Setiausaha Agung PAS tak tahu cara nak selesaikan isu dalaman parti..

Saya terbaca artikel di Harakahdaily, akhbar parti PAS mengikut apa yang tertulis tetapi tidak seperti yang terlaksana mengenai tajuk "Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno."

Daripada pengamatan saya tulisan artikel ini diolah oleh seseorang samada wartawan atau penulis untuk membuatkan kenyataan ini seolah-olah suatu yang sangat besar. Tahniah kepada wartawan berkenaan berjaya menjalankan misi.


Saya juga terbaca satu kenyataan daripada Naib Presiden PAS Hj Mahfuz Omar di Malaysiakini (satu lagi saluran tak rasmi pimpinan PAS dan mungkin boleh dibuat usul menjadi saluran rasmi PAS dalam muktamar akan datang) mengenai Dr Hassan Ali.

Haji Mahfuz berkata "PAS tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada meninggalkan parti dan menyertai Umno, termasuklah exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali. Terpulangkan kepada dia"
Satu kenyataan daripada Naib Presiden PAS yang boleh diamalkan oleh mana-mana kawasan jika anda ada masalah dalam parti. Dedahkan semua supay semua orang lihat bertapa hebat anda menyelesaikan masalah dalam parti.

Saya juga tak tahu atas dasar apa Setiausaha Agung PAS Mustaffa Ali perlu membuat kenyataan dalam akhbar Harakah? Tak ada cara lain ke PAS boleh buat, selain daripada membuat kenyataan umum.

Kalau kita rasa tindakan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasaruddin itu salah kerana membuat kenyataan di media TV, kenapa mereka ini tidak dipanggil sahaja untuk memberikan penjelasan. Haruskan kenyataan media dibalas dengan kenyataan media juga?

Itu nasib baik PAS tak ada siaran TV sendiri, kalau tidak kita akan disajikan dengan temubual bergilir-gilir pimpinan utama PAS membuat kenyataan mengecam antara satu sama lain sehingga saya terfikir dalam PAS sudah tidak ada badan disipilin, sudah tidak ada lagi mesyuarat dan majlis syura.

Ya benar-benar PAS ganti UMNO dari segi tabiat dan tingkahlaku.

Mereka semua sudah lupa kepada ajaran Rasulullah ""Engkau lihat orang-orang mukmin dalam hubungan kemesraan dan kasih sayang mereka adalah seperti jasad yang satu. Apabila ada salah sastu anggota itu sakit, maka seluruh annggota mengadu berjaga malam dan demam". Saya telah menulis tentang hal ini pada artikel lalu "Kenapa Hassan Ali perlu ditekan sehingga dia masuk UMNO?"
Saya dulu rasa lega apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi membuat kenyataan menafikan tentang calon PAS dan mengganggap itu semua adalah permainan UMNO melalui Utusan Malaysia. Harakah siar sebagai berita utama!!

Jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi diperkemaskan oleh Haji Mohmad Sabu, Timbalan Presiden dengan berseleroh mengatakan dia sendiri pun tak tahu dicalon atau tidak. Kedua-dua pimpinan ini matang dalam membuat kenyataan.

Pada artikel Malaysiakini yang sama mengenai Hj Mahfuz tadi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz begitu bijak menjawab. Antara lain beliau menyebut "Saya ditanya sebentar tadi oleh wartawan berkenaan dengan kedudukan Dato Dr Hassan Ali, exco Selangor dalam PAS.

Saya katakan, setiap negeri ada pesuruhjaya masing-masing, isu Selangor perlu dirujuk kpd pesuruhjaya PAS Selangor, bukan pesuruhjaya PAS Kelantan," kata Nik Aziz.
Menulis dalam laman Facebook beliau, Nik Aziz berkata, selalu mursyidul am, beliau hanya akan mengulas isu melibatkan dasar parti dan bukan "isu teknikal".

Manakala Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib pula berkata "Dalam perjuangan Islam, elakkan berlaku perbalahan atau permusuhan di kalangan sesama sendiri kerana ini akan membuka ruang kepada musuh bukan sahaja untuk mengeruhkan lagi keadaan yang telah terjalin erat selama ini.

“Yang perlu ditentang adalah musuh kita bukan di kalangan sesama kita sendiri, mereka yang sepatutnya ditentang habis-habisan kerana menghalang usaha kita,”


Tonggak utama PAS masih matang dalam hal ini, menyelamatkan orang macam saya sudah rasa bosan dan jijik dengan politik PAS Selangor.
Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger