UG Dah Tenggelam, Hanya Senjata Nak Tikam Kepimpinan Ulama PAS



Sebelum ini saya melawat seorang kawan yang sakit. Dia bekerja sebagai penulis dan wartawan. Sakitnya dah masuk tahap yang membimbingkan. Dia tak mampu menulis lagi dan keuzurannya juga tak mengizinkan dia berada lama di atas kerusi.

Saya terfikir untuk ziarah sekadar 10 atau paling lama pun 15 minit. Saya pun kena  'call' dia dulu untuk memastikan persedian dia untuk terima tetamu.

Semasa bertemu, banyak isu yang kami bincang. Antara fokus utama masa depan PAS. Dia memberikan pandangan 2 orang veteran dalam PAS yang bersikap terbuka yang dijadikan panduan iaitu Subky Latif dan Cikgu Pa. Kami bincang apa pandangan 2 orang ini terhadap hubungan politik sekarang.

Sambil itu saya bertanya dia?
Bila nak UG PAS dengan UMNO?
Mula-mula dia tak jawab.

Saya ulang tanya dia jawab. Tak ada UG.

Dulu dialah yang berikan maklumat kepada saya tentang PAS nak UG dengan UMNO. Kami berhujah. Saya kata tak mungkin dia kata ada dengan memberikan maklumat yang sangat jelas katanya. Dia punyai akses kepada pimpinan tertinggi PAS termasuk sms dengan Mat Sabu dan Husam dll. Memang saya tahu dia sangat rapat dengan Mat Sabu, Husam, Harun Din, Idris Ahmad malah dengan pimpinan DAP termasuk Chin Tong.

Wartawan kan! kita tak hairan.

Saya daripada dulu melihat UG ini senjata digunakan untuk menikam kepimpinan ulama dalam PAS termasuk Dr Hassan Ali.

Peristiwa kemenangan PR dan PAS menjadi kuasa penentu antara PR dan BN menjadikan ada pimpinan PAS masa itu melihat gabungan dengan UMNO suatu yang boleh dibincangkan TETAPI tak sampai nak UG terus.

Sejarah Selangor dan Perak harus dilihat daripada sudut maklumat yang betul. Jangan kita baca sifir Khalid Samad dan Ahmad Awang sahaja. Kita kena teliti sudut-sudut lain yang membentuk satu kata putus yang harus diadili dengan seadil-adilnya.

Tulisan Penarik Beca berkenaan dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa ke London untuk mendapat restu nak berpeluk dengan UMNO adalah titik mulanya PERSEPSI buruk UG. Sedangkan maklumat yang benar Ustaz Nasha tak pergi pun ke London.

Natijah daripada cerita ini membuatkan Ustaz Nasha kecundang dengan fitnah. Dr Hassan Ali pun kena tempias yang sama. Seorang yang hebat kini terbiar dan dirapati oleh golongan UMNO dan seorang lagi sudah mendekati jamaah tabligh.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz diberikan maklumat yang salah sehingga tergugat kedudukan kepimpinan dalam PAS disebabkan perkara ini. Mereka yang bermain persepsi dengan maklumat yang kabur untuk memenangi lawan dan menguasai PAS.

Tapi bila dipenghujung TG Nik Abdul Aziz mendapat maklumat yang sah dan benar, maka akhirnya anak murid kesayangannya di'ketepi'kan secara halus oleh beliau sendiri. Mula-mula orang ragui cara TG Nik Abdul Aziz tapi bila dilihat kini maka orang kena siapa sebenarnya anak didiknya... baik buruk, bersih atau kotornya isi perut dia itu.

Selepas beberapa orang pimpinan PAS yang diserang kecundang, maka kita tak sangka Allah bersihkan lagi PAS sekali lagi dengan satu ombak besar yang menyebabkan mereka yang menggunakan PERSEPSI terkena persepsi dan akhirnya mereka beramai-ramai keluar daripada PAS.

Setelah mereka keluar
Suara-suara UG makin hari makin tenggelam.
Mereka sendiri hilang punca dan cuba menarik PAS bersama pakatan Harapan
Kerana mereka tak boleh menjawab beberapa persoalan yang timbul...

Kenapa golongan ulama yang menguasai hampir 100% kepimpinan PAS tak berusaha UG dengan BN atau UMNO?
PAS keluar daripada Pakatan Rakyat masih kekal sendiri.
Kenapa tak UG dengan UMNO?
Semua persoalan ini tidak dijawab.

PAS kita ibarat kapal dipukul ombak besar.
Masing-masing pening, tak menentu...
Perlu ada yang bangkit untuk erat mereka yang ada dalam kapal ini untuk menuju ke destinasi yang betul. Jika kapal ini dipukul ombak sekali lagi... SUDAH PASTI KAPAL INI AKAN HANCUR...

Kawan saya buat kesimpulan, untuk bergerak PAS perlu 'musnah'kan PAN. Dia kata lagi walaupun PAS kalah teruk pada PRU-14 tapi PAS boleh bangkit semula.
Tapi dia menambahkan lagi PAN tidak seperti BERJASA dan HAMIM, kerana PAN didokong oleh IKRAM dan DAP.

Tak sedar, rupanya hampir 2 jam kami bersama dan dia menjadi segar apabila berhujah. Dia jarang ditentang hujah, saya salah seorang suka membantah hujah dia...



Share this article :
 

+ comments + 10 comments

Anonymous
July 18, 2016 at 7:53 PM

Kata2 fitnah UG melalui

MALAYSIAWAVES
KEDAHLANIE
GREENBOC
MANJUNGMARI
MOUUTHDWELLER
ADDINDEN

DAN RAMAI LAGI.

kebanyakannya dah senyap sekarang sebab taukey Penang dah tak bagi vitamin F (fulus) kat semua sherpa2 tu

July 18, 2016 at 8:42 PM

Sayang, aku dah tak percaya pada parti yg angkuh dan sombong, sambil menjerit-jerit : AKU DAH KUAT. ..

July 18, 2016 at 8:42 PM

Sayang, aku dah tak percaya pada parti yg angkuh dan sombong, sambil menjerit-jerit : AKU DAH KUAT. ..

July 18, 2016 at 11:39 PM

Mereka giat menfitnah Pas bukan hanya nak UG tapi semua perkara mereka fitnah jadi saya harap blogger-blogger Pas fire back kenyataan mereka. Aktifkan pc masing masing biar mereka lemas dan terus tenggelam hancur lebur. Tahniah hjhassanomar kerana tuan amat aktif menerangkan penipuan musuh Pas. syabas tuan

July 18, 2016 at 11:41 PM

Husam Musa sebenarnya telah tidak dipercaya oleh TGNA sebelum beliau meninggal dunia lag tapi Husam terus menjaja nama TGNA haha kesian Husam

July 18, 2016 at 11:42 PM

Husam Musa sebenarnya telah tidak dipercaya oleh TGNA sebelum beliau meninggal dunia lag tapi Husam terus menjaja nama TGNA haha kesian Husam

July 18, 2016 at 11:42 PM

Mereka giat menfitnah Pas bukan hanya nak UG tapi semua perkara mereka fitnah jadi saya harap blogger-blogger Pas fire back kenyataan mereka. Aktifkan pc masing masing biar mereka lemas dan terus tenggelam hancur lebur. Tahniah hjhassanomar kerana tuan amat aktif menerangkan penipuan musuh Pas. syabas tuan

July 19, 2016 at 6:56 AM

Husam perlu terus bersuara utk terus relevan dalam politik tanah air ... Cuma x tahu platform mana.. Adakah parti baru nanti?

July 21, 2016 at 10:11 AM

Semoga semua sedar dan kembali memperjuangkan Islam.. party politik hanya sekadar platform utk memastikan parlimen & dun diwakili mereka yg memperjuangkan Islam, bukan sekadar utk memenuhi nafsu manusia..

July 21, 2016 at 10:11 AM

Semoga semua sedar dan kembali memperjuangkan Islam.. party politik hanya sekadar platform utk memastikan parlimen & dun diwakili mereka yg memperjuangkan Islam, bukan sekadar utk memenuhi nafsu manusia..

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger