Syabas, PAS Selangor bagi peluru kepada UMNO

Penulisan saya yang lalu mengenai Dr Hassan Ali bukan mempertikaikan keputusan dan kehendak mana-mana cawangan dan kawasan di Selangor kerana itulah cara dan kaedah PAS mendapat pandangan daripada kawasan tentang calon.

Apa yang dipertingkaikan ialah kenapa keputusan itu diumumkan malah banyak keputusan yang tak sepatutnya dapat kepada pemberita Malaysiakini. Artikel "Hassan Ali Icerberg untuk Pakatan Rakyat Selangor?" jika difahami dengan maksud sebenar.

Komen-komen pada artikel tersebut tak menjurus apa yang dimaksudkan dan kita masih ada sentimen 'puak'.

Saya sependapat dengan penulis terkenal Mohd Sayuti dalam hal ini atas apa kepentingan keputusan itu diumumkan lebih awal. Adakah PAS Selangor mempunyai kaedah untuk membuat reseach bagi mendapat makluman balas tentang sokongan ini?

Kalau nak dedah kenapa tak didedahkan mesyuarat akhir calon-calon PR di Kelantan yang melibatkan keputusan samada Tuan Guru Nik Abdul Aziz kena bertanding atau tidak. Ada juga berpendapat Tuan Guru Nik Abdul Aziz tak perlu bertanding. Tapi keputusan lebih memihak Tuan Guru kena bertanding.

Semasa menjawab kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Tuan Guru menyebut bahawa PAS masih memerlukannya.

Sebenarnya normal dalam mesyuarat ada pro dan kontra. Yang tak normal ialah mendedahkan keputusan mesyuarat untuk kepentingan musuh berbanding Tuan Guru mendedah beliau bertanding bagi menolak tohmahan musuh UMNO bahawa Tuan Guru disingkirkan.

Kita kena bijak dalam hal-hal seperti ini.

Dulu semasa Ustaz Nakhaie keluar PAS, belum lagi masuk UMNO. Ceramah-ceramah PAS mengecam ustaz Nakhaie dengan pelbagai tuduhan oleh beberapa kepimpinan parti sedangkan rumah Nakhaie sebelah dengan dengan Markaz Tarbiyyah tempat ceramah.

Kalau Nakhaie keluar PAS pun, isteri dan anak beranak dia masih lagi ahli PAS. Kenapa kita tak fikir tentang ini. Kita suka mencemuh, mendedah dan mengaibkan. Akhirnya kita terima nasib Nakhaie masuk UMNO. Kenapa tak belajar cara al Marhum Ustaz Hassan Shukri dalam kes Nakhaie?

Sama juga di Terengganu, zaman pulau memulau. Semasa Haji Wahab Yunus keluar PAS, menubuhkan Hamin. Ada dikalangan Pemuda PAS begitu lantang marah arwah Ustaz Omar Shukri (pernah memengang Pesuruhjaya PAS Terengganu) hadir kenduri kahwin anak Hj Wahab. Apa Ustaz Omar Shukri kata "Pemuda Tahi Kucing".

Hj Wahab antara yang banyak memegang amanah wakaf dan sekarang dia begitu aktif dengan PAS semula walaupun tak memang jawatan tetapi sebagai NGO.

Kemenenagan kita bergantung kepada undi. Kita hanya fokus kepada orang yang disitilahkan atas pagar, condong kita dan diluar kawasan. Kenapa kita tak fokus kepada yang diistilah cula kita sebagai orang UMNO atau orang UMNO yang lemah yang boleh dibeli hatinya?

Pilihanraya sudah dekat jangan kita bagi peluru kepada musuh. Jangan kerana tak suka kita kepada seorang maka hilang pertimbangan kita dalam membuat keputusan.

Baca ini "Hasan Ali digugur". Inilah peluru yang PAS Selangor dah bagi. Ok marilah kita beramai-ramai menangkis peluru ini, makin seronok kerja pilihan raya kita!!
Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger