Kajian keluaran Rafizi/I-CPI membenarkan PAS adalah “KING MAKER”



Sebanyak 38% daripada hampir 22,000 penyokong PAS yang menjawab suatu kaji selidik pilihan raya tajaan Rafizi/Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) berkata, mereka lebih rela tidak mengundi jika pilihan mereka hanya BN atau Pakatan Harapan (HARAPAN) + Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kaji selidik oleh Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) mendapati, daripada 104,340 responden yang ditanya mengenai senario pertandingan tiga penjuru, 21% akan mengundi PAS dan 24% memilih HARAPAN- BERSATU, manakala 40% lagi memihak kepada BN. Manakala 14% berkata mereka tidak akan mengundi.


Saya dah menulis mengenai kekuatan PAS dan kelemahan PAKATAN HARAPAN + BERSATU daripada kajian I-CPI ini.Anda boleh baca di sini.

Tujuan artikel baru ini adalah untuk menunjukkan kepada pembaca bahawa PAS adalah KING MAKER untuk PRU-14 nanti.

Bila Harakah keluaran terkini mengeluarkan tajuk muka hadapannya PAS KING MAKER ramai yang pandang sinis terutama dikalangan geng PH + PAN + IKRAM. Mereka macam biasa menjadikan facebook tempat memaki hamum PAS dan menyebar fitnah seolah-olah mereka ini ahli syurga.

Mereka sebenarnya tidak memahami data kajian dan realiti politik semasa.

Kenapa saya kata kajian ini membenarkan kenyataan PAS King Maker?

Kajian dan simulasi yang dibuat oleh Rafizi telah meminggirkan faktor besar dalam realiti politik Malaysia iaitu undi Melayu. Jika undi Melayu diambaikan dengan membuat andaian-andaian yang diluar jangkaan dengan perkataan JIKA.. JIKA ini... JIKA itu... maka memang PAKATAN HARAPAN boleh tewaskan BN pada SIMULASI.

Hakikat sebenarnya jauh sekali. Cuba lihat Pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Jadi tidak hairan BN masih dapat 41% undi dengan menolak 14% undi atas pagar.



Rafizi membuat andaian JIKA...

1.  JIKA separuh daripada mereka yang tidak mengundi dalam pilihan raya umum sebelum ini akan mengundi HARAPAN.

2.  JIKA pengundi Cina tetap mengundi PAKATAN HARAPAN seperti dalam PRU13.

3.  JIKA lebih 38% penyokong PAS yang tak mengundi BN atau HARAPAN + BERSATU undi mereka.


Saya sangat setuju dengan Ibrahim Suffian Programme Director, Merdeka Centre yang mengulas isu ini  berkata, andaian I-CPI telah meletakkan HARAPAN dalam tugasan yang berat untuk menang tanpa keterlibatan PAS.

Ibrahim berkata "Terlalu banyak 'jika' perlu dipenuhi untuk mencapai matlamat. Dengan kekangan masa, sumber, kepimpinan yang ada, apakah termampu untuk menggerakkan sebilangan besar rakyat untuk beralih ke pihak mereka."

Ibrahim memberikan cadangan alternatif  iaitu bergabung dengan PAS untuk menjatuhkan BN.

Katanya "Jika mereka tidak dapat berbuat demikian dengan kemungkinan untuk berlaku seperti itu agak tinggi, mengapa mereka tidak boleh kompromi dalam isu yang boleh menjurus kepada kerjasama bersama PAS?"

Bagi saya belum ada apa-apa arahan daripada PAS, ahlinya 38% membuat pilihan untuk tidak mengundi HARAPAN + BERSATU jika PAS tak bertanding di situ.

Saya boleh memberikan jaminan jika PAS mengeluarkan arahan untuk tidak undi PAKATAN HARAPAN + BERSATU jika PAS tidak diberikan bertanding nescaya RAFIZI akan pening kepala sebab angka 38% itu boleh meningkat kepada 90 - 95% (dengan membuat andaian ada lagi spsisis bengong seperti Mahfuz dalam PAS)


Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
January 20, 2017 at 10:41 PM

Selagi ph-bersatu caci maki pas selagi itu bn selesa. Bn semakin yakin akn menang klu ph dn bersatu terus menyerang pas krn separuh kekuatan pembangkang ada pada pas.

January 21, 2017 at 2:01 AM

Asalkan bukan pan dan tuannya dap..

January 21, 2017 at 2:02 AM

Asalkan bukan pan dan tuannya dap..

January 21, 2017 at 2:19 AM

Rafizi mmg tak sedar diri. Kononnya hasil kajiannya boleh menakutkan PAS.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger