Hubungan Semakin Rengang - Muhyidin

Sebelum ini sekadar gossip. Sekadar sebut-sebut mungkin orang cakap itu cakap-cakap politik. Tapi bila Utusan Meloya kitab rasmi UMNO telah menyebut secara sahih diriwayat terus dari sanat Muhyidin... maka benarlah cakap-cakap politik. Baca sendiri pengakuan tuan punya diri.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tiadk menolak andaian sesetengah pihak terutama dakwaan pembangkang bahawa hubungan beliau dengan Datuk Seri Najib Razak tidak begitu baik dan semakin renggang

Hubungannya dengan Perdana Menteri semakin dilihat umum sebagai ‘tak ngam’. Timbalan Presiden Parti ini telah lama letih dan bosan membantu pemimpin nombor satu negara itu terutama apabila berhadapan kes pembunuhan model dari Mogolia dan perangai isteri Presiden.


Timbalan Presiden UMNO itu mengakui beliau memang seorang yang sentiasa setia untuk menjalankan semua urusan parti dan pentadbiran negara tetapi dalam kes pribadi amat susah untuk dipertahankan.

“Bagi saya kes pribadi terlibat dalam pembunuhan ini cukup tinggi malapetakanya. Saya tak sanggup ucap terima kasih kerana dari apa yang saya difahamkan kes ini akan dibuka tidak lama lagi di Paris.Semua ini akan memburukkan Parti dan Presiden parti,” katanya ketika mengulas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Katanya lagi, dakwaan pembangkang konon hubungan beliau dan Perdana Menteri tidak begitu baik memang betul tetapi tidak tepat seratus peratus. Menurut beliau pihak pembangkang telah gagal untuk memahami makna ayat ‘ jangan tikam dari belakang...’ dalam teks ucapan Presiden.

“Hubungan kami memang semakin renggang. Saya bekerja rapat setiap hari dengan pasokan saya secara sulit. Mereka (pembangkang) bercakap betul tentang Presiden Parti yang dilihat tidak dapat lagi mengawal isterinya. Saya terima pandangan pembangkang kerana ini akan membantu pasokan saya yang sedang berusaha untuk mengumpulkan kekuatan. Dalam setiap urusan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan pengerusi beberapa jawatankuasa dan tindakan yang saya lakukan adalah di luar pengetahuan beliau. Kita bekerja sebagai dua pasukan yang semakin beertelagah,” tegasnya.

“Kita tidak harap pembangkang puji kita. Dengan Pakatan, ia memang begitu, tiada yang baru. Walau kita buat baik mereka tetap menyerang kita dengan apa saja cara. Seperti juga laman media sosial yang menentang kita seperti anda (wartawan). Kita tahu dan terima kenyataan ini,” katanya.
Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger