Hanipa Ni Peguam, Tapi Cara Berfikir “Bodoh”


Hanipa Maidin berkata, anggota Parlimen (PKR-Bukit Katil) Shamsul Iskandar telah bertemu dengan anggota parlimen PAS sebelum pengundian untuk menolak Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa.

Hanipa Maidin berkata lagi, pertemuan tersebut bagi mendapatkan jaminan mereka mengundi bersama anggota Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menolak bajet tersebut.

“Anggota Parlimen Bukit Katil (PKR) sebenarnya yang paling kecewa semalam. Beliau beritahu kami (PAN) yang beliau telah berjumpa MP parti suci (PAS - Mereka label PAS dengan pelbagai istilah tak apa.. halal) sebelum undi dan dapatkan jaminan mereka untuk mengundi bersama HARAPAN.

“Tiba-tiba undi MP 'parti suci' tak solid (kukuh). Masih ada dua MP yang berkecuali,” kata Hanipa di Facebooknya semalam.

Lebai tak pasti samada semasa membuat kenyataan ini Hanipa Maidin ada mengguna "PIL KUDA" atau tidak. Kenapa lebai kata demikian?

Kalau betullah Shamsul Iskandar jumpa anggota parlimen PAS dan minta sokongan bagi UNDIAN BELAH BAHAGI, kenapa Shamsul Iskandar tak jumpa Wan Azizah bos partinya sendiri serta 25 lagi anggota parlimen HARAPAN untuk JANGAN PONTENG SEMASA PENGUDIAN nanti. Itupun kalau betul dan memang mereka merancang untuk membuat UNDIAN BELAH BAHAGI??


Betul ke ada perjumpaan?
Kenapa 26 anggota parlimen HARAPAN macam tak tahu aje?? Rileknya aje ponteng!!

Hanipa Maidin cuba nak kelentong dan cuba nak membuat 'tahik' kepada PAS.
Memang kerja parti Islam baru AMANAH (PAN) hidup atas MENIPU. Ahli-ahlinya ditipu kononnya PAS nak berUG dengan UMNO. Mereka percaya ulama PAS dapat duit nak berUG dengan UMNO. Hakikatnya semua itu adalah fitnah kerana nak rebut jawatan dalam PAS sahaja. Bila kalah buat onar burukan PAS. Mereka berdendam atas kekalahan yang dialami.

Kalau Hanipa Maidin ini cerdik adalah lebih baik dia mempersoalkan kemana perginya 26 anggota lain yang tak hadir semasa undian belah bahagi.

Hanipa Maidin dan parti Islam baru AMANAH (PAN) lebih suka melihat aib PAS daripada menoleh aib PAKATAN HARAPAN sendiri.

Mereka cuba mengalih isu ini dengan membuat fitnah dan menyalahkan PAS dalam kekalahan 1 undi dalam pengundian belah bahagi. Cybertropper mereka menjalankan 'pswar' untuk merosakkan imej dua pimpinan PAS. Akhbar sokongan mereka turut serta.


Malaysia Dateline yang diketuai oleh Zul Solong dan Taufik (Ahmad Lutfi sudah macam menghilang diri) cuba mengalih isu ini dengan menyalahkan PAS. Mereka sudah berperangai macam wartawan dan penulis UMNO. Hilang etika dan jati diri kewartawan dek kerana habuan meterial dan nafsu.



Sepatutnya MalaysiaDateline menyiarkan berita seperti ini.

Politik murahan menyebabkan Zul Sulong dan Taufik menjadi celaru dalam membela kebenaran. Islam amalan sebelum ini sudah luntur dalam diri mereka. Mereka lebih utama fitnah daripada menyiarkan kebenaran. Saling tak tumpuh macam UMNO yang mereka tentang selama ini.

Sebelum mengakhiri tulisan kali ini, lebai nak berpesan kepada Hanipa Maidin...
ENGKAU TU PEGUAM, NAK MENIPU PUN JANGAN BODOH SANGAT..



Share this article :
 

+ comments + 17 comments

Anonymous
November 22, 2017 at 7:25 AM

Biar jadi pasu bunga. Jangan jadi pasu tak ada guna. Kamu berkhidmat utk rakyat. Bodoh.

Anonymous
November 22, 2017 at 7:26 AM

Biar jadi pasu bunga. Jangan jadi pasu tak ada guna. Kamu berkhidmat utk rakyat. Bodoh.

November 22, 2017 at 8:43 AM

biar jadi bodoh pun tak pe, biar kaki ponteng pun tak pe. so memang bodoh la. aku ponteng atak pe nantoi bagi la alasan mesti walaun sokong punya.. ye tak pakcik

November 22, 2017 at 9:08 AM

Aku rasa lebai hassan ni lagi bodoh dari yb hanipa. Tak ke bodoh namanyer kalau pi sokong parti yang tak de pendirian...asyik berkecuali jer

November 22, 2017 at 1:33 PM

penjilat hadi awe

Anonymous
November 22, 2017 at 7:39 PM

Baru la kawan tahu selain kaki fitnah dan kaki ampu dap, pan ni kaki putau belit gak rupanye yer...mmg patut pun bila kalah pemilihan...

November 22, 2017 at 8:00 PM

Anonymous
November 22, 2017 at 7:26 AM

Tdak faham maksud pengundian. Bila mengundi ada pro dan kontra. Dia ingat macam lembu laga, kira laga aje membabi buta taat kepada tuan

November 22, 2017 at 8:01 PM

danil din pun rasalnya akal pendek berkecuali tu kira masuk sokong ke?

November 22, 2017 at 8:02 PM


Nor Azman Zakaria tak ada akal, pasal tu ruang komen dia tak mampu komen sekadar maki macam UMNO.

November 22, 2017 at 11:52 PM

demo ni celaru..

Anonymous
November 23, 2017 at 5:12 PM

Bila baca komen rasanya baik penyokong parti apa pun sama je jenisnya..maki, bodohkan org mcm2 lg..klu semua penyokong parti politik sama spesis mcm ni camana dia nak claim dia n parti dia lg bagus dr parti org lain..2x5 je semua..

Anonymous
November 25, 2017 at 8:30 PM

Nampak mcm cerdik tpi bila jdi khadam parti lain hilanglah cerdiknya

Anonymous
December 4, 2017 at 10:57 PM

Nampak sangat Pakatan Tiada Harapan bersikap diktator bukan demokratik sebab pakatan menolak perbezaan pendapat. Pakatan hanya sesuai di negara komunis, fasis dan Nazi. Pakatan ini mempunyai ciri Khmer Rouge.

Anonymous
December 4, 2017 at 11:05 PM

Kesian melihat manusia jahil bodoh sombong menghina ulama Islam seperti TGHH. Sebaliknya, Rasulullah s.a.w. memuliakan ulama Islam sebagai pewaris nabi. Itulah perbezaan antara umat Islam tulen dan macai dedak cap roket.

Anonymous
December 4, 2017 at 11:09 PM

Manusia cerdik akan menjadi bodoh seperti lembu dicucuk ku Din apabila manusia tersebut menjadi khadam LGE dan parti ultra kiasu kafir harbi yang menentang agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

Anonymous
December 4, 2017 at 11:14 PM

Pembetulan kesilapan menaip komen 11:09 pm: Manusia cerdik akan menjadi bodoh seperti lembu dicucuk HIDUNG (bukan ku Din).

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger