Parti BERSATU macam bayangan “PERKASA” aje


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerahkan pendaftaran parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Ibu pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini.

Muhyiddin juga mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pengerusi parti berkenaan.

BERSATU hanya untuk warganegara Malaysia Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

Warga negara Malaysia lain boleh menyertai parti tetapi sebagai ahli bersekutu dan mempunyai hak seperti ahli lain, kecuali mengundi dan bertanding mana-mana jawatan dalam parti.



Kalau di lihat pada nama, Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), anda mungkin lihat terlalu banyak persamaannya.

Tun Mahathir adalah perancang kepada parti baharu ini, BERSATU sudah memahami sikap orang UMNO yang bukan mudah untuk meninggalkan parti UMNO untuk bersama dengan parti lain. Lihatlah Mat Said walaupun hampir 'mampus' (kata orang Terengganu) kena ganyang oleh Geng Razif dia masih setia dengan UMNO. Pasal itu PAS Terengganu tak berselera nak masuk campur pergolakan UMNO Terengganu kerana Mat Said bukan boleh pegang buku.



Sebagai perancang dan juga pengalaman sebagai Penaung Kehormat Pertubuhan PERKASA Tun Mahathir mempunyai banyak maklumat bahawa PERKASA yang berkeinginan untuk menyertai politik. Atas isu ini Tun merasakan jika ahli UMNO tak berjaya ditarik ke parti baharu dia boleh mengharapkan ahli-ahli PERKASA yang tersedia dipelusuk negara menyertai parti baharunya.



Perancangan PERKASA menyerap dalam BERSATU sebenarnya telah diatur lebih awal lagi. 21 Julai 2016 Mat Said telah dilantik menjadi Yang Dipertua Perkasa Terengganu menggantikan Dato Ismail Samah. Tujuan perlantikan ini adalah untuk menyerap ahli-ahli UMNO yang pro Mat Said dan akan bergabung dengan parti baharu bagi menghadapi PRU-14 nanti.

23 Julai 2010 Ibrahim Ali pernah mencadangkan PERKASA mengubal satu perlembagaan untuk menubuhkan sebuah parti baru yang mengambil kira objektif Pas dan UMNO.

25 Disember 2015 Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata jika mereka mahu Perkasa menjadi sebuah parti, jadi kita akan tubuhkan satu parti baharu.

29 Februari 2016 Malaysia Dateline menyiarkan berita bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dijangka bakal mengumumkan beliau akan meninggalkan Umno bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa orang pengikut setianya didalam Umno berikutan kekecewaan beliau dan pengikutnya tentang apa yang berlaku didalam Umno hari ini.

Menurut Malaysia Dateline lagi Tun M juga akan mengumumkan Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) akan ditukarkan kepada parti politik bagi meneruskan perjuangan beliau bagi menyaingi Umno yang beliau dakwa sudah tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu.

Jadi apa yang saya boleh simpulkan mengikut urutan cerita politik yang berlaku, BERSATU = PERKASA sama juga sebagaimana kita faham bahawa PAN ialah IKRAM jelmaan IRC dan kini PAN = DAP.



Share this article :
 

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger