Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” yang lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, “
Firman Allah s.w.t dari surah Al Baqarah ayat 219 ini menjelaskan bahawa arak ada baik dan buruk tetapi keburukannya lebih besar.
Pada ketika ini arak masih lagi boleh di minum .penurunan ayat di atas menjelaskan kepada ummat Islam bahawa arak ini mengandungi keburukkan dan kebaikan, keburukkannya lebih banyak drp kebaikan.
Kemudian turun pula Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa’ ayat 43
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang
kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan
junub, terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. dan jika
kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air
atau kamu telah menyentuh perempuan, Kemudian kamu tidak mendapat air,
Maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu
dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema’af lagi Maha Pengampun.
Ini adalah peringkat kedua dalam proses pengharaman arak mengikut pendapat ulama. Allah mula mengharamkan arak di minum ketika hampir masuk waktu solat, kerana dikhuatiri solat yg didirikan ketika mabuk akan menyebabkan solat itu tidak sah kerana tersilap membaca Al-Fatihah dan rukun-rukun qouli yg lain, melakukan penambahan atau pengurangan rakaat dsb. Walaubagaimanapun pada ketika itu arak masih lagi boleh di minum .

Kemudian turunlah ayat pengharaman secara mutlak (peringkat ke-3) dengan Firman Allah s.w.t dari surah Al-Ma’idah ayat 90-91
"Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya
(meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib
dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."
"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum)
khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan
sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)."
Pengharaman arak dikatakan berperingkat-peringkat kerana masyarakat arab jahiliyyah sudah sebati dengan arak.
Pengharaman arak dikatakan berperingkat-peringkat kerana masyarakat arab jahiliyyah sudah sebati dengan arak.
MENGAPA ALLAH SWT menurunkan ayat-ayat Al Quran kepada Rasul-Nya secara
beransur-ansur dan tidak sekaligus? Mengapa didahulukan ayat-ayat
Makkiyah dari ayat-ayat Madaniyah? Dan mengapa pula Rasulullah SAW tidak
mulakan perintah "jangan kamu berzina” dan “jangan kamu minum arak”,
sebaliknya didahulukan dengan menanam iman?
Umat jahiliah yang masih sedap dengan amalan zina dan meminum arak jika terus ditegah nescaya mereka akan menolak seruan itu. Kerana mereka belum beriman dan belum taat kepada ALLAH.
Begitu dengan hudud yang datang untuk membersihkan penjahat-penjahat dalam masyarakat yang sudah tidak dapat dibaiki dengan kata-kata nasihat lagi, yang bilangarmya terlalu minoriti. Dan hudud juga memberi peluang kepada orang-orang yang bersalah untuk menerima hukuman di dunia. Supaya selamat dari Api Neraka di Akhirat. Dengan datangnya hudud, masyarakat salafussoleh tidak lagi diganggu oleh penjahat-penjahat. Lalu tercetuslah sebuah masyarakat yang indah, aman, makmur dan mendapat keampunan ALLAH.
Hukum hudud merupakan sebahagian dari kanun jenayah Islam dan kanun jenayah Islam merupakan sebahagian dari syariaat Allah SWT yang wajib dijunjung, diamal, dan dipertahankan oleh setiap Muslimin dan Muslimat.
Perlaksanaan kanun jenayah Islam di zaman Rasulullah SAW telah dilakukan pada zaman Madinah, ketika mana Islam berjaya menegakkan negara Islam yang berdaulat, yang mempunyai kuasa untuk menegakkan undang-undang dan peraturan-peraturan. Oleh sebab itulah setiap masyarakat Islam di mana-mana negeri dalam mana-mana generasi dan zaman sekalipun, wajib mendaulatkan kanun jenayah Islam apabila mereka berkuasa membentuk kerajaan dan menggubal undang-undang negeri, kerana perlaksanaan kanun jenayah Islam merupakan perkembangan yang kemuncak bagi dakwah Islam di samping ianya merupakan keperluan asasi bagi mengawal kesejahteraan umat.

Hishamuddin Rais menulis artikel di Malaysiakini "Persejajaran semula & politik baru". Bagi saya tulisan itu sangat jijik tidak lain melainkan ingin melempar kata nista dan fitnah kepada PAS yang memang menjadi musuh kepadanya kerana prinsip perjuangan PAS adalah Islam.
Hishamuddin menulis.
Hishamuddin menulis.
Pada hemat saya, parti PAS pada ketika ini sedang bersedia dan telah bekerjasama dengan United Malay National Organisation. Jika saya Najib, maka PAS akan saya jadikan alat yang cemerlang untuk menghuru-harakan pihak yang menentang.
PAS tidak akan masuk ke dalam BN. Peranan PAS lebih cantik dan indah di luar Barisan.Katanya lagi.
Najib akan menggula-gulakan dengan kesah nabi, bidadari dan syurga. Najib akan berwirid dan 'berhanana' dengan Haji Hadi sambil Hadi bersurah tentang hudud dan potong tangan. Semua ini akan memberahikan nafsu Haji Hadi Awang.
Apabila PRU14 sampai, seorang Tok Arab akan mengeluarkan zakat kepada parti PAS atas nama Islam. Atas nama 'Sunnni wal Rasuah'. Atas nama kesatuan ummah. Duit zakat yang bertimbun-timbun ini akan membolehkan parti PAS bukan sahaja membeli bendera baru, bukan sahaja membeli pejabat baru, malah PAS akan bertanding di seluruh negara. Jika Najib meminta Hadi bertanding di Paris atau Brixon pun Hadi dan parti PAS akan angguk kepala bersetuju.
Saya rasa semasa Hishamuddin menulis artikel ini dia mabuk, samada mabuk betul seperti mana orang arab Islam dulu lupa bilangan rakaat dan silap bacaan kerana mabuk atau 'mabuk' dalam ertika peribahasa Melayu (Ini sesetengah pembaca ada yang tak faham. Ada pembaca mengulas pasal 'buat lari kerusi' dengan bertanya kerusi macam robot ke? Sebenarnya pembaca tersebut tidak mabuk hanya pening, pening dan celaru dalam mencari kebenaran)
Hishamuddin ini banyak kali menghina Islam, termasuk hudud. Dulu dia kata Islam tu tiru VEDA. Sekarang
Saya pernah menambah pandangan Karl Marx. Mengikut pandangan Karl Marx, sejarah manusia ialah sejarah perjuangan kelas. Saya tambah sedikit, sejarah perjuangan manusia ialah sejarah perjuangan kelas dan sejarah pembelotan. Hakikatnya PAS bawah pimpinan Hadi telah belot. Ini bukan tohmah. Ini bukan fitnah. Ini fakta.
Sangat kesian, apabila mereka sesat yakni benar-benar sesat seperti Hishamuddin dan beberapa kerat spesis seperti dia dan 'separa sesat' seperti sesetengah kepimpinan dalam parti PAN yang telah mentafsir agama Islam dalam bentuk tafsiran baru yang mirip kepada Islam liberal (tapi bukan liberal seperti kata Mujahid Yusof Rawa dalam forum TV1) sehingga umat Islam keliru dengan agamanya sendiri dan membina perjuangan "Islam tanpa syariat" kononnya memberikan fokus kepada pembangunan dan membasmikan kemiskian dengan slogan negara berkebajikan.
+ comments + 2 comments
Alahai hishamudin.bila hang nak bertaubat dan kembali kepada Islam?Ambillah kesempatan Ramadan ini utk berbuat demikian.
Hisamudin ni spesis yg sudah rosak... ada otak tp xde akal...tak taulh hidayah itu masih ada utk dia atau x...
Post a Comment