (Mohd Shamsul) gagal membuktikan bahawa kata-kata yang didakwa diucapkan oleh Abdul Hadi sebenarnya merujuk kepada beliau. Dia kena bayar kos guaman sebanyak RM10,000.00

Mohd Shamsul diwakili peguam A. Vasudevan dan V. Saravanan manakala  peguam Datuk Takiyuddin Hassan mewakili Abdul Hadi.

Semalam bernama menyiarkan kenyataan Azan Ismail yang mengesahkan kebenaran kenyataan Presiden PAS dalam ceramah menjelang PRU-13 lalu.




Azan Ismail, Pengerusi PKR Negeri Terengganu berkata PKR mahu calon yang bertanding kali ini bebas daripada sebarang perlakuan negatif yang boleh menimbulkan kesangsian pengundi terhadap kredibiliti calon itu sebagai wakil rakyat mereka.

"Kita tidak mahu lagi ada calon kita yang didapati menyokong fahaman komunis ataupun yang mengambil pil kuda.

"Calon yang bertanding juga adalah dari kalangan mereka  yang berpengalaman dalam politik," katanya.

Jika benar Mohd Shamsul tidak bersalah dan tidak mengambil pil kuda, Mohd Shamsul sepatutnya saman Azan Ismail sebagaimana dia saman Presiden PAS.

Melainkan sebelum ini PROJEK SAMAN PRESIDEN PAS adalah mainan politik menjatuhkan Presiden PAS. 

Masih ingat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnah.





Lebai tak kata ini betul tetapi ada kaitan dengan bekas peguam Abdul Hadi dulu Asmuni Awi. Lebai ingin penjelasan Asmuni Awi dalam hal ini. Harap jawab dengan betul.Logiknya kalau Hadi jawab saman itu perkara ini selesai tetapi kenapa lambat jawab sehingga kena saman 2 juta. (Lebai ada menulis di sini)



Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan, selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan terhadapnya.

Kena saman kerana tidak jawab perintah mahkamah. Peguam Presiden PAS semasa itu adalah Asmuni Awi sekarang ini Pengerusi Parti PAN @ AMANAH Perak.

Lebai tak nak tuduh si Asmuni bersubahat dengan PKR untuk jatuhkan Hadi dan geng ulama sebab aku tak ada bukti sekadar syak aje. Kalau tidak bersubahat boleh jadi dia bodoh tak jawab pertuduhan yang sepatutnya boleh selesai begitu mudah. Kan pelik!!

Ikut sifir AMANAH (PAN) Asmuni kena jawab sama dulu dia ada tak niat nak khianat Presiden PAS? Kena jawab tu!!

Itulah cara bodoh pemikiran penyokong HARAPAN dan AMANAH.



Share this article :
 

+ comments + 8 comments

Anonymous
April 18, 2018 at 10:31 PM

SOFIA suka AUTA abang Lobai.

Anonymous
April 19, 2018 at 12:13 AM

Presiden secara peribadi mengeluarkan kenyataan tersebut dan secara peribadi jua tuan presidrn harus mempertahankn tuduhannya.

Xusah tuding jari asmawi atau pun peguam pas. Kesedaran bahawa fitnah itu lebih bahaya dari membunuh sudah cukup mengingatkn presiden utk mempertahankn dirinya.

Inilah risiko apabila org memegang title ulama masuk politik. Kesilapan ahli politik dinisbahkn kepada agama walaupun ianya hanya tindakan individu.
Ditambah lg penyokong yg taksub yg dihasut oleh agen propaganda parti spt blogger mengeruhkn lg keadaan.
Yg menjadi mangsa adalah agama Islam itu sendiri

Anonymous
April 19, 2018 at 11:08 AM

Wah balaci-balaci dedak roket berlagak bodoh sombong menghina mahkamah kerana mereka mempertikai keputusan mahkamah membebaskan TGHH dari tuduhan fitnah.

Maka kita tidak merasa hairan melihat pakatan wayang pimpinan puak evangelis roket menentang undang-undang anti-berita palsu.

Maka mereka adalah seolah-olah seperti penyamun yang menentang RUU anti-penyamun.

Orang yang tidak bermoral pasti menentang RUU yang baik.

Anonymous
April 19, 2018 at 11:13 AM

Politik Islam adalah subset kepada Islam maka mengasingkan politik Islam dari Islam adalah mengasingkan Islam dari kehidupan dunia.

Orang jahil murakkab percaya politik bukan sebahagian dari Islam.

Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatNya seperti sayyidina Abu Bakr, Omar, Othman dan Ali menggunakan politik Islam untuk mentadbir Madinah dan empayar Islam.

Anonymous
April 19, 2018 at 11:16 AM

Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam memerlukan kuasa untuk membela dan melindungi agama Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi.

Anonymous
April 19, 2018 at 9:14 PM

Memerlukan kuasa utk membela islam dan menggunakan islam utk membela kuasa mempunyai jln yg berbeza.

X ade pun yg menjawab persoalan perenggan pertama tentang tuduhan yg dikeluarkan secara peribadi.

Begitu juga pertanyaan perenggan ke 2 berkaitan kesedaran tentang fitnah.

Ada dua komentar yg hanya menjawab persoalan kuasa sambil secara bersahaja melabel jahil mukarrab mahupun sekular liberal.

Dimanakah hikmah dakwah islamiyah?

Anonymous
April 20, 2018 at 12:25 AM

Anon 9:14 pm,

Mahkamah telah membebaskan TGHH dari dakwaan fitnah maka persoalan perenggan pertama dan kedua adalah tidak relevant @ tidak berkaitan.

Dalam perbicaraan kes ini, pihak yang mendakwa telah gagal membuktikan orang yang kena tuduh telah memfitnah pihak yang mendakwa.

Orang yang memisahkan politik dari Islam adalah jahil murakkab.

Sekularisme memisahkan kehidupan dunia dari agama Islam. Liberalisme pula menolak sunnah.

Tindakan puak sekular liberal pimpinan puak kafir harbi menentang dan menghina ajaran Islam secara terbuka menunjukkan mereka adalah musuh Islam.

Jika Radulullah s.a.w. dan para sahabatNya masih hidup, mereka akan memerangi puak sesat dan puak kafir harbi.

Bacalah sejarah Islam ! Jangan menulis komen membabi buta sehingga menimbulkan fitnah.


Anonymous
April 20, 2018 at 9:23 PM

Mahkamah membatalkan tuntutan saman tersebut kerana tghh tidak menyebut secara langsung nama yg menyaman tghh.
Itu sahaja.
Bukan kerana lontaran kata tghh itu benar.
Sila baca fakta kes.

Klu tghh berani menyebut nama siapa yg dimaksudkan dlm ucapannya itu, kes mahkamah akan berjalan.

Bukti yg harus dikemukan oleh tghh sepatutnya apabila menuduh seseorg terlibat akan hal itu dan ini.
Jikalau benar kemungkaran itu berlaku dan punya bukti, bukankah melaporkan kpd pihak berkuasa adalah tindakah yg sepatutnya dilakukan.
Bkn dgn melakukan tuduhan liar diatas pentas ceramah politik?

Maka bolehlah selepas ni presiden parti b menuduh calon parti pas makan pil kuda tanpa perlu kemukakan bukti mahupun melaporkannya kpd polis?

Dgn hanya mahkamah membuang kes itu maka tghh xbuat salah.
itu paham mudah pentaksub pas sambil melupakan kronologi dan asas akan tuduhan yg dilemparkan.

*Xperlu melalut lalut parti itu ini kafir mukarrab, kafir harbi, liberal sekular. Fasih betul lidah org pas melabelkan org lain.
Stick kpd isu yg dibahaskan dan berhenti melabel org

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger