Mahfuz akan bertanding sebagai calon bebas parlimen Pokok Sena PRU-14 nanti?


Beberapa-berapa hari lalu, Mahfuz Omar berkata, beliau akan mengumumkan pendirian sebenar politik beliau dalam masa 45 hari lagi. Dia ditanya nak masuk parti mana? Rupanya nak masuk parti dia dilemma macam dia nak keluar PAS juga.

Kalau keluar PAS dia dilemma, lebai faham. Ya ada ba'iah dan sumpah setia dengan PAS. Sumpah itu hanya boleh dibatalkan dengan dia meletak jawatan sebagai MP Pokok Sena. Takkan nak letak. Kalau letak tak boleh bertanding. Kalau tak letak, keluar PAS menyalahi sumpahnya kepada Allah taala. Kena laknat drp ALlah dan gajinya jadi haram mengikut apa dia sumpah. (Untuk makluman pembaca sumpah talak 3 isteri hanya di Kelantan sahaja atas permintaan TGNA. Dulu ada di Selangor 2 kes, termasuk Khalid Samad. Tapi PRU-13 Khalid tak lepas talak isteri setelah ditegur oleh PAS Pusat. Kenapa Kelantan tak ikut Pusat anda boleh baca di sini)

Jadi Mahfuz membuat onar dengan harapan dia kena pecat macam Hussam Musa, mungkin ada sikit alasan bahawa dia keluar PAS. Tapi PAS Kedah tak buat apa-apa laporan pun terhadap dia (ini mesti benci sangat). Bila tak ada laporan kepada badan tatatertid PAS, maka tak ada kes. Terbiar menyakitkan seperti duri yang tersemat tapi terbiar tak dibuang. Sakit juga PAS dikerjakan oleh si Mahfuz. Lebai tak setuju dengan sikap PAS Kedah, tapi tak tahu apa dia punya perbincangan.

Mula-mula di ceramah atas pentas AMANAH (PAN) supaya PAS marah. PAS tak layan. Dia tukar strategi dia fitnah Presiden PAS dengan RM10 juta kontrak. Anda boleh baca di sini, lebai dah mengulasnya. Fitnah tu kantoi, makan diri.

Fitnah tak berjaya. Kemudian Mahathir dan 'tension' dengan pertemuan BERSATU-PAS tak mendatangkan hasil Akhirnya Mahathir cut, istihar penyertaan HARAPAN dan putus terus dengan PAS. Semasa putus dengan PAS, Mahathir minta Mahfuz istihar keluar PAS kerana BERSATU ada perancangan nak tawan KEDAH.

Mahfuz memang minat dengan BERSATU. Tapi dia kalau boleh nak biar habis 'endah' supaya sumpah bai'ahnya tak makan diri. (takut juga). Tapi desakan Mahathir serta janji (dedak), akhirnya dia akur dan istihar keluar PAS. Tercabutlah duri dalam daging PAS, alhamdulillah.

Bagaimana lebai dapat maklumat Mahfuz minat dengan BERSATU bukan PAN?

Lebai kenal Mahfuz bukan sebarang kenal. Tahu di mana dia simpan kereta agak mewahnya di Kuala Lumpur (dia tak tahu memandu tapi ada banyak kereta... macam Zuraidah tak ambil AP bodoh kan?). Siapa yang akan ambil jika dia datang ke KL. Di mana mereka makan dan bersantai, termasuk rumah Mahfuz di KL.

Jangan hairan Mahfuz ada 'link' dengan orang Harakah kerana dia sangat 'peramah' dengan sesetengah dikalangan wartawan berkenaan. Lebai juga setuju dengan penulis batuapi@firestone berkenaan "USRAH BARBICAN" bukan sahaja dengan 'blogger celaka' tetapi dengan MP PAS yang membentuk fikrah asing dalam Jamaah PAS seperti Mahfiz dan Salahudin. Mereka ini menggunakan Harakah untuk menyebar luas pengaruh. (Ingat selepas puak ini keluar PAS, Harakah ok, tapi kini ada timbul pula beberapa orang pimpinan PAS nak kontrol Harakah nak cari pengaruh... Jangan lebih nanti lebai bongkar)


Mahfuz ada bercerita kepada bekas staf utama Harakah (anda boleh tanya Zul Sulong, Taufik atau Lutfi) dia melihat sokongan kepada BERSATU sangat baik. Kata Mahfuz setiap DUN, Bersatu mendaftar lebih 3,000 ahli (nilai ini tiada fakta tapi itu yang Mahfuz percaya dan diceritakan).
Pada awal ada kekosongan jawatan Naib Presiden Bersatu. Mahfuz kata itu untuk dia, tapi Bersatu tak umum kerana BERSATU-PAS sedang mengadakan perbincangan. Untuk tidak menganggu perbincangan jawatan itu tak diumumkan lagi dibiarkan kosong. Tapi akhirnya jawatan itu diisi, Mahfuz terlepas. --- Ini versi bekas staf Harakah yang bersama PAN.

Setelah pembahagian kerusi HARAPAN, Poko Sena dapat kepada AMANAH (PAN).


Bersatu dapat 6 kerusi iaitu Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Jerai, Pendang dan Baling. Amanah (pan) dapat 3 iaitu Padang Terap, Sik dan Pokok Sena. PKR pula dapat 6 kerusi dan DAP tak bertanding untuk kerusi Parlimen Kedah.

Mahfuz tension!
Nak berjinak dengan PAN, sebelum ini dah jaja nak masuk BERSATU.
Dilemma lagi..

Kalau dia istihar masuk PAN agaknya PAN bagi tak Mahfuz bertanding di Pokok Sena? PAN dahlah dapat ciput... nak beri kepada Mahfuz?? Takkan berlaku, mereka keluar PAS pun kerana kerja duniawi dijanjikan Putrajaya. Takkan mudah nak lepas bodoh. Mereka ni pun berebut sesama sendiri. Kalau tak percaya tanyalah Hisomuddin boss Ilham Centre.

Kalau tak percaya tanyalah Aris Awang, SU Amanah (PAN) Kedah.
Amanah (PAN) melobi untuk mendapat kerusi bagi Dun Bukit Pinang dan Dun Bukit Lada mungkin akan bagi lalu kepada PKR untuk Dun Derga. 3 Ni adalah Dun dalam parlimen Pokok Sena.

Takkan bodoh-bodoh mereka nak beri kepada Mahfuz sedangkan mereka dah bersiap dengan 16 cawangan di parlimen Pokok Sena. Cawangan Kg. Bukit Lada baru bulan lepas ditubuhkan dengan 30 orang menjadikan ahli. Dengan itu Dun Bukit Lada kini 147 orang ahli. (ramailah tu). Maka kini Pokok Sena dah ada 304 orang ahli PAN.

Timbalan Naib Ketua Amanah (Pan) Pokok Sena, Juhari Hanafiah antara mereka yang sangat aktif cari ahli baru. Takkan dia nak serah bodoh kepada Mahfuz, habis apa kata ramai pimpinan lain PAN yang berkorban keluar PAS??


 Dulu Cikgu Juhairi bengang dah kepada Mahfuz, semasa program beri bantuan di Kg Aman. Mahfuz tunjuk muka semasa program dan beri beras kepada penduduk. Yang nak mampus buat kerja Cg Juhairi. Apa tak tensionnya.

Kesian sekali lagi kepada Mahfuz!!
Adakah Mahfuz akan bertanding atas tiket DAP.
DAP tak ada kerusi parlimen pula di Kedah.

Akhirnya lebai rasa Mahfuz akan bertanding atas tiket bebas di Pokok Sena. Masa tu seronoklah kita lihat pertandingan 4 penjuru. Lagi kita seronok apabila Mahfuz daripada MP Pokok Sena terus hilang deposit. Ini baru 'bala bai'ah".

Atau Mahfuz boleh jadi tukang bawa beg Boboi.... 


Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
February 13, 2018 at 12:01 PM

Salam Tuan Haji Omar, Disertakan dibawah adalah link2 yg menunjukkan kekurang ajaran Mahfuz kepada Istana. Mohon tuan dapat forward kepada rakan2 PAS untuk dikomen dan dijadikan hujah. Lebih molek jika laporan kepada pihak berwajib dilakukan kepada Mr Mahfuz. Nampak sangat keceluparan dan kurang ajar Mahfuz ni.

Link dan copy paste dari Malaysiakini

https://www.malaysiakini.com/news/411924

Mahfuz cadang darjah kebesaran pemimpin kleptokrat ditarik

Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata penarikan semula darjah dan bintang kebesaran beberapa pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadikan anugerah darjah dan bintang kebesaran itu tidak bernilai lagi di mata rakyat.

Ini kerana, menurutnya, perkara itu terjadi ketika pemimpin kleptokrat yang ditolak rakyat masih menyandang anugerah-anugerah dan gelaran-gelaran tersebut.

"Syabas Tun Dr Mahathir Mohamad, Husam Musa dan Wan Abd Rahim Wan Abdullah kerana berjiwa besar. Setiap manusia lahir hanya dengan gelaran sebagai hamba Allah dan tiada apa yang perlu dibangga dengan setiap gelaran.

"Penarikan balik darjah dan bintang kebesaran ini menjadikan anugerah darjah dan bintang kebesaran sudah tidak bernilai di mata rakyat apabila pemimpin kleptokrat yang ditolak rakyat dilihat masih menyandang anugerah-anugerah dan gelaran-gelaran tersebut," katanya.

Mahfuz berkata demikian selepas pihak istana Kelantan menarik semula darjah dan bintang kebesaran Pengerusi HARAPAN, Dr Mahathir, Husam, dan Abdul Rahim.

Menurut Mahfuz lagi, gelaran dan pangkat yang dipegang oleh pemimpin yang terlibat dalam kleptokrasi akan memberi persepsi yang tidak baik kepada rakyat.

Justeru, menurut Mahfuz, Majlis Raja-Raja Melayu perlu menangani perkara itu.
"Sewajarnya Majlis Raja-Raja Melayu perlu memadamkan pesepsi ini agar rakyat tidak menyalahkan Raja-Raja Melayu atas kerosakan negara akibat dari kerajaan dan tangan pemimpin klaptokrat Umno-BN.

"Apa yang semua rakyat mahukan adalah institusi Raja-Raja Melayu dipertahan dan dihormati," katanya.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411924#XtaZca8kZABeeAJ6.99

Anonymous
February 15, 2018 at 9:55 PM

Tak ada harapan lgi buat mahfuz..

Anonymous
March 6, 2018 at 10:44 AM

Bye-bye..bean
Perjuangan mu tidak diredhai

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger