Kenapa susah payah hantar London, Syed Azman & Sepupu Nik Abdul Kan ada..



Jika kita menonton filem 'Catch Me If You Can' mengisahkan bagaimana seorang ahli pemalsu cek yang menyamar berbagai watak, berkahwin dan akhirnya dia menjadi agent kerajaan membantu memastikan cek tidak boleh dipalsukan. Ini kisah benar dan jalan cerita penipuan sangat menarik, nampak 'real' tidak bodoh dan kaku macam puak-puak PAN mereka cerita pasal isu duit UMNO.

Cerita macam 'kartun' (bukan cerita kartun), bajet murah, pelakon pula bodoh, script entah datang daripada mana?

Macam Mana Boleh Datang Cerita Ambil Duit UMNO??


Umno kuat rasuah untuk membeli undi. Jadi untuk mengatasi masalah ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengemukan strategi “Kalau mereka beri duit kita ambil, kalau beri gula kita kacau dan kalau mereka beri kain kita pakai. Tetapi kena ingat apabila hari mengundi nanti hendaklah pilih calon PAS."

Kalau UMNO bagi duit ambil ajelah. Bukan kita pangkah mereka. Ini suatu yang 'simple' tapi cuba diputar belit puak yang hati busuk.

Oleh kerana FITNAH UG semenjak 2008 lagi tak boleh dibukti akhir mereka yang hati busuk ini membuat script cerita yang akan lebai hurai nanti.

Dulu kata jika ulama menang dalam Muktamar PAS, PAS akan bergabung dengan UMNO. Ulama menang dan sapu bersih, sehingga hari ini tak ada UG DENGAN UMNO. Mereka hilang akal.

Mereka fitnah pula PAS akan UG dengan UMNO menjelang PRU. Sekarang nak PRU, sampai Hari ini tak ada UG. Nak mengundi tak sampai seminggu lagi, ahli-ahli PAS ghairah pasang bendera tak sabar nak pelingkupkan UMNO dan PAN/HARAPAN sekali.

Mereka FITNAH pula PAS akan UG selepas PRU. Jika selepas PRU tak UG juga jangan bimbang puak hati busuk ketagih FITNAH akan FITNAH LAGI PAS AKAN UG semasa PRU-15 NANTI!!

Mereka tak puas fitnah selagi tidak "makan tanah" (mati)

Kemaruk tak ada bukti mereka, reka cerita dengan audio Nik Abdul. Audio ini diedar dengan sekerat. Langkah pertama mereka gagal. Orang PAS releks aje. Dia yang fitnah dia juga yang percaya.. kan bodoh namanya macam kisah bapak Nabi Ibrahim yang buat berhala, dia ukir kemudian dia sembah.

Mereka tukar langkah kedua, siar sepenuhnya. Puak PAS gelak lihat mereka yang bodoh ini. Maka bertaburan audio Anwar Ibrahim, dan macam orang lain dengan lawak jenaka. Fitnah Nik abdul menjadi joke.



Bukan itu sahaja skandal Mat Sabu dengan Normah terbongkar semula. Audio asmaradana mereka sehingga perceraian Normah didedah semula. Mereka yang tak tahu cerita ini sekarang mengetahui. Mat Sabu PERSIDEN PARTI KONONYA ISLAM PROGRESIF sudah tercemar dengan amoi BERSIH kini makin bermuluran lumpuh, nanah dan kehak!!

Mana puak IKRAM nak letak muka??



Pengerusi HARAPAN Kelantan, Husam Musa berkata siasatan itu dilakukan seorang profesor yang pakar dalam bidang siasatan fonetik atau pengecaman suara bernama Allen Hirson.

"Saya difahamkan audio ini telah dihantar ke makmal City Universty di London, dikaji oleh seorang profesor di sana. Seorang pensyarah bahagian fonetik, bernama Allen Hirson

"Dia telah mengendalikan 1,100 kes di mahkamah berkaitan dengan mengecam suara orang," katanya dalam ceramah di Kota Bharu


Nak siasat buat apa?
Buat habis duit aje.
Baik engkau bagi kepada Syed Azman Syed Nawawi dia tahu dia sah 100% Suara Nik Abdul. Dia dan Sepupu Nik Abdul, Mohd Sabri Salleh telah buat kajian dalam studio mereka dibelakanmg rumah rumah mereka tepi reban ayam. Mereka ni pakar... PAKAR FITNAH!!!


Allah SWT berfirman yang artinya;

“Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) karena sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebagian kamu menggunjing setengahnya yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian kondisi mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Q. S. Al-Hujarat : 12).

Mereka semua Islam, tahu pasal dosa fitnah tetapi kerana nafsu politik merebihi akal mereka sanggup buat fitnah sedangkan mereka sendiri ragu dan pasti baru dalam proses membuat analisis di London, tapi mengedar... UNTUK APA? Untuk menepah api nereka.

Bila jiwa kita kosong dengan kekuatan Islam kita mula ambil ringan tentang amaran Allah. Adakah semua ini kerana mereka melanggar sumpah setia kepada perjuangan Islam dan langgar baiah dengan Allah s.w.t.

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu.

Share this article :
 

+ comments + 7 comments

April 18, 2018 at 2:34 PM

Bapa nabi ibrahim yg buat berhala bukan nabi sulaiman..

Anonymous
April 18, 2018 at 2:46 PM

Di zaman moden ini, audio palsu boleh dihasilkan dengan menggabung dan menyunting audio yang berbeza ke dalam satu audio.

Maka kita tidak merasa hairan melihat khadam-khadam dedak cap roket menggunakan taktik kotor dan fitnah untuk memburuk-burukkan pemimpin PAS kerana mereka percaya PAS berpotensi untuk memenangi banyak kerusi DUN dan parlimen.

Jika audio itu tulen dan mengandungi suara pemimpin parti Islam yang dimaksudkan, sudah tentu orang yang memiliki audio tersebut dan buat heboh awal-awal lagi buat laporan kepada polis dan SPRM.

Malangnya orang itu sendiri gagal membuat laporan rasmi. Mengapa? Audio palsu?

Maka kita tidak merasa hairan melihat PAS menyokong RUU Anti-Berita Palsu kerana PAS sendiri menjadi mangsa fitnah seperti UG, rasuah RM 90 juta dll.

Sebaliknya, puak roket dan khadam-khadam mereka pula menentang RUU tersebut.

Adakah kaki fitnah akan sokong RUU anti-berita palsu?

Adakah pencuri akan sokong RUU anti-pencuri?

Anonymous
April 19, 2018 at 12:28 AM

Kenapa RUU Anti berita palsu perlu dibuat tergesa umpama tiada esok hari lagi?
Bukankah RUU355 lg penting dan sudah dipukul canang sekian lama.

Kalau demi kebaikan negara dan rakyat tiada masalah diusulkan lebih awal atau dipinda selepas PRU14. Bukan di hari2 akhir parlimen bersidang dan tidak cukup masa utk dibahas?

Dimanakah kelompongan yg ada dlm undang2 sedia ada sehingga perlu diwujudkan undang2 baru yg xjelas.
Bukan sebelum RUU anti fake news lagi rakyat msia yg berasa difitnah boleh mengambil tindakah mahkamah spt Azam vs Hadi, Najib saman selasa depan dan pas vs sr.

Apa besa dgn peruntukan undang2 baru ini dgn saman fitnah yg sudah biasa menjadi amalan dinegara ini?

Anonymous
April 19, 2018 at 10:58 AM

Orang yang bermoral tinggi akan menyokong RUU anti-berita palsu untuk menyelamatkan negara, masyarakat dan individu dari pelbagai fitnah.

Hanya orang yang tidak bermoral menentang RUU tersebut kerana fitnah menjadi senjata untuk memburuk-burukkan lawan mereka seperti PAS.

Anonymous
April 19, 2018 at 9:19 PM

Maaflah penyokong pas gagal menjawab pertanyaan yg diberikan.

Komentar yg hanya berkisar politik sahaja dan lari dari persoalan substantial xubah spt tindak tanduk penyokog umno

Anonymous
April 20, 2018 at 12:42 AM

Anon 9:19 pm,

Komen kamu menunjukkan kejahilan dan hipokrasi kamu sendiri.Dan kamu cuba berlagak suci sambil memfitnah penyokong pas.

Dulu saman fitnah dibicarakan di mahkamah sivil. Jika orang yang difitnah tidak mempunyai wang untuk menyaman orang yang mrmfitnah, maka orang tersebut tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Dengan adanya RUU anti-berita palsu, individu yang menjadi mangsa fitnah boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menangkap dan mendakwa orang yang memfitnah.

Ini bererti RUU tersebut telah menjadikan fitnah sebagai kesalahan jenayah.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger