Bukan lagi tikam belakang, tapi sekarang parang memarang!

Perhimpunan UMNo 2011 boleh disimpulan satu simpulan pokok ialah "Jangan Tikam Belakang". Kenapa ucapan DS Najib dalam perhimpunan UMNO kali ini terlalu memfokus perkara ini. Fikiran selapis puak-puak UMNo akan mengatakan ini adalah persediaan PRU-13.

Realitinya, Muhyiddin telah jelas menikam DS Najib daripada belakang apabila dia membelakangi Najib dalam banyak hal. Lain kata dia telah mengatur ramai di kalangan veteram UMNo untuk kerja-kerja ini.

Muhyiddin dikatakan didokong Tun mahathir secara sulit. Walaupun Tun nampak masih menegelak daripada membuat kenyataan secara jelas bila wartawan cuba mencungkil hal ini.

DS Najib pula menikam Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu dengan memasukkan orang ketiga dalam usaha memastika karier Mat Said tidak lagi wujud di Terengganu. Khabar terbaru pun jelas Mat Said tidak akan jadi calon DUN dan Parlimen.

Manakala wujud satu team baru dengan generasi baru yang banyak berpengkalan di Sabah kerana UMNO telah banyak di wujudkan Bahagian, Chabang dan Rantingnya di sana.

Tidak hairanlah bagaimana Puteri UMNO boleh dimenangi oleh orang Sabah.

Bung Mokhtar adalah suara generasi kumpulan ini. Bung Mokhtar tidak segan silu, memarang Shahrizat Ketua Wanita UMNO untuk meletakkan jawatan.

Kenyataan secara umum bahawa Shahrizat adalah libirati UMNO adalah sudah jelas perang besar akan bermula selepas perhimpunan UMNO kali ini. Kita lihat pecah yang tertaburan... dan ramai yang luka serta tersungkur kali ini. hanya masa sahaja menanti.
Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger