Parti Minoriti Nak Sertai HARAPAN. Ada duit RM500 juta ke?



Parti Generasi Baru (NewGen) sekali lagi menyatakan hasratnya untuk menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN), kali ini dengan janji untuk meningkatkan undi masyarakat India sebanyak 15 peratus kepada pembangkang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Presidennya, Rajaretinam Armuggan berkata hasrat itu disampaikan dalam pertemuan dengan Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

Katanya, parti itu telah membuat analisis menyeluruh bagaimana peralihan undi masyarakat India akan memberi impak pada PRU akan datang.


Persoalannya...

Agaknya HARAPAN nak terima ke parti yang hampir di 'hijack' oleh Ezam Mohd Noor dan Khairuddin Abu Hassan ini?

April 2017 lalu mereka berdua ini telah merampas Parti Generasi Baru ini untuk ditukarkan kepada Parti Bebas Rasuah (PBR). Tapi usaha ini tidak berjaya.

Kedua
Parti kecil ni ada duit RM500 juta ke, untuk membeli jiwa pimpinan PKR, DAP dan PAN sebagaimana dibuat oleh parti BERSATU?



Bagaimana nasib dengan PSM yang begitu aktif memerangi UMNO/BN untuk bersama PAKATAN HARAPAN patut dipelajari oleh Rajaretinam Armuggan.

Kenapa PAKATAN HARAPAN ketepikan parti PSM sehingga parti ini merajuk dan kini bersikap dingin dengan PAKATAN HARAPAN.

Kita masih ingat lagi bagaimana Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvan yang menaruh harapan kepada PH yang terdiri daripada PKR, DAP serta PAN akan berunding dengan PSM pada saat-saat akhir semasa penubuhan PAKATAN HARAPAN dahulu.

Kata Arutchelvan, “Mereka tidak hantar surat rasmi atau mengadakan perbincangan rasmi dengan kami. Malah, pada pilihan raya sebelum ini, mereka mahu kami bertanding menggunakan logo mereka. Kami tidak fikir mereka memandang kami dengan serius,”

Akhirnya PSM merajuk dan bersendirian. Kini PSM bukan lagi bersama dengan PH malah dah menyerang HARAPAN dan tidak mustahil akan berlaku pertandingan tiga penjuru dikawasan PSM kuat.

Cuba fikir kalau betul HARAPAN mahu menetang UMNO/BN atas dasar memerangi rasuah dan penyelewengan PSM adalah gabungan terbaik. Tapi mereka ketepikan PSM kerana;

1.  HARAPAN pun sebenarnya menyeleweng juga dan jika ada PSM mereka tak akan tenang....

2.  Parti kecil mana ada duit?? Sebenarnya mereka tak mahu PSM menjadi beban kepada HARAPAN. Tapi sikap mereka berlainan dengan PAS. Biar PAS berkali-kali menolak, mereka masih menghantar orang untuk berunding dengan pelbagai formula gabungan untuk menarik PAS dalam kerjasama dengan HARAPAN. Kenapa?? Kerana kalau ada PAS, HARAPAN boleh ada 'HARAPAN" untuk menang PRU-14 nanti. Selain itu mereka boleh jadikan PAS sebagai tangga untuk dipijak macam mereka buat pada PAKATAN RAKYAT sebelum ini.

BERSATU walaupun musuh dengan semua parti HARAPAN kerana kejahatan Mahathir sebelum ini tapi semuanya boleh dimaafkan. Kenapa?? Kerana janji bantuan 500 juta untuk PRU-14 nanti. Dedak ini halal bagi HARAPAN. Dedak Najib sahaja HARAM...

Mata lebam, tahanan ISA, dll semua kezaliman Mahathir sudah jadi halal untuk jatuhkan Najib berserta duit akujanji 500 juta!

Untuk ini ahli-ahli dan penyokong HARAPAN diberikan kata hikmat iaitu.... DEMI UNTUK PERJUANGAN RAKYAT KAMI RELA LUPA SENGKETA LAMA!!  KAMI SANGGUP KETEPIKAN MASALAH PERIBADI DEMI PERJUANGAN RAKYAT... Kan hebat tu!

Betul kata Najib yang selalu diulang-ulang oleh Mahathir "CASH IS KING"
Cash is King pun Najib belajar dengan Mahathir...
Kita aje bodoh buat tak faham



Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger