Bila jadi ahli seumur hidup PAS, PAS kena ikut idea engkau ke?


Ketua Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata dia menunggu masa bagi parti PAS untuk memecat dia. Dikenali sebagai seorang liberal dan progresif, Wan Saiful hari ini mengaku beliau menyertai PAS sejak 1997 sebagai ahli seumur hidup walaupun tidak bersependapat dengan parti Islam konservatif itu.

"Semua orang pernah buat silap kan? Saya bergurau. Tapi saya mula terlibat dengan PAS pada tahun 1992 dan menyertai (PAS) sebagai ahli seumur hidup pada 1997.

"Lambat laun mereka akan pecat saya juga," kata beliau menjawab soalan selepas membentangkan kertas beliau di Persidangan Antarabangsa Transisi Demokratik Dunia Islam ke-5 di Kuala Lumpur semalam.

Sikit sahaja lebai nak ulas pasal Wan Saiful Wan Jan ini.

Pertama dia kata dia ahli seumur hidup. Ini menunjukkan Wan Saiful dah ketinggalan. Memang dulu ada ahli seumur hidup dengan bayaran RM100 + RM2 pendaftaran. Tapi sekarang dikenali sebagai ahli "PAS Sepanjang Hayat". Maybe Wan Saiful masih terkenang dengan PAS.

Wan Saiful menjadi ahli PAS di UK. Semasa di UK dia terpecat dari PAS secara sendirinya kerana  menyertai Parti Konservatif UK. Dia juga bertanding dalam pilihan raya tempatan Inggeris pada tahun 2007.

Takkan orang cerdik dan hebat macam Wan Saiful "BODOH" dengan perlembagaan PAS?? Perlembanggan Malaysia pun Wan Saiful bahas dan tentang. Misalnya dia antara yang lantang menyerang Perkara 153 dalam perlembangaan. Dia nak mansuh perkara 153 ini.


ARTIKEL 153: memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu 


Wan Saiful membela Sister in islam walaupun dia tahu kumpulan ini merosakkan pemikiran rakyat dengan menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah swt dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah swt serta mereka menyebarkan dakyah-dakyah songsang dalam fitrah kehidupan manusia. Oleh itu menjadi tanggungjawab kepada umat Islam memberi peringatan kepada seluruh manusia tentang bahaya sister in islam ini.

Lebai rasa Wan Saiful ini tak ada lam kamus PAS. Lebih baik PAS pecat Mahfuz Omar daripada pecat Wan Saiful yang sudah lama terpecat daripada.

Hanya lebai rasa Wan Saiful Wan Jan perasan bahawa dia masih ahli PAS...
Kesian.


Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 30, 2017 at 11:02 PM

Org macam tu tak payah layan. Dia akan lari sndiri.

Anonymous
December 3, 2017 at 2:44 PM

Musang liberal berbulu ayam tidak mampu bertahan lama dalam parti Islam sebab hati musang liberal ini condong kepada kemungkaran dan kesesatan. Akhirnya musang liberal akan keluar dari parti Islam untuk menjadi khadam pemimpin munafik liberal dan kafir harbi.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger