Mufti kata ROKOK HARAM tak ada pun yang “MAKI”




Karektor Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lepas.

"Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat, fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

Fatwa menegah atau menjauhi bermain Pokemon ini telah membuatkan ada orang ramai yang tak minat cuba download game Pokemon Go untuk dicuba atas niat semata-mata membantah larangan ini. Ada yang sindir dan tidak ramai juga yang memaki hamun mufti.

Ramai juga serang peribadi mufti atas isu ini. Geng parti PAN/IKRAM memang tak lepas peluang, dan posting mereka tersebar dalam whatsapp dan facebook.

Kenapa perlu maki??

Kenapa fatwa Mufti tentang haram rokok, tak ada pun yang maki hamun mufti walaupun mereka releks aje membeli rokok malah menghisap rokok walaupun rokok tiap-tiap kali belanjawan naik harga.

Bila kita dah rasa lebih hebat daripada para agamawan dan ulamak kita mula besar kepala. Malah ada puak-puak yang cuba memburuk-burukkan ulama dan agamawan atas pemikiran politik yang mereka anuti.

Bermain pokemon secara extream boleh membawa kepada keburukan dan nasihat mutfi ada kebenarannya dan saya tidak berhasrat untuk berhujah.


Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Sunni
August 10, 2016 at 4:03 PM

Babi tu haram,
Melakukan sesuatu yg memudharatkan juga haram,
Melakukan sesuatu yg menjadikan terhinanya atau memperkecil kecilkan agama juga haram,
Mk lebih cenderung saya pd keharamannya.
Namun pengesahan keharamannya adalah atas tanggungjawab jawatankuasa fatwa negeri negeri. Apapun keputusannya harus dihormati.
Cirinya ASWJ, sentiasa menghormati peranan institusi institusi yg diberi tanggungjawab oleh ulil amri, walau secara peribadi ada perbezaan pendapat.

Sikap umat Islam hari ini, bnyk yg jelas haram pun dilakukan juga, tanggunglah sendiri akibatnya nanti.
Tugas jawatankuasa fatwa dan mufti hanya memberi panduan, penguatkuasaannya pula terpulang kerajaan, dipatuhi atau tidak pula terpulang individu masing masing, akibatnya sendiri sendiri tanggung.

Mufti Wilayah, Ust Zul, secara peribadi saya sgt menghormatinya, walau pun ada juga pendpt beliau yg kurang dipersetujui.
Antara cirinya org yg dikasihi Allah swt sbgmn disebut Rasullullah saw adalah bersifat dgn sifat tenang, tawaddu' dan bersopan santun, dan sgt sedikitnya golongan yg sedemikian.

Sunni
August 10, 2016 at 4:11 PM

Sekurang kurang permainan sedemikian adalah sia sia (lagho), dan adapun cirinya org org yg beriman itu (yg sempurna imannya), sentiasa menjauhi perkara perkara yg sia sia. Bnyk lg perkara lain yg boleh dilakukan utk mengisi masa lapang, atau berhibur dlm lingkungan yg dibenarkan syara' atau yg lbh memberi manfaat.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger