Sendiri Pasang Sendiri Cantas, Teknik Bodoh Ni Dah Tak Laku!!



Semenjak Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud menyokong Pakatan Rakyat, banyak perkembangan mengenai gerakan saraf dan provokasi telah berlaku. Wan Ismail adalah antara orang yang mengerakkan perang saraf dalam UMNO. Malah dia mempunyai team sendiri dalam menyerang pembangkang dalam pelbagai bentuk saraf dan provokasi sehingga banyak perkara tidak dapat ditangani oleh pembangkang termasuk PAS sendiri.

Dia membawa beberapa orang teamnya untuk memberikan kursus kepada PKR dan juga PAS. Antara mereka yang terbabit dalam PAS ialah Dr Hatta Mohd Ramli.

Gerak Saraf adalah unit yang penting dalam PAS dikenali sebagai PGS. Mereka terbabit dalam penyebaran isu, maklumat dan membuat provokasi. Ada 2 jenis saraf iaitu "white and black". Dr Hatta adalah yang pakar dalam saraf jenis 'black".

Dr Hatta pula dibantu beberapa orang kuat antara lain ialah Nordin budak Pahang dikenali sebagai Nordin Tarung atau juga dikenali sebagai Juragan Belang Tarung, Abd Nasir, Wafer Comey, Ibn Harun, Mazhar Yusof dan lain-lain lagi.

Kita tidak lupa semasa dekat Muktamar PAS lalu perebutan jawatan dalam PAS dan ada usaha menjatuhkan kumpulan ulama dalam PAS, tiba-tiba kereta Dr Hatta Ramli dibakar.


Saya sudah menulis sebelum ini, beberapa kes tembak berlaku dan polis menyiasat akhirnya polis menemui bukti dan motif. Semalam kita dengar cerita seorang wanita dan anaknya ditembak semasa memandu vellfire. Hari ini kita dapat tahu motif pembunuhan itu berkaitan dengan "money game".

Tapi kes Dr Hatta Ramli senyap tanpa sebarang maklumat seolah-olah polis Malaysia tak buat kerja. Atau Mungkin polis pun buat "UG" dengan Presiden PAS.

Akhirnya ramai orang membuat kesimpulan bahawa kereta ini mungkin dibakar sendiri berdasarkan Dr Hatta Ramlee adalah ketua Saraf PAS.

Bukan itu sahaja kita dikejutkan juga semasa hampir pemilihan PAS, kononnya Dr Dzulkefly ditumbuk selepas balik dari solat Subuh.


Lagi dasyat ceritanya bila Dr Zulkefly bertepik yang menyerangnya lari. Orang datang menyarang tapi lari?? Kes ini pun hilang tanpa berita.

Kalau benarlah dua-dua orang ini dibenci oleh geng ulama rasa dah lama dua orang ini mati ditembak. Bukan susah sangat nak cari mereka berdua. Tapi biasanya nak buat berita, nak cari 'value' nak buat persepsi buruk kepada kumpulan ulama dalam PAS, saraf  'black' digunakan.

Kalau setakat bakar bendera, cantas bendera, koyak poster itu budak sekolah pun boleh buat saraf kerja macam ini.

Sangat pelik semasa PRK dulu tak banyak bendera nak dipasang tapi tiba-tiba banyak pula bendera nak dipasang. Macam orang ising cara mereka berfikir. Sepatutnya bendera itu kita bersungguh pasang semasa PRK kalau nak sambut perantau tu buatlah ala kadar aje. Ini melebihi PRK.

Rasa itu tak lain, sekadar nak tunjuk bilangan dia orang ramai. Nak tutup keahliannya seluruh Malaysia hanya 15K sahaja sedangkan jaja seluruh dunia kononnya ada ahli 100K.

Berhentilah buat kerja bodoh ini, tak baik kita menipu. Setelah orang tahu kita menipu, mereka tak akan dipercayai selama-lamanya, Ini pesan tok guru semasa dalam PAS dulu.



Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
July 8, 2016 at 7:58 AM

Spesis macam ni yg zaman khalifah pi kepong rumah saidina othman. Bila saidina othman syahid meeeka hantar berita palsu kpd saidina muawiyah dan saidina ali.

Jika abdullah bin ubay menyanjung yahudi bani qainuqa dan abu jahal. Mereka ini pula menyanjung DAP.

Persamaan abu jahal dan DAP adalah mereka anti Islam

Anonymous
July 8, 2016 at 8:03 AM

Jika abdullah bin ubay bin salul pernah solat berjamaah dgn rasulullah, golongan in pun pernah bersama kita. Lainnya mereka meniru fikrah abdullah bin ubay.

Dlm bulan syawal ini dan masa kita baru saja bertakbir. Mari kita baca balik sirah Pakatan Al Al ahzab

Jeff Hulu Bernam
Keadilan Reform

July 8, 2016 at 10:10 AM

https://youtu.be/DzL_6cjVrp8

Sila perhatikan makna takbir raya pada minit ke 3.08 hingga ke minit 3.20.. agak2 relevan tak dgn tingkah laku PAN bila asyik menyalahkan PAS berbanding DAP terutama dalam isu RUU 355 yg dibawa oleh PAS!..

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger