DAP Nak Tunjuk Prihatin Kepada Rakyat Dalam Isu Banjir ...Tapi Buat Tindakan Bodoh


Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP),  Loke Siew Fook semalam telah mengeluarkan beberapa gambar yang menunjukkan dia walaupun pimpinan tertinggi DAP turun padang bersama rakyat membantu mangsa banjir.

Dalam sebaran tersebut dibuat caption "In Penang to give moral support to our Unit Tindak team members on their mission to clean up a flat in Paya Terubong today.In DAP, we practice leadership by example. We must do what we expect our members to do."

DAP sekarang bekerja keras untuk membaiki imej mereka setelah tercalar teruk akibat banjir kilat melanda Pulau Pinang. Apatah lagi mulut celupar Lim Guan Eng semasa Kelantan mengalami banjir dulu kini menjadi viral yang memakan diri Lim Guan Eng dan DAP. Pulau Pinang banjir teruk hanya hujan 15 jam berbanding Kelantan yang mengalami banjir setelah hujan tak berhenti-henti selama 5 hari.


Kenapa lebai kata tindakan bodoh DAP??
Bukan lebai nak menghina SU Politik Lim Guan Eng! Lagi pun sekarang mana boleh menghina DAP sudah pasti Parti Islam Baru, AMANAH (PAN) akan membela.

Jika diperhati betul-betul gambar di atas yang diwar-warkan oleh DAP ini, kita akan dapat beberapa maklumat tersembunyi yang pimpinan DAP tak terfikir.

Gambar atas sekali si Loke Siew Fook sahaja bekerja membersih, beberapa orang belakang sedang rilek seolah-olah tak ada apa yang penting.

Gambar lain menceritakan kerja bersih ini sebenarnya hanya perlu seorang seorang sahaja dan memberikan erti banjir hanya kena pada seorang yang lain ataupun penghuni rumah lain tak perlu membersih...

..atau mungkin untuk satu taman atau flat ini hanya si Loke Siew Fook seorang sahaja sudah cukup untuk membersihkannya kerana dia juga ada kuasa 10 macam Husam Musa!!


Kita tak boleh marahkan Loke Siew Fook atas posting bodoh berkenaan, kerana dia pun belajar daripada Lim Kit Siang semasa banjir di Kelantan.


Ini baru betul-betul kerja membersih selepas banjir yang ditunjukkan oleh Jabatan Amal Malaysia.


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 27, 2017 at 1:12 PM

Jgn kritik dap nanti pan marah..

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger