Harapan tak namakan calon MB Kedah Demi menyembunyikan agenda Mahathir


Selepas solat Maghrib tadi lebai ada berborak dengan beberapa ahli IKRAM yang kini menjadi tenaga penggerak utama parti AMANAH (PAN). Dia tanya siapa PM jika PAS menguasai Malaysia. Dia tanya jika PAS menguasai Terengganu adakah Dr Shamsuri menjadi MB?

Lebai malas nak menjawab kerana dah banyak kenyataan pimpinan PAS berkenaan isu ini. Biar memang dahulu baru kita tentu siapa. PAS juga bagi 'signal' yang faham politik boleh baca siapa MB.

Lebai hanya tertarik dengan kenyataan Mukhriz di Malaysiakini.

Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah masih belum memutuskan calon berpotensi yang boleh menjadi menteri besar Kedah sekiranya HARAPAN menang di negeri itu, kata Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Belum lagi," jawab beliau ringkas ketika ditanya jika terdapat senarai pendek bagi calon menteri besar itu, berdasarkan rakaman sidang media di Dataran Stargate, Alor Setar, hari ini.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri ceramah HARAPAN di sana untuk memperkenalkan calon gabungan itu di Kedah.

Dahulu, wujud perjanjian Mahathir - Najib semasa hendak menjatuhkan kerajaan PAS Kedah iaitu memberikan Mukhriz sebagai MB Kedah.  Semasa 28 Julai 2013 Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah akan memberi sepenuh kerjasama kepada Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baharu. Itu pun termasuk dalam perjanjian MAHATHIR-NAJIB (baca di sini)

MUNGKIN ramai tidak tahu, jentera kempen Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir semasa merebut jawatan Naib Presiden UMNO dahulu pernah menasihati anak bekas Perdana Menteri itu untuk terlebih dahulu bertanding sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum melangkah terus ke kerusi nombor 3 tertinggi parti iaitu Naib Presiden.

Walau bagaimanapun, Mukhriz tetap mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dan keputusannya tidak memihak kepada dirinya, walaupun telah menggunakan pengaruh bapanya yang juga seorang negarawan ulung pada ketika itu.

Apabila Mukhriz kalah dalam pertandingan berkenaan, mereka (pro Mukhriz) telah mula menyalahkan Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Maka wujudlah perang hebat antara MAHATHIR-NAJIB

Jika ada yang mengatakan MAHATHIR turun bantu HARAPAN untuk jatuhkan Najib demi untuk rakyat kononnya GST mencekik rakyat itu AUTO BODOH sahaja.

Mahathir ada banyak pelan strategik. Orang tua itu memang bijak. Jika tak boleh tawan Putrajaya dan jatuhkan Najib, dapat Kedah sudah cukup. Kedah perlu untuk Mukhriz.

Tapi tak boleh umum awal.
Nanti bau bangkai akan menyedar hidung tersumbat penyokong Reformasi (bukan hidung tersumbat tetapi mata dan kepala jika dah tersumbat sehingga Mahathir pula jadi idola)

Share this article :
 

+ comments + 11 comments

Anonymous
April 27, 2018 at 1:07 AM

Perang mahathir-najib kerana mukhriz..
Kah kah kah kah..

Lebai menari mengikut rentak muzik politik suku agama suku.

Terang2 serangn mahathir keatas najib berkaitan 1mdb, 2.6b, edra, tun razak exchange, jho low dan reza aziz.

Tapi kalau lebai memilih alasan kerana mukhriz, apa pula dalam pikiran org yg xberani memakai title 'lebai'?

April 27, 2018 at 6:51 AM

Mna alasan nak UG ni...dh dkt 10 thn tggu x jadik2...patutla kau senang2 kene tipu dgn madey

April 27, 2018 at 8:08 AM

Lebih baik Lobai ulas ,siapakah MB Kelantan selepas ini.....Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous
April 27, 2018 at 8:33 AM

Lebih baik barua dedak roket fikir nasib calon-calon pakatan wayang roket yang akan hilang wang deposit dalam PRU 14 di Kelantan.

Apabila pakatan kalah dalam PRU14, bolehlah barua roket mohon jawatan jaga parking haram di lorong belakang KL.

Ingat bekalan dedak cap roket akan terputus sebaik sahaja pakatan kalah.

Anonymous
April 27, 2018 at 8:43 AM

Kita orang Melayu tidak mudah lupa. Kita masih ingat lagi pelbagai skandal Dr M yang boleh melingkuplah negara seperti skandal perwaja steel, skandal BMF, skandal forex, skandal pkfz dll. ISA?

Nampaknya balaci-bakaci dedak roket ternakan pakatan wayang roket mudah LUPA!

Dulu balaci dan pemimpin roket inilah yang mengutuk dan menghina Dr M tetapi sekarang Dr M menjadi 'suci' kerana disucikan oleh sifu evangelis roket yang sedang didakwa dalam mahkamah kerana kes rasuah.

Lucu dan lawak!

Anonymous
April 27, 2018 at 2:47 PM

Lebai masih belum nk mngaku perpaduan umno-pas.
Atau kata lain kebejatan umno masih dlm lindungan pahala dan syurga?

Anonymous
April 27, 2018 at 2:48 PM

Yg nk sgt ug ni bkn butir tahi dan walaunta ke?

Anonymous
April 27, 2018 at 2:53 PM

Mana bukti perpaduan umno-pas? Tidak ada kan!

Mahkamah mana yang buat keputusan perpaduan umno-pas wujud?

Tidak ada kan.

Selama ini pun tidak pernah wujud UG antara umno-pas walaupun pakatan wayang roket pong pang pong pang menjaja fitnah UG.

Anonymous
April 27, 2018 at 2:55 PM

Yang cipta fitnah UG ini ialah kepala tahi dan butir-butir tahi dalam pakatan opera roket.

Anonymous
April 28, 2018 at 10:38 AM

Nk bukti mcm ceramah hadi pil kuda ke?

Anonymous
April 28, 2018 at 10:42 AM

Hadi bkn main kritik lg ph termasuk tun m.
Xdgr lg kritik najib dan umno utk pru 14 ni.

Psl 1mdb, duit dlm akaun peribadi pun lebai temberang xberani tulis.
Jgn kata gst, spr mahupun ros.
Dh menari ikut rentak politik suku agama suku.

Walaunta dan butir tahi tetap akan jadi parti mainan selepas pru 14 tidak kira bn atau ph yg menang.
Hajat dihati nk jdk king maker.
Tapi tindak tanduk jdk coffe maker

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger