UMNO Perak Cah Keting, peluang PR di Perak makin cerah

Menurut sumber tak rasmi Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah menyebut bahawa di Perak ada beberapa calon-calon yang bersedia untuk mengundurkan diri dan menerima cadangan daripada Dato Seri Najib.

Mereka dimanakan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar; ADUN Lintang, Datuk Ahamad Fakeh Adam dan ADUN Belanja, Datuk Mohd. Zaim Abu Hassan

Kenyataan Menteri Besar Perak ini telah disiarkan di TV dan mendapat komen daripada beberapa orang kepimpinan UMNo Perak.

Hamdi telah menjadi wakil rakyat selama lima penggal manakala Mohd. Zaim selama empat penggal dan Ahamad Fakeh dua penggal cuba disingkirkan oleh orang-orang tertentu diistilahkan sebagai "Tangan Ghaib" UMNO Perak.

Malah lebih dahsyat lagi orang-orang kanan dikalangan pemimpin UMNO lama telah dibeli dengan pelbagai projek agar mereka membelok bos-bos mereka.

Beberapa anak syarikat kerajaan negeri juga diagihkan kepada pengikut lama yang setia bagi menjamin mereka tidak lagi menyokong bos-bos mereka dan pimpinan laman UMNo Perak ini akan dijatuhkan dalam PRU-13. Mereka juga mengusaha perancangan agar memastikan DS Najib tidak menerima mereka menjadi calon PRU-13.

Perbalahan ini bukan lagi menjadi suatu yang tersembunyi tetapi sudah mula tersebar luas apatah lagi menggunakan media TV untuk menyerang sesama sendiri.

Ada pendapat politik dikalangan orang lama, UMNO Perak sudah menjadi macam UMNO Terengganu.

Kita lihat kesudahannya, biar bala menimpa kesatuan mereka.
Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger