Amin Iskandar Bodohkan Malaysian Insight Dengan Cerita Basi...


Tulisan Amin Iskandar di Malaysian Insight memberitakan bekas diplomat Datuk Yeop Adlan Che Rose, 74, dilaporkan menyertai DAP kerana menyakini pentadbiran Pakatan Harapan di Pulau Pinang, selepas bersama PAS sebagai calon kerusi Parlimen Hulu Langat pada 2004 dan ahli jawatankuasa Lajnah Antarabangsa parti Islam itu.

Berita ini disebar luas oleh akhbar PAKATAN HARAPAN seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today dll yang sekarang ini menjadikan PAS sebagai musuh politik mereka selain UMNO/BN kerana PAS bertegas dengan perjuangan Islam sebagai landasan dan tidak bersama dengan PH kerana PH menjadikan Islam liberal sebagai pegangan perjuangan mereka.

Amin Iskandar menyiarkan gambar Datuk Yeop Adlan Che Rose menjadi tukang poster kempen pilihan untuk YB Teo Nie Ching.

Untuk makluman pembaca Teo Nie Ching ini bertanding P102 Serdang Selangor pada tahun 2008 dan P163 Kulai Johor 2013. Kedua-duanya dia menang dan menjadi MP.

Yeop Adlan ni berada di Selangor dan Amin Iskandar pun berlegar di Selangor. Gambar "Kuli Poster" itu adalah diambil pada PRU 2008.

Apa yang pembaca boleh faham??

Tak faham??

Yeop Adlan ni bapak dia orang Perak dan orang kuat DAP. Bertanding di Alor Pongsu PRU 1974.

Yeop Adlan ni merupakan bekas duta Malaysia ke Mexico, Brazil, Argentina dan beberapa negara Afrika. Makna penyokong kerajaanlah.

Bila Anwar kena singkir, dia masih dalam kerajaan. Hanya selepas dia tak bekerja sebagai Duta dia menyeratai pembangkang. Terlibat dengan PRU 2004 sebagai calon PAS di Hulu Langat tetapi kalah.

P101 Hulu Langat pada PRU-1999 ditandingi oleh PKR dan kalah. PAS ambil kawasan ini pada PRU 2004 dan Yeop Adlan bertanding tapi kalah. Nak bertanding atas tiket PAS mesti jadi ahli PAS. Ini syarat Majlis Syura Ulama PAS. Jadi Yeop Adlan menyertai PAS.



PRU-2008 PAS tukar calon, Yeop Adlan diganti dengan Dr. Che Rosli Bin Che Mat, pakar nuklear dan Dr. Che Rosli menang pada PRU berkenaan dan seturusnya menang juga pada PRU 2013.

Bila tak dicalonkan pada 2008, Datuk Yeop Adlan Che Rose telah jadi TUKANG POSTER DAP untuk calon Teo Nie Ching P102 Serdang Selangor.

Lebai tak pasti dia merajuk atau tidak. Itu kena tanya dia sendiri. Dia tak pernah memohon keluar daripada PAS tapi terlibat dengan Parti Keadilan selepas itu boleh kata sepenuh masa, disebut seolah-olah dipijamkan...

Alah macam Saifudin Nasution juga ada 2 keahlian PAS Jika menggunakan No. KP 6984735 (lama Saifuddin Nasution) adalah ahli PAS bernombor 0226743 iaitu mendaftar terus tanpa Cawangan. Menggunakan KP baru 631207715005, Saifuddin Nasution adalah ahli PAS Pokok Sena, Cawangan Kampong Sakan pada 8 Jan 2007 no ahli 0828715.

Tapi Saifuddin Nasution adalah kaki hentam PAS sekarang ni kan??. Dulu dia kaki hentam Anwar, bila perniagaan gagal tak ada duit jumpa Anwar dapat jadi pensyarah U dan kemudian terlibat dengan Pemuda UMNO. Itu politik tak ada prinsip dan perjuangan hakiki.... (Jangan kata tak ada perjuangan, kerana mereka ini berjuang lebih hebat daripada kita... tapi berjuang demi matlamat duniawi)


Datuk Yeop Adlan Che Rose sebenarnya tak ada apa-apa dalam kamus PAS selepas dia menjadi TUKANG GANTUNG POSTER DAP tapi cerita basi ini dikitar semula oleh Amin Iskandar kawan baik Zul Sulong antara orang-orang yang mereka cipta persepsi buruk untuk PAS.



Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger