Betul ke tinggal 35% sahaja ahli PAS yang setia kini berada dalam PAS?



Lebai berjanji akan sambung lagi artikel "Azmin Ali betul, AMANAH (Pan) & BERSATU Tak ada kemampuan untuk menang di Selangor"

Sebelum ini lebai mengemukan hujah kenapa Azmin Ali membakul sampahkan kajian Dr. Mazlan Ali dan mengelarkan Amanah (Pan) adalah parti 2%. Antaranya kajian itu tidak releven dan tidak mempunyai kesahan. Malah integriti Dr Mazlan Ali sendiri dipertikaikan.

Malangnya untuk "psywar" Akbar Amanah (PAN) telah menjadikan kajian ini sebagai tajuk utama untuk edisi 87nya. Ini semua adalah untuk kerja menipu. Ahli-ahli PAN yang ada kini adalah mereka yang tertipu kononnnya PAS nak UG dengan UMNO. Itulah diratitbnya setiap kali mereka berjumpa sehingga ahli-ahli mereka hilang daya berfikir secara matang.


Lebai setuju dengan apa yang di tulis oleh xoxo, UG menjadi umpan terbaik mereka untuk mengekalkan ahli Amanah (PAN) terus membenci golongan ulama, ustaz dalam PAS sehingga mereka anggap mereka ini menyeleweng dan ingin bersama UMNO.

UG adalah timbul pada 2008 semasa PAS mengasa 23 kerusi parlimen walaupun DAP tak bersama Barisan Alternatif (PAS -PKR) untuk menghadapi BN pada PRU-12. Kedudukan di Selangor dan Perak membuat PAS boleh bersama UMNO atau bersama PKR dan DAP (Dinamakan kemudian sebagai PAKATAN RAKYAT).

UG asalnya satu cadangan yang baik oleh Presiden PAS tetapi telah diguna untuk menyerang ulama dalam PAS bagi merebut pemilihan dalam PAS.

UG telah menjadi kajian ilmiah diluar negara. Misalnya di Perancis pada Jun lepas, memuatkan empat esei. Satunya ialah "Moral Politics: Unity Government, September 16 and the Contestation of Ideas in the Malaysian Islamic Party"

Bagaimana mereka yang luar negara tak kenal parti PAS boleh membuat kajian ilmiah tentang UG tapi malangnya ahli-ahli PAS keliru dengan UG dan menyalahkan ulama kononnya nak bergabung dengan UMNO.

Serangan jahat untuk MEMBUNUH ULAMA dalam PAS oleh golongan IRC (IKRAM) bagi menguasai PAS sebagaimana mereka menguasai AMANAH (PAN) sekarang adalah sebab kenapa UG menjadi satu tohmahan jahat kepada ulama dan Presiden PAS.

UG tak ada beza dengan "Konsensus Nasional" yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Tapi oleh kerana Anwar bawa perkara ini ada beberapa orang kepimpinan daripada Pakatan Rakyat telah berjumpa dengan TGNA untuk melobi TGNA bagi memberikan persetujuan mengenai satu idea yang dinamakan sebagai "Konsensus Nasional".

Lebai juga diberi maklumat bahawa ada beberapa pimpinan PAS telah berusaha lebih awal dalam 'projek' ini. Adakah mereka telah mendapat keizinan kepimpinan tertinggi? Mereka serang UG tapi buat perkara yang sama untuk "Konsensus Nasional". Itulah perangai buruk sesetengah pimpinan PAS dulu yang kini semuanya berada dalam parti AMANAH (PAN)

Gambaran idea perjumpaan yang saya sebut itu sudah di'sebar secara tak langsung' oleh anak TGNA dalam kenyataannya.
Anwar Perlu Jelaskan Konsensus Nasional

Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menjelaskan format dan konsep sebenar Konsensus Nasional kepada rakyat sebelum Pilihanraya Kecil DUN Kajang berlangsung. Ini bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar mengenai persepsi tersebut dan mengelakkan pelbagai tafsiran yang boleh disalahertikan.

Samada ia Permuafakatan Kebangsaan, Muzakarah Politik, Dialog Nasional mahupun Kerajaan Campuran atau Perpaduan, ia harus dihuraikan secara eksplisit. Jika benar ia adalah agenda besar daripada Pakatan Rakyat, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menghuraikannya dengan lebih jelas.

Daripada siri-siri kenyataan media yang telah dibuat, Konsensus Nasional diutarakan ekoran daripada kebejatan politik terutamanya yang melibatkan isu ketegangan kaum khususnya di negeri Pulau Pinang dan Selangor. Malah, media antarabangsa turut melaporkan kelemahan pentadbiran kerajaan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pelbagai aspek.

Feb 2014

NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Pasir Mas
AJK PAS Pusat
Mac 2015 lalu pada jamuan makan malam ulang tahun DAP di Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi, Lim Kit Siang berkata Pakatan Rakyat (PR) sedang berhadapan dengan perpecahan yang tidak dapat dielakkan lagi. Oleh itu Lim Kit Siang mencadangkan penubuhan satu gabungan "Selamatkan Malaysia" yang bertujuan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang Negara ini.
Katanya kedua-dua Barisan Nasional dan PR sedang menghadapi masalah, manakala perubahan senario politik Malaysia menjadi sebagai "no man's land"

Lim Kit SIang berkata lagi fenomena ini menjadikan masa yang amat sesuai untuk menubuhkan gabungan yang baru, dengan Perdana Menteri dan kerajaan baru. Kerajaan Baru mestilah di wujudkan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sokongan Umno terhadap enakmen hudud yang bakal dibentang diparliemn oleh PAS.

Pelik selepas "Konsensus Nasional" ada pula gabungan "Selamatkan Malaysia semuanya tak ada beza dengan Unity Gorvement cadangan Presiden PAS. Kenapa hanya UG sahaja nak bergabung dengan UMNO?

Dr Mazlan Ali (Penganasilis Parti AMANAH) telah membuat rumusan satu kajiannya.


Katanya kajian yang dibuat oleh Dr Mazlan Ali dari UTM sebelum ini mendapati, ramai penyokong Amanah kekal sebagai ahli PAS kerana tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan meninggalkan parti itu. Ketika 35% ahli PAS sudah meninggalkan parti itu, 10% daripada ahli PAS yang ada adalah pro-Amanah atau digelar "harumanis" manakala 20% lagi adalah golongan yang keliru dengan hala tuju PAS. Kajian itu mendapati, sebahagian besar golongan ini akan mengundi PH khasnya Amanah dalam pilihan raya umum akan datang.

Ramai orang mengiyakan kajian ini, nanti PAS tersempit apabila PRU-14 nanti.

Tahukah tuan-puan hari ini parlimen telah dibubar. Hanya beberapa orang yang sudah dijangka akan keluar PAS iaitu Syed Azman, Khairuddin dan 2 -3 pimpinan tak ternama. Jadi kajian Dr Mazlan Ali sudah luput ditelan masa.

Orang dah berubah, masa sudah berlalu, pemikiran politik PAS telah berubah. Dulu orang percaya UG, tapi kita orang tapi UG adalah cerita DUSTA semata-mata yang telah menjadi seperti kita percaya wujud binatang NAGA.

Orang PAS yang menjadi ahli AMANAH kini kembali semula kepada PAS. Baba Zul, pakar rujuk agama P{AN sudah sedar semuanya mainan dan angan-angan sahaja. Jadi apa yang dikaji oleh PKR dan PAN sebenarnya adalah pembohongan yang akan makan diri mereka sendiri.

PAS tetap utuh dan kini bukan ahli PAS kembali kepada PAS, ahli UMNO ada yang masuk PAS. Bukan itu sahaja sokongan Cina yang dulunya semasa Pilihanraya kecil hampir kosong sokong PAS mula ingin bersama PAS.

Itu tanda kelam untuk HARAPAN...


Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
April 13, 2018 at 6:57 PM

Johor, penyokong PAS sudah berpaling ke arah PH sebanyak 80%, Kedah 25%, Perak 35% , Selangor 45%, Kelantan 15%, Terengganu 25%. Ini penyokong sudah berpaling sokongan BUKAN bermaksud mereka keluar parti PAS. Cuma 5% mengumumkan keluar secara terbuka manakala lagi 35 hingga 45 "keluar" parti secara diam-diam. Tunggulah hasil PRU nanti.

April 14, 2018 at 5:12 PM

kat ceramah johor ramai je lagi yang datang..

Anonymous
April 15, 2018 at 4:33 PM

Kalau maksud diam2 ni tak nyata lah.. atau dalam bahasa mudahnya tak berlaku pun hanya andaian musuh2 politik pas sahaja..

Anonymous
April 16, 2018 at 9:50 AM

PH ialah puak reformasi yang telah bertukar reforbasi...nampak sangat bangkrap pemimpin hingga Madey yang puak puak ni ratib mahazalim,mahafiraun diangkat sebagai pemimpin dan PM.Rakyat dah letih dengan BN dan PH. Undilah PAS untuk selamatkan agama,negara dan anak cucu kita.BN dan PH hanya badut sarkas yang mempermainkan mandat rakyat. Mana jatidiri DAP,Amanah dan PKR hingga sanggup lacurkan prinsip perjuangan. Rakyat juga pening dengan 3 ekor parti ini.. hehe

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger