Dulu Engkau Tukar Pegawai Kerajaan Tak Sokong UMNO/BN Sekarang Engkau Rasa Bagaimana Pegawai Engkau Kena Tukar Pula!!


Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa banyak kakitangannya yang lama berkhidmat dengannya telah ditukarkan oleh kerajaan persekutuan. Beliau berkata antara mereka yang baru-baru ini digantikan adalah pengawal peribadi, pengiring dan pembantu rumah.

Tun Mahathir tidak boleh berdalih dalam soal peruntukan 21 orang kakitangan yang dibayar oleh kerajaan (maknanya rakyat tanggung) untuk dia. Untung Mahathir, dah dapat duit pencen serta elaun dan 21 orang pegawai lagi membantunya.

Jabatan Perdana Menteri (PMD) dalam satu kenyataan hari semalam berkata, bahawa kerajaan masih memperuntukkan 21 kakitangan kepada Mahathir. Menurut JPM, pejabat Dr Mahathir telah dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) serta kediaman beliau di The Mines Resort City, Selangor selaras dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta 237).



Kita juga tak lupa bagaimana pertukaran pembantu rumah (juga tukang masak) Tun Mahathir  dimanipulasi bagi kepentingan politik sehingga fakta sebenar dikaburi. Kita marah kerana kita difahamkan mereka memecat.Kita tak suka Najib tetapi kita juga tak suka cara Mahathir membawa pemikiran pembangkang dengan nilai politik murahan tanpa asas politik sejahtera seperti diajar oleh agama kita.


Sebelum ini kita juga dimomok dengan isu kononnya khidmat pengiring trafik Tun Mahathir ditarik balik. Sebaran mengatakan kini khidmat bodyguard Tun Mahathir juga ditarik dan khidmat kontrak tukang masak dan pembantu rumah di pejabatnya juga ditamatkan. Inilah gambaran diwar-warkankan kepada kita.

Sebaran  gambar Mahathir menangis kerana 2 pegawai peribadinya dipecat telah menjadi viral. Kononnya Mahathir tidak pernah menangis melainkan semasa dia hendak letak jawatan pada perhimpunan UMNO dulu. Kesedihan Tun Mahathir ini membuatkan orang ramai marah kepada Najib dan UMNO.

Beberapa kemudian Khairy Jamaluddin mendedahkan gambar itu adalah gambar 2 tahun lalu dan kenyataan itu palsu. Tiada pemecatan pagawai UTK untuk bekas Perdana Menteri. Rupanya gambar yang tersebar adalah hasil ciptaan saraf UMNO untuk memperkenakan parti BERSATU dan saraf ini berjaya kerana cybertropper dan blogger PAKATAN HARAPAN turut menyebar luas gambar tersebut.

Kali ini Tun Mahathir dan HARAPAN terkena. UMNO/BN mula menyerang. Mereka mendedahkan bahawa 21 kakitangan untuk bekas PM tidak pernah dilucutkan. Mahathir tersempit dan mula menjawab isu ini sebagaimana dia menangkis dalam isu BUGIS.

UMNO/BN guna strategi mencari kelemahan kerana UMNO tahu mereka sukar berhadapan dengan Tun Mahathir yang licik politiknya. Takkan pembaca tak sedar bagaimana Mahathir mencairkan Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu yang suatu masa dulu cukup lantang menyerang Mahathir. Jadi mereka cari kelemahan Mahathir untuk diserang.

Semalam Mahathir menjawab lagi serangan dengan mengatakan kerajaan menukar pegawainya dan sekatan keatasnya. Katanya “Saya jadi canselor universiti swasta. Universiti itu diarah supaya hentikan saya jadi canselor. Ini tentu kerja kerajaan."
Rupanya Mahathir lupa apa yang Najib buat kepada dia adalah hasil didikannya bagaimana dia membuat jahat kepada pimpinan pembangkang terutamanya kepada PAS. Bagaimana pimpinan dan penyokong PAS ditukar jika mereka pengawai kerajaan, Kalau mereka ada syarikat syarikatnya disekat kontrak dan sebagainya.

Hai.. dia baru kena tukar ganti sahaja pegawai dan mula merasa sakit... Tahukah betapa sakitnya rakyat akibat kejahatan Tun Mahathir selama 22 tahun kerana ada rakyat tidak menyokong UMNO/BN?? Tahukah Mahathir berapa ramai pegawai kerajaan berpisah dengan anak isteri kerana bodohnya pemikiran orang UMNO yang tak boleh terima ada parti lain seperti PAS di Malaysia??

Akhirnya doa almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor betul-betul telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dia telah dikhianat oleh Najib anak didiknya sendiri. Sehingga akhir hayat Najib akan menghantui kehidupan Tun Mahathir Mohamad bapa permodenan kita....


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 27, 2017 at 1:07 PM

AUFN pernah kata bahawa beliau brharap mahathir panjang umur supaya dpt lihat kerosakan hasil pemerintahannya.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger