Jika Prof. Mohammad Agus Yusoff Hidup Zaman Nabi....


Saya terbaca komen Prof. Mohammad Agus Yusoff yang diviralkan dalam media sosial. Ramai menjadikan hujah beliau sebagai alasan untuk mengkritik sebahagian daripada pandangan ahli-ahli PAS. Sudah menjadi tabiat kepada sesetengah laman atau facebooker jika ada sesiapa yang kritik PAS maka perkara itu disebar luaskan untuk memberikan maksud orang itu atau orang ini tidak suka PAS.

Laman KedahLanie yang menjadi pengkritik PAS tidak ketinggalan dalam mengambil kesempatan ini untuk menyebar luaskan hujah ini.

Ada baiknya sebelum kita teruskan, kita lihat dulu apa yang ditulis oleh Prof Agus. Supaya perbincangan sesuatu perkara boleh dilihat daripada pelbagai sudut baik dan buruknya.

Bolehkah dengan menyokong PAS yang hanya bersama Ikatan, kerajaan kita bertukar?


SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA (8)
Kawan UKM datang rumah baiki komputer saya yang diserang virus.
Masuk sahaja rumah beliau merungut tindakan kerajaan pusat menahan KM Pulau Pinang.  Kenapa perlu digari?  Kenapa perlu didakwa?  Kenapa tidak didakwa kes 1MDB?  Begitulah katanya.
Selepas itu, beliau merungut tentang keborosan pemimpin negara.  Sepanjang waktu bercakap, beliau menekankan kepada saya betapa pentingnya kita mengundi perubahan.
**********************
Saya setuju dengan kawan saya untuk memilih perubahan. 
Selepas itu, saya bertanya beliau, jikalah berlaku pilihan raya sekarang, parti apa yang hendak diundi?  Katanya, mesti PAS kerana dasar Islam PAS.
Seterusnya saya tanya, bagaimana jika PAS bekerjasama dengan UMNO?  Nak undi PAS juga ke?  Beliau terdiam seperti orang keliru, orang terkena candu. 
Selepas itu, beliau menasihati saya, kerajaan zalim BN mesti kita tukar dan kita mesti istaqamah menyokong PAS untuk mendapat keredhaan Allah dunia akhirat.
Pertanyaan saya, bolehkah dengan menyokong PAS yang hanya bersama Ikatan, kerajaan kita bertukar?  Ini yang saya belum faham.
***********************************
Selesai komputer saya dibaiki, hati saya berkata bagusnya jika selepas Raya ini diadakan pilihan raya. 
Saya hendak tengok siapa yang berubah.  Saya hendak tengok kerajaan mana yang berubah.

Mohammad Agus Yusoff
Berbalik kepada soalan Prog Agus "Seterusnya saya tanya, bagaimana jika PAS bekerjasama dengan UMNO?  Nak undi PAS juga ke?"Anggaplah saya kawan Prof. Agus seorang budak kampung yang datang membaiki komputernya dengan kepandaian membaiki komputer itu sekadar belajar daripada Youtube.

Sebelum saya  jawab saya nak tanya Prof Agus dulu. PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR sebelum ini atas suka-suka atau atas keputusan Majlis Syura Ulama. Oleh kerana Prof Agus tak ada di sini saya tolong jawab. Keputusan kerjasama PAS dengan PKR dan DAP adalah keputusan Majlis Syura Ulama yang disebut sebagai tahaluf siasi. Panjang perbahasannya ada pro dan kontra dalam membuat keputusan.

Untuk makluman Prof. Agus PAS keluar daripada Pakatan Rakyat juga atas keputusan Muktamar yang mana dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama PAS kerana DAP tidak menepati konsep tahaluf yang ditetapkan.

PAS kekal dengan PKR sehingga saya menulis artikel ini kerana PKR masih lagi menepati konsep dan pra-syarat tahaluf. Walaupun ada sebahagian ahli dan pimpinan PAS mengesyorkan untuk memutuskan hubungan kerjasama ini tetapi masih belum ada keputusan rasmi daripada PAS.

Berbalik kepada soalan Prof. Agus, Jika PAS kerjasama dengan UMNO, Nak undi PAS atau tidak.

Jawapan KENA UNDI PAS

Kerana kalaulah PAS bekerjasama dengan UMNO mesti UMNO menepati tahaluf. itu logik pertama. Tapi kemungkinan tidak berlaku dan soalan Prof Agus tidak RELEVEN. Biasanya item tidak releven tidak ditanya sebab banyak kemungkin boleh berlaku.

Untuk makluman Prof. Agus satu kajian tentang kerjasama dengan UMNO telah dibuat oleh Dewan ulama PAS semasa Dato' Haron Taib menjadi Ketua. Kajian melihat pola politik ini telah dibocorkan oleh Wan Ji yang kini menjadi ahli PKR. Dia telah dikeluarkan daripada Unit Kajian tersebut kerana tidak amanah (bukan PAN).

Pertanyaan Prof. Agus seterusnya "bolehkah dengan menyokong PAS yang hanya bersama Ikatan, kerajaan kita bertukar? "

Sangat subjektif bagi mereka yang berada dalam jamaah Islam yang yakin akan Allah s.w.t.

Saya tak nak cerita kisah-kisah nabi atau ulama yang mungkin Prof. Agus akan rimas semuanya tidak ada agumen yang menyokong secara saintifik, tapi saya akan cuba membawa perkara ini kepada yang baru berlaku dan boleh jadi akan berlaku.

Saya ambil satu contoh mudah, "Private Bill" Presiden PAS RUU 355 yang nak dibentangkan. Pada logik akal PAS tak akan mampu membawanya kerana sudah tentu akan dihalang oleh UMNO atau BN yang komponennya terdiri daripada parti-parti bukan Islam sperti MCA, MIC dll. Itu kan logik!

Saya nak tanya Prof. Agus secara ikhlas. Pernahkah Prof. Agus terfikir bahawa Private Bill ini dimasukkan dengan kedudukan pada nombor15 di akhir sidang Dewan Rakyat boleh naik menjadi nombor satu pada saat-saat akhir. Yang membawanya pula seorang menteri perempuan  'dogol' (kampung Agus dogol ni maksdunya tak pakai tudung). Terfikir ke??

Sejarah Private Bill tak pernah berlaku kepada pembangkang melainkan Tengku Razaligh pernah bentang sekali.

Tapi kalau kita ada keyakinan kepada Allah s.w.t. dengan sepenuhnya yakin. Ini tidak mustahil berlaku dan TELAH pun berlaku.

Allah sudah menjanjikan  dalam surat At Thalaq ayat 2-3 :

“…Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (At Thalaq 2-3)

Prof. Agus kita memang boleh bercakap tentang Al Quran dan pertolongan Allah tapi tak ramai yang percayai dengan keyakinan penuh akan pertolongan Allah kepada mereka yang menolong agamaNya.

Tak semua orang boleh merasai nikmat keyakinan ini. Sebab itu kita kena seolalu berdoa agar Allah istiqamahkan kita pada jalanNya dan hindari kita terpesong dengan kehebatan dan ilmu yang kita ada.

PAS dengan parti Ikatan perlu didalami secara halus dan terperinci. Parti Ikatan hanya ada sekitar 150 ahli sahaja. Penyokong saya tak tahu ramai mana. Tapi ini adalah parti yang terdiri daripada golongan UMNO yang kecewa dan Melayu yang tidak mengharapkan UMNO lagi.

Prof. Agus, PAS menjadikan Ikatan sebagai titik mula. Atau ada sesetengah orang mengatakan 'letak nilai' untuk PAS pergi lebih jauh lagi dalam menerokai golongan atau ahli UMNO yang terpinggi daripada UMNO.

Tapak mula ini memang kita lihat suatu yang 'lekeh', lemah dan tidak menarik.

Saya ambil contoh semasa, pengasas Alibaba Group, Jack Ma mendedahkan kesilapan terbesar di dalam hidupnya adalah sewaktu beliau memutuskan untuk menubuhkan syarikat jual beli atas talian, Alibaba.com.

Katanya “Saya cuma hendak berniaga kecil-kecilan dan tidak sangka ia menjadi besar sehingga begini, ia memerlukan tanggungjawab yang besar dan ia turut mendatangkan pelbagai masalah"

Saya ambil kata-kata Jack Ma ketika sesi soal jawab pada 21 Jun lalu di 20th St. Petersburg International Economic Forum di Rusia. Untuk makluman pemvbaca syarikat Alibaba kini dianggarkan bernilai AS$190 bilion.

Politik suatu yang realetif, sukar kita meramalkan masa depannya. Sebagai seorang Islam kita diajar tentang keyakinan kepada Allah s.w.t. Atas keyakinan ini kita membuat suatu keputusan yang akan kita turuti demi untuk masa depan anak bangsa kita.

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. At Taghabun: 11)

Sebelum saya mengakhir tulisan ini, saya ingin bertanya  jika Prof. Agus hidup zaman Nabi s.a.w. agaknya prof percaya tak bahawa Nabi Muhammad s.a.w. akan berjaya sedangkan pada masa itu nabi seorang yang buta huruf. Di sekeliling nabi ada tamadun Romani, Tamadun India Hindu, China, Rom dan Parsi. Malah pemikiran Plato, Aristostle dll telah meresapi di jiwa orang terdahulu dan sehingga sekarang pemikiran dan fasafahnya masih dibahaskan.

Itu belum lagi saya bahas tentang kebendaan yang Nabi ada. Belum lagi saya bahas pengikut Nabi yang semuanya miskin dan daif. Mampu ke Nabi?

Jika kita jawab Nabi lainlah... Habis Kenapa Allah wafatkan Nabi??

Cukuplah


Share this article :
 

+ comments + 7 comments

Anonymous
July 1, 2016 at 4:45 PM

saya berharap ada hujjah check and balance, tp rupanya pro sangat pada Hj Hadi.

Saya masih ahli PAS tp kecewa dengan pengurusan sekarang

July 1, 2016 at 5:49 PM

Kecewa sifat tak baik. Islam tak mengajar kita kecewa melainkan kita rasa apa kita buat tiada manafaat sedangkan Islam mengajar kita bertawakal kepada Allah.

Anonymous
July 3, 2016 at 9:58 PM

Mr presideng dah jadi liabiliti kpd parti, tetapi ahli2 bawahan yang tak pandai berfikir masih lg pertahankn dia. Di bawah kepimpinan Hj Haji, parti dah gostan, tiada progres langsung.
Begitu juga lah Pak Aji ni...

July 3, 2016 at 10:06 PM

Lembu berlaga, dia undur (gostan) bukan bermakna silap atau kalah tapi itu strrategi untuk menyerang dengan daya impuls yang lebih. Akan menghasil momemntum. Kecuali anda tak tahu dan emosi

Anonymous
July 7, 2016 at 10:33 PM

Hehe...ibaratkan lembu? Jd komer ni mengaku laa komer ni macam lembu! patut pun bodoh!!

July 8, 2016 at 10:22 AM

Presiden parti mana? Kalau PAN mmg betullah sbbnya hanya mampu tarik undi Cina; jadi terpaksalah ikut kehendak cina DAP aje.. kalau DAP kata hudud haram, PAN akur je.. kalau DAP kata halal minum Carlsberg utk raikan kemenangan calon ustaz PAN, PAN diamkan aje tanda seronok dan teramat berbesar hati aka bangga..

Anonymous
July 9, 2016 at 6:38 PM

Secara sedar rupanya ahli2 seperti anon 9:58 yg mjadi liabiliti kpd parti Pas, golongan yg perasan diri mereka lbh hebat dr seorg ulama...memg patutlah bila Allah mghumbankn mereka drpd perjuangan Islam & dijadikn pembela pula kpd golongan kafir..

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger