Bongkar: penerima wang RM90 Juta rasuah UMNO dikesan


Sarawak Report (SR), melalui ketua editornya Clare Rewcastle Brown membuat tuduhan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS untuk menjauhi pembangkang adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas".

Kenyataan ketua editor SR ini dibuat setelah PAS, melalui Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  mengancam akan mengambil tindakan saman.

Editor portal berkenaan, Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan itu dibuat berdasarkan “kecurigaan yang meluas” jika dihalusi dan difahami membawa erti kata lain cerita tersebut ditulis berdasarkan khabar angin atau andaian semata-mata tanpa sebarang bukti yang dikemukakan.

Bahasa mudahnya berita itu adalah sembang-sembang di kedai kopi sahaja tetapi dalam hal ini, Sarawak Report (SR) telah menjadikannya bahan artikel untuk tujuan jahat dan terancang menjatuhkan PAS.



Maka ahli PAS 'jadian' pun membuat kenyataan "dakwaan mereka menerima wang RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipandang sepi."

Katanya lagi “Jika SR boleh dedah nama dan nombor akaun serta aliran kemasukan wang tersebut saya percaya individu pimpinan PAS tersebut akan bersedia memberi pencerahan dan penjelasan sama ada ia derma politik Najib kepada PAS atau untuk individu tersebut.”

Kenyataan kedai kopi pun si 'jadi-jadian' ini anggap serius.

Lagi malang puak-puak PAN/IKRAM.
Raya sakan mereka menyerang PAS dengan isu ini. Mereka mengaikan apa yang dinasihatkan oleh Allah taala tentang berita daripada orang fasiq.

Allah berfirman,
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقُُ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَافَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Cikgu Halim kaki fitnah yang selalu menyerang PAS membuat posting dalam facebooknya..


Wan Mohd Aman ini pun kaki fitnah kepada PAS, hari-hari buat posting menyerang PAS tak faham kenyataan "kecurigaan yang meluas" yang membawa maksud syak wasangka.


Asal boleh hentam PAS kira rasa dia bahagia.

Zulkiply Harun atau Greenboc juga hilang pertimbangan agama menyerang PAS dengan berita syak wasangka. Dia ni cakap agama macam ulama tapi pasal fitnah mengalahkan 'syaitan'.

Kalau saya senarai posting cybertropper PAN/IKRAM nescaya berjela-jelalah artikel saya kali ini. Cukuplah.

Dalam membalas posting mereka saya cakap kepada cybertropper PAN/IKRAM saya ada maklumat dimana wang RM90 juta digunakan.



Pertama, Abdul Hadi Awang, Presdien PAS nak guna wang itu untuk membeli rumah besar dan mewah. Dia bekerja sebagai MP dan ADUN 30 tahun tak cukup duit. Walaupun ada elaun MB dan beberapa elaun lain dia masih tak cukup duit kerana suka berjoli.




Kedua, MB Kelantan Ahmad Yaakob nak beli basikal Madone 5,9 SL basikal yang dihiasi 7 berlian supaya mudah untuk dia nak ke Masjid. 





Ketiga, Persuruhjaya PAS Terengganu, Saitiful Bahri nak tukar kereta volvo antik dihadapan rumahnya kepada model terkini, Volvo XC90 Excellence. 

Puak-puak PAN/IKRAM ni kalau kita kata mereka ini tongkat UMNO mereka marah tapi mereka tak sedar mereka buat kerja UMNO untuk buruk dan fitnah PAS.

Saya cakap kalaulah andaian dan wasangka boleh dijadikan hujah dan bukti penyelewengan maka saya pun boleh buat begitu. Saya boleh katakan bahawa puak PAN/IKRAM dapat duit daripada DAP dan YAHUDI kerana
"kecurigaan yang meluas" menunjukkan mereka boleh menjilat DAP!


Banner di atas boleh memberikan maksud mudah apa yang saya ungkapkan.



Share this article :
 

+ comments + 9 comments

August 10, 2016 at 4:19 PM

Ape kate Mat sabu agaknye........
BETUL KE TIDAK??!!!!!!

Ha ha ha

August 10, 2016 at 4:23 PM

Ape kate Mat sabu agaknye........
BETUL KE TIDAK??!!!!!!

Ha ha ha

August 10, 2016 at 6:29 PM

Betul mat sabu cakap
....hangpa jangan ikut aku,
Kalau abang mat keluar pas,
Itu tandanya akau dan tak betul....

August 10, 2016 at 7:05 PM

Ni fakta ke sembang? Bazir mase je bace... Ni msti puak PANDAP

Anonymous
August 10, 2016 at 11:05 PM

Cuba tunjuk
vellfire tontawi
BMW dan banglow din ayam
Motor besaq smakdown
Range Rover Nik Amar
Tanah mustafa ali di kelantan
Alphat nik abduh

Dot dot dot...hgpa sambung laaa

TARAKNAMA

Anonymous
August 12, 2016 at 7:22 AM

Twist lg.. spin lg bro..

August 12, 2016 at 7:39 AM

apa kaitannya dgn ikram..artikel ni pun fitnah orng jgk..sedar diri ckit

August 12, 2016 at 7:39 AM

apa kaitannya dgn ikram..artikel ni pun fitnah orng jgk..sedar diri ckit

August 14, 2016 at 11:53 PM

Betul tu...kenapa nak kait dgn IKRAM? Hal ini antara PAS dan Sarawak Report...selesaikan la hal itu tanpa nak babitkan orang lain.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger