Syabas Mat Sabu, Johor macam PAS 80an

Pas menghadapi tekaan yang begitu hebat di era tahun 70-80an. Ketika itu ceramah-ceramah PAS sentiasa diganggu. Ada pertugas PAS cedera dan seorang syahid di Kedah. Cerita solat dua iman, isu kafir mengkafir (sebenarnya soal batas iman dan kufur), amanat Tok Guru Haji Abdul Hadi antara yang menyeri media massa.

Saya ke Sejangkang, berhenti di masjid, hampir semua orang kg yang ada di masjid itu mengganggap PAS adalah ajaran sesat.


Secara peribadi saya tak setuju dengan beberapa isu terutama, isu tidak makan sembelihan orang UMNO tapi saya sedikit pun tak rasa marah pada situasi itu kerana suasana tekanan menyebabkan perkara ini berlaku.

Sama juga kita tak boleh marah kalau ada orang pemuda Palestine mengikat bom di badan dan meletupkan diri dengan musuh. Kalau ikut hujah orang "akedemi" dalam perjuangan PAS kerana banyak tarbiyyah mereka mesti kata adalah lebih baik budak Palestine ini ditarbiyyah, diajar ilmu mendapat pendidikan dan jika dia besar dia lebih banyak jasa kepada perjuangan Islam Palestine.

Saya terbaca satu blog penyokong kuat UMNO bahawa mereka berjaya menghalang ceramah Mat Sabu di Muar dengan tajuk "Ceramah Mat Sabu DISERANG.. Tahniah rakyat Muar Johor!". Maaf saya tak rasa nak linkkan artikel ini.

Cara pemikiran orang-orang UMNO kolot, mereka bertindak pun kolot dan merasakan apa yang mereka buat sebenarnya mendatang manafat sedangkan zaman 70-80an yang saya alami sudah berlalu. Zaman saya; boleh minum nescafe tu dah rasa hebat!! Kalau ada jam tangan digital tu pun boleh kawal "Giant Robot" (Satu daripada cerita Jepun sebelum Ultraman)

Ceramah Mat Sabu bersama Mr. Chua dan CikguBard di Muar di laporan oleh blog penyokong UMNO seramai 300 orang hadir. Saya tak ada maklumat detail, saya setuju ambil angka yang dilaporkan oleh penyokong UMNo ini.
 

Inipun gambar daripada blog UMNo. Semangat dia orang ambil gambar.

Blog UMNo ini melaporkan bahawa, ceramah ini di bantah oleh kira-kira 100 penduduk kampung. 100 orang sahaja??? 300 lawan 100... Lihat gambar di bawah muka-muka pembantah ceramah.






Ini satu lagi


Muka budak sekolah dipinjam untuk jadi penduduk kampung.

Unit Amal PAS serta Skuad AMK Johor dikatakan membantu menghalang puak-puak penduduk kampung mendekati kawasan ceramah. Ada sedikit kekecohan, tapi pihak polis dapat meleraikan kekecohan ini.

Atas kemantangan pihak PAS, wakil dikatakan penduduk kampung ini dibenarkan berjumpa Mat Sabu untuk menghantar nota. (Entah apa nota mungkin memorandum kot!!)

Malah mereka dibenarkan berucap di atas pentas kepada hadiri. Wah ini agaknya blog UMNo tak berani memaparkan gambar. Mereka boleh tutup muka dengan kertas surat khabar Utusan yang digunakan buat lapik tempat duduk hadiri bagui menghilangkan rasa malu!

Ini dia peminat Mat Sabu di Muar, satu kampung kubu kuat UMNO.

Ini lagi dikatakan penduduk kampung, sekadar budak sekolah yang tak ada apa-apa aktiviti kerana cuti sekolah boleh dapat RM10 jadi bandut UMNo....

Sekali lagi syabas Mat Sabu.. Sekurang-kurang kita tukar Johor jadi kubu PAS.
Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger