Dulu Ahli Lembaga Pengarah HARAKAH kini Penjual Akhbar AMANAH


Saya membaca artikel "Ketika Harakah umpama kapal bocor, Pas lagi menyedihkan, kata bekas ketua pengarang Harakah" yang diulas oleh Borhan Ahmad.

Bekas ketua pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman menyifatkan akhbar milik Pas itu kini umpama 'kapal yang bocor menunggu masa untuk tenggelam' manakala nasib partinya pula, Pas, lagi menyedihkan.

Ahmad Lutfi Othman menyertai akhbar mingguan Amanah yang dimiliki oleh parti pecahan dari Pas, parti PAN sebagai Penasihat Editorial. Dia juga mula menulis dengan Malaysia Dateline akhbar PAN online yang ramai disertai bekas penulis-penulis akhbar Harakah yang tak serasi dengan kepimpinan ulama PAS. Jadi jangan hairan Malaysia Dateline akan mencari apa sahaja salah silap PAS untuk dijadikan berita serta dibesarkan sebagai ISU.

Saya doakan Ahmad Lutfi Othman akan mendapat kebahagian dan kebenaran bila dia berada di dalam organasasi parti PAN sebagai seorang bukan ahli PAN. Di sana mungkin dia boleh membandingkan apa yang buruk pada PAS dengan apa yang 'elok dan bersinar' di dalam PAN tersebut.

Saya juga mengharap dia bukan lagi mendapatkan gambaran tentang PAN daripada mulut orang lain sebagaimana dia mendapat gambaran tentang PKR daripada Ezam Mohd Noor dalam pertemuan panjang sebelum PRU-13 di pejabat Harakah atau gambaran PAS daripada Saifudin Nasution setelah sahaja pertemuan 10 mata antara pimpinan utama PKR dan PAS sebelum PRU-13.

Episod Ahmad Lutfi Othman di Harakah melalui jalan sedih dan pilu selepas Ustaz Idris Ahmad pulang daripada mengerjakan umrah. Beberapa hari daripada tarikh itu diadakan mesyuarat ALP Harakah. Sahabat-sahabat Ahmad Lutfi sendiri (kini semuanya berada dalam parti PAN) yang mencadangkan supaya Ahmad Lutfi Othman diberhentikan kerana hilang upaya untuk meneruskan kerja di Harakah. Salahudin Ayub, Suhaizan Kayat atau Mahfuz Omar boleh mengesahkannya.

20 Jun 2015 Nordin Ali  ada menulis tentang perkara ini. Diakhir penulisan Nordin Ali ada menyebut bahawa dia kecewa dan memecil diri daripada sahabat seperjuangan kerana isu ini dipolimik. Anda boleh baca tulisan penuh Nordin Ali di sini.
Dalam kesempatan tulisan ini, saya ingin menyatakan pendapat berhubungan dengan kenyataan PAKSI dalam isu kononnya pemecatan wartawan Harakah. Saya mendengar dan mengulangi video kenyataan tersebut selama 42 minit. Apa yang saya nak katakan, semuanya tak benar. Tak ada pemecatan sekadar mainan politik pengurusan sahaja.
Saya sangat kecewa apabila Cikgu Pa menjadi mangsa politik dalam isu ini. Dinsman cukup arif dalam isu ini pasal yang terlibat adalah adik beliau sendiri tetapi kenapa Dinsman mengambil jalan yang sangat tak berprinsip dalam isu ini? Saya masih tertanya-tanya sehingga penghormatan saya kepada Dinsman mula luntur!
 

Dinsman tahu bahawa politik dalam ALP Harakah sebagaimana Dinsman tahu politik dalam Dewan Bahasa dan Pustaka. Dulu orang tak suka Wan Omar bin Wan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sutung Umar RS sebagai ketua Editor Dewan Sastera. Sutung Umar RS diketepikan atas politik dalaman.
Ahmad Lutfi dicadangkan untuk digugur atas kesihatan (matanya yang kabur) oleh keputusan ALP bukan Cikgu Pa. Yang ada dalam ALP Harakah pada masa itu ialah Dr Rosli, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar, Suhaizan Kaiat dll lagi. Mereka ini bukan aliran Ustaz dan Ulama!

Salahudin Ayub sepatutnya menyampaikan keputusan ini. Kenapa Salahuddin tak jumpa Ahmad Lutfi untuk memberitahu keputusan ini hampir sebulan sehinggga Cikgu Pa pula terpaksa memberitahu? Kenapa Dinsman tak ceritakan kepada orang ramai perkara ini?


Begitu juga Tarmizi Mohd Jam ditidak dipecat, tapi kita sanggup berbohong atas pentas PAKSI. Apa kesannya, orang mula tidak mempercayai lagi PAKSI. Ini menjawab kepada tulisan Dinsman kekecewaannya terhadap sikap pimpinan PKR dan PAS terhadap seni-budaya.


Saya ada banyak maklumat tentang isu ini, tapi cukuplah setakat ini. Maklumat yang saya perolehi menyebabkan saya menjadi kecewa, memencil diri daripada sahabat seperjuangan.
Ahmad Lutfi Othman bukan manusia mudah dipengaruhi. Saya rasa dia pun ambil masa yang lama untuk membuat keputusan ini. Lagi pun semasa sakit mungkin ramai kawan-kawan PAN mengziarahi lebih daripada kawan-kawan PAS. PAN pula memang nak tarik dia pasal dianggap aset berharga. Jadi lebih keraplah PAN melawat. Dia ada idea dan pendapat sendiri. Hanya mungkin kerana lingkungan maklumatnya berat kepada satu pihak sehingga dia 'buta' untuk satu pihak lagi seolah-olah apa yang satu pihak itu buat semuanya tak betul.

Mungkin ada yang nak saya berikan contohkan.

Ahmad Lutfi Othman percaya wujud UG. Tapi saya rasa Ahmad Lutfi Othman tak boleh buktikan bahawa UG betul-betul wujud atau sekadar kebetulan fakta dengan isu yang menampakkan seolah-olah benar. Itu membenarkan UG berlaku. Ini sama sebagaimana dia percaya ahli PAN begitu ramai termasuk di Terengganu kerana dia diberikan gambaran seolah-olah itu yang berlaku sedangkan untuk mendapat seorang ahli pun payah di Terengganu. Ini disebut sendiri oleh Haji Mohamad Sabu dalam ucapan pengulungan konvensyen parti PAN.

UG ni sama dengan isu cincin Rosmah. Maklumat persepsi menutupi kebenaran. Sama juga dengan orang menganggap Ahmad Lutfi Othman keluar PAS. Saya rasa Ahmad Lutfi Othman tahu dia PAS atau tidak.

Bila Ahmad Lutfi Othman kata Harakah kapal yang bocor menunggu masa untuk tenggelam, kemudian tersebar pula Harakah tak bayar gaji pekerjanya. Maka puak-puak PAN pun meriahlah dalam facebook dan whatsapp menyerang PAS, termasuklah si Suhaizan Kayat.



Saya tak tahu Suhaizan ni ALP akhbar AMANAH atau tidak. Tapi saya tahu dia pengedar akhbar AMANAH berdasar kepada beberapa gambar. Mungkin juga dia memberikan akhbar itu secara percuma. Kalau dia beli dan memberi secara percuma, akhbar AMANAH ada sumber pendapatan. Jika dia beri secara percuma dan ambil pun percuma di mana akhbar ini dapat duit untuk mengurus? Mungkin yang berfikir nakal akan kata DAP seponsor.

Saya nak tanya,
Akhbar AMANAH dan puak PAN seronok menulis kononnya Harakah kapal yang bocor menunggu masa untuk tenggelam adakah akhbar AMANAH itu sampai dah 10,000 cetakan?

Bukan apa saya takut nanti gaji Ahmad Lutfi Othman tak boleh bayar dan Ahmad Lutfi Othman akan menulis keluh kesahnya pada akhbar lain pula. Seteruk-teruk Harakah, walaupun tak ada duit, rasanya 26 bulan Ahmad Lutfi Othman mendapat gaji penuh dan pekerja-pekerja lain Harakah 'terpaksa ikat perut' sedikit demi memahami Harakah kurang sumber dan komitmen membantu Ahmad Lutfi Othman yang 'uzur'.


Haji Hassan Omar @ Lebai Hassan
http://hajihassanomar.blogspot.com
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
January 27, 2017 at 5:00 PM

Dulu...org pas mkn semeja dgn umno menyalak2 tuduh pas nk ug
Skrg...bila lks nak ajak gerakan dan mca ber ug...sekor pun xberani angkat muka...chaittt

Anonymous
January 27, 2017 at 11:04 PM

Klu nak cari makan dlm gerakan Islam jawabnya akan kecundang. Tak kira siapa termasuklah penulis yg dianggap hebat. Mahalnya harga perjuangan Islam.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger